Isu penahanan Dr Mohd Asri Zainul Abidin Ahad malam terus mencuri perhatian umum sepanjang Isnin khususnya dari segi rasional tindakan Jabatan Agama Islam Selangor ,motif dan persoalan apakah wujud ‘ tangan ghaib’ disebaliknya.
Ia turut mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri,para pemimpin kerajaan juga kalangan tokoh parti pembangkang yang rata-rata tidak setuju bekas Mufti Perlis itu jadi sasaran sekalipun adanya peraturan di Selangor yang mewajibkan mereka yang hendak memberi ceramah agama di negeri itu perlu mendapatkan tauliah dari JAIS.
Namun perkembangan paling menarik ialah terjawabnya perkara yang menjadi tandatanya ramai pihak tentang siapa jadi punca yang dorong JAIS bertindak.
Ini kerana wujud berbagai spelukasi mengenainya termasuk mendakwa arahan itu datang dari kerajaan pusat.
Jawapan itu diperolehi dalam sidang akhbar Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi di pejabatnya di Shah Alam Isnin.
Katanya JAIS hanya bertindak atas aduan daripada penduduk Taman Sri Ukay,Hulu Kelang sendiri dimana ceramah agama Dr Asri diadakan.
Ceramah itu diadakan di banglo milik ahli perniagaan Encik Yahaya Mokthar yang terletak di Lorong 2C taman perumahan mewah itu.
Khusrin menafikan JAIS bertindak atas tekanan dari mana-mana pihak termasuk dari pertubuhan-pertubuhan Islam.
Ini agak selari dengan laporan Agendadaily semalam yang memetik Yahaya sendiri sebagai memberitahu beliau menduga ia ada kaitan dengan dari perasaan iri hati pihak tentu yakni dikalangan penduduk setempat di situ melihat ceramah agama di rumahnya mendapat sambutan yang mengalakkan.
Beliau mengakui Dr Asri pernah beberapa kali sebelum ini memberi ceramah di rumahnya.
Menurut Khusrin penahanan Dr Asri semata-mata kerana JAIS melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada jabatan itu berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada dan tidak lebih dari itu.
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Seksyen 119 (1) menetapkan mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di negeri itu perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS.
Mereka yang tidak mematuhinya jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Enakmen itu berkuatkuasa sekalipun ceramah agama diadakan di rumah persendirian.
Katanya siapa saja yang ingin berceramah di Selangor perlu menghormati undang-undang sedia ada dan tiada sesiapapun terkecuali.
Sebagai rekod, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah beberapa hari lalu menegaskan supaya tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang berceramah tanpa tauliah serta menyebarkan ajaran yang menyeleweng di negeri itu
Khusrin mengakui pihak JAIS sudah beberapa kali cuba untuk mengambil tindakan keatas Dr Asri dan cuma pada kali ini berjaya.
Menjawab persoalan tentang kes Dr Asri beliau menjelaskan bekas Mufti Perlis itu akan didakwa selepas jabatan itu selesai menjalankan siasatan berhubung kesalahan mengajar agama tanpa tauliah.
Katanya JAIS akan dakwa beliau beliau pada satu masa yang akan maklumkan kemudian.
Namun begitu menurutnya siasatan terhadap kes Dr Asri akan dipercepatkan kerana ia menarik minat umum.
Mengulas tentang isu tiada pendakwaan dibuat keatas Dr Asri selepas beliau menunggu hampir tiga jam di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada sebelah pagi ,Khusrin menjelaskan Dr Asri diminta ke mahkamah bukan untuk mendakwa beliau.
“ Kita bawa kes ini pagi tadi untuk jaminan bon bagi melanjutkan tempoh siasatan," katanya.
Beliau memberitahu berdasarkan peruntukan dalam enakmen itu, jika siasatan tidak dapat disiapkan dalam tempoh 24 jam, JAIS perlu melanjutkan bon jaminan untuk meneruskan siasatan.
Menyentuh tentang penglibatan anggota polis semasa hendak menahan Dr Asri di Taman Sri Ukay beliau berkata ia tidak dapat dielakan kerana para pegawia penguatkuasa JAIS telah dihalang oleh hadirin di ceramah itu dan juga dua orang wakil rakyat, iaitu Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib
“Sebab itu kami dapatkan bantuan polis. Kami tidak buat lebih daripada sepatutnya,”katanya.
Khusrin juga menjelaskan penahanan Dr Asri tiada kaitan dengan dakwaan kononnya beliau cuba menyebarkan fahaman Wahabi di negeri Selangor
sumber - agendadaily
1 ulasan:
Jais nih banyak cakap pulak.
Cakap nak dakwa tapi tak dakwa.
lepas tu cakap ader terima aduan dari penduduk. kalau terima aduan dakwa je lah. aku nak tgk JAIS mengorak langkah yg silap lagi.
Catat Ulasan