MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Nov 2009

Khalid Gereja Kantoi Bersekongkol Dengan Anwar Atartuk !

Oleh Analisisringan, AIDCclub
Isu yang timbul berkaitan dengan penangkapan Dr Asri oleh JAIS kini bertiup kencang di atmosfera dunia blog. Blogger daripada kedua-dua belah pihak kini saling membalas cerita. Blogger anti Anwar kata dalangnya Komplot Pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim serta Blogger Pro Komplot Pembangkang pula kata ini adalah semuanya disebabkan UMNO.

Berikutan itu pemimpin PAS yang 'opportunist' Khalid Samad proksi kepada Husam Musa dan Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa diri beliau pun tidak diberi tauliah mengadakan ceramah oleh JAIS dan menyalahkan UMNO serta merta. Perkara ini menyebabkan Anwar Ibrahim,Husam Musa dan Khalid Samad 'kantoi' sekali lagi kerana perkara ini jelas membuktikan ada sesuatu di sebaliknya kerana tiba-tiba Khalid Samad mengeluarkan kenyataan secara tiba-tiba.

Umum sudah mengetahui Khalid Samad dikatakan sedang cuba menjatuhkan Hassan Ali berikutan tindakan Hassan Ali yang tidak melantik semula Khalid Samad sebagai Timbalan Pesuruhjaya tidak lama dulu. Khalid Samad turut dikatakan sama pendirian dengan Husam Musa yang menuduh Ustaz Nasa dan Hassan Ali mempunyai hubungan dengan UMNO.

Jadi jelas kelihatan jika Khalid Samad memberi kenyataan bahawa JAIS mempunyai kaitan dengan UMNO berikutan beliau yang tidak mendapat tauliah dan penangkapan Dr Asri. Kenyataan ini turut menghala kepada Hassan Ali yang beliau katakan mempunyai hubungan baik dengan UMNO dan apatah lagi Exco yang menguruskan hal ehwal agama di Selangor adalah Hassan Ali sendiri.

Perkara ini pada Kumbang adalah jelas menunjukan penangkapan Dr Asri dan termasuk kenyataan Khalid Samad ini sebenarnya adalah usaha terancang gerombolan Anwar Ibrahim,Husam Musa dan Khalid Samad sendiri untuk menyingkirkan Hassan Ali yang pro ulamak PAS.

Tahniah pada Khalid Samad yang 'bijak' membuat kenyataan dan membuktikan bahawa semua ini ada kaitan dengannya.

Tentang Dr Asri Kumbang tak mahu ulas, tapi apa yang penting. Anwar Ibrahim pasti tidak menyukai beliau kerana mengeluarkan kenyataan secara sinis yang seakan-akan menggesa beiau untuk bersumpah. Klik sini untuk melihat kenyataan beliau.

PAS fikir-fikirkanlah... Yang pasti Hassan Ali akan tersenyum membaca tulisan Kumbang ini.

Info lanjut layari AnwarIbrahimDotCom. Klik sini dan sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai kaitan Anwar Ibrahim dengan Amerika dan isu-isu anti Anwar yang lain. Sertai E-Group AIDC sekarang. Klik Sini

sumber analisisringan


Tiada ulasan: