MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Nov 2009

Hadi undur, gugurkan Nasharuddin & Dr Hassan, PAS akan pulih! - Dr Aziz Bari

Jimadie Shah Othman
Nov 4, 09, 1:47pm

PAS memerlukan "korban" untuk menyelesaikan masalah dalamannya berhubung kontroversi idea kerajaan perpaduan yang disuarakan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata ahli akademik.

"Tidak perlu ulang apa yang saya sudah katakan. Kalau itu terlalu berat, gugurkanlah (timbalan presiden) Nasharuddin Mat Isa atau (pesuruhjaya PAS Selangor) Dr Hassan Ali, sebab terlalu jelas PAS perlukan korban," kata profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Pakar undang-undang perlembagaan itu, yang membangkitkan semula itu bulan lalu, diundang menghuraikan pandangannya berhubung masa depan PAS bawah kepemimpinan Abdul Hadi yang dianggap lemah dan perlu berundur bagi menyelamatkan parti itu.

Dr Abdul Aziz dijangka mengulangi dan mempertahankan nada kritikalnya itu di seminar politik PAS di Gombak, Sabtu ini.

Ia diadakan sebagai menggantikan muktamar khas seperti disarankan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melenting selepas merujuk artikel Dr Abdul Aziz, 'Pengajaran Dari Bagan Pinang' di sebuah akhbar 19 Oktober lalu.

Ahli akademik yang dekat dengan politik pembangkang itu mengkritik Abdul Hadi dan beberapa pemimpin kanan parti itu, antaranya Dr Hassan yang dianggap menimbulkan di Selangor sehingga membawa kemerosotan kepada undi PAS pada pilihan raya kecil tersebut.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Aziz berkata sekiranya PAS gagal melakukan reformasi itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh membetulkan keadaan dengan menggugurkan Dr Hassan sebagai exco negeri.

Dalam seminar Sabtu ini, Abdul Aziz diberikan masa 30 minit bagi menyampaikan pandangan kontroversinya itu kepada kira-kira 1,000 peserta.

Walaupun agak keberatan pada mulanya untuk turut serta dalam seminar itu, Abdul Aziz telah mengesahkan kehadirannya kepada pengelola seminar, Salahuddin Ayub yang juga naib presiden PAS.

Seminar yang dijadual dibuka dengan rasmi oleh Abdul Hadi dijangka disertai oleh seorang lagi ahli akademik, Dr Abu Hassan Hasbullah, pensyarah Jabatan Pengajian Media di Universiti Malaya.

sumber - malaysiakini


1 ulasan:

Anak Lenggong berkata...

Jangan dihairan dengan segala muslihat aziz bari ni..sebenarnya ada udang disebalik mee tu..dia sedang cuba untuk menonjolkan dirinya untuk kepentingan diri sendiri..kalau nasib baik next pilihanraya dia jadi calon PAS pula...