MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Nov 2009

Gelombang desak Dr Hasan Ali dipecat makin kuat ?

Oleh Neutral Daily

(Nik Aziz) You ‘re not God…!” -Dr.Hasan Ali

“(Nik Aziz) You ‘re not God…sekarang Tok Guru berrrrrblooooogggg. Tok Guru tidak berjumpa sendiri saya…dia dengar cakap (Prof.) Aziz Barri. Kalau Tok Guru panggil saya, berlaaarrriiii saya ke Kota Bharu,” sinis Dr. Hassan Ali.

“Kalau dia tak masuk dalam PAS, saya dah dapat 10 juta (ringgit) dengan kredibilitinya sebagai pakar motivasi dan sebagainya. Dengan saya masuk PAS, saya rugi…dah rugi boleh pula bala-bala bila orang kutuk saya dalam blog-blog. Sebenarnya tak berbaloi saya masuk PAS ini…bila terlibat dengan PAS, pintu rezeki saya ditutup…” ucapan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali sewaktu bertemu ahli-ahli PAS Anjung Tengah pada 1 November lalu.

Saya begitu tidak selesa dengan ucapan Pesuruhjaya PAS Selangor begitu menyalahkan PAS sebagai punca pintu rezekinya ditutup.

Sekiranya Dr. Hasan berasa susah di dalam PAS, lebih baik keluar dari PAS untuk mengejar kesenangan.

Dalam PAS masih ramai ahli-ahli yang ikhlas dan yakin soal rezeki itu adalah urusan Allah, bukan urusan PAS dan bukan urusan sesiapa termasuk Umno.

Firman Allah yang bermaksud, “Berjihadlah kamu dengan erti kata jihad yang sebenar-benarnya. Sesungguhnya Allah telah memilih kamu dan sama sekali Allah tidak akan menjadikan kamu sempit dalam agama kamu…”

Rasa tidak selesa membawa saya bertanya sendiri seorang kawan karib Dr. Hasan Ali dari Terengganu. Menurut kenalan itu, sepanjang Dr. Hasan roadshow di Terengganu, beliau bukan tidak dibayar.

Dr. Hasan Ali telah dibayar RM3 ribu dalam satu hari aka dua program motivasi Kerajaan PAS Terengganu.

Sebagai contoh, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK) mengesahkan Dr. Hasan dibayar RM2 ribu hingga RM3 ribu untuk satu-satu program motivasi (sejam). Setiap hari, lazimnya Dr. Hasan ada dua hingga empat jam program bersama kerajaan negeri.

Seorang bekas pembantu kewangan negeri Kelantan memberi tahu saya, Dr. Hasan Ali dibayar RM2 ribu oleh kerajaan negeri dalam setiap program motavasi selama sejam.

Adakah Dr. Hasan menipu ahli-ahli PAS semata-mata dendamnya kepada Tok Guru?

http://zainulfaqar.wordpress.com

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Ulasan Cenangau…

Aku harap sangat apa yang member aku tu tulis tak betui. Aku harap sangat benda yang dia tulis tu fitnah semata-mata. Aku harap sangat benda yang dia tulis tu dia tak dengar sendiri dari mulut Dr. Hasan Ali, cuma sekadar cakap orang lain yang aku harap hanya fitnah dari orang tu.

Tapi, kalau betui apa yang dia tulis tu dia dengar dari mulut Dr. Hasan Ali sendiri, aku harap member aku tu pi buat laporan kepada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin.

Kalau dia ada buat rakaman lagi bagus, biar Jawatankuasa Disiplin dengar sendiri rakaman tu. Biar depa buat keputusan berdasarkan maklumat tremasuk maklumat terbaru ni.

Aku harap sangat member aku ni pi buat laporan ke Jawatankuasa Disiplin. Macam tu jugak aku harap sangat bukan takat dia sorang tapi yang lain-lain yang dengar Dr. Hasan cakap macam tu kena pi jumpak Jawatan Kuasa Disiplin, cerita kat depa apa yang hangpa dengar. Macam tu jugak sapa-sapa yang lain yang rasa ada bukti yang sepatutnya Jawatankuasa Disiplin tau, kena serahkan bukti tu.

Pada aku kalau betui mengaku sebagai ahli Pas, itulah tindakan yang sepatutnya kena buat. Kalau mengaku nak bagi jamaah Pas semakin kuat, itulah tindakan yang sepatutnya dibuat. Kalau nak Pas semakin diterima dah dihormati, itulah tindakan yang perlu dibuat.

Lagi satu aku harap Jawatankuasa Disiplin tidak sekadar reaktif, hanya bertindak kalau ada dakwaan. Aku harap Jawatankuasa Disiplin bertindak proaktif, menyiasat dengan secara menyeluruh, bukan sekadar panggil saksi tapi p cari saksi tu kalau ada yang tak berseda nak pi.

Harap-harap keputusan Jawatankuasa Disiplin ni akhirnya adalah keputusan yang paling tepat setelah mengkaji sedalam-dalamnya semua bukti yang ujud.

Harap-harap keputusannya nanti akan menjadikan Pas bertambah kuat dan dihormati dan dipercayai bukan saja oleh ahli-ahli Pas tapi juga penyokong dan pengundi serta bakal pengundi untuk plihanraya akan datang. Dan yang lebih penting keputusan tu adalah yang terbaik untk Pas.

http://cenangau.blogspot.com

sumber - nuetral daily


Tiada ulasan: