MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Nov 2009

Dr. Hasan yang wajib dinilai ahli-ahli PAS!

Oleh zainulfaqar

Sejak jawatankuasa disiplin dibentuk oleh PAS untuk mengambil tindakan terhadap beberapa peribadi dalam PAS Selangor, Pesuruhjayanya Dr. Hasan Ali dilaporkan tidak tenteram.

Beliau tidak ada banyak pilihan, kecuali membalas dendam kepada beberapa peribadi seperti Mursyidul Am PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang begitu banyak mengkritik peribadinya sebelum ini.

Beliau mungkin mulai sedar bahawa keyakinan rakyat, ahli-ahli PAS serta rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat kian pudar terhadap peribadinya.

Jalan yang ada yang sedang dibuat Dr. Hasan adalah turun padang bertemu ahli-ahli PAS untuk meraih simpati.

Antara siri pertemuan yang sempat saya dapatkan bukti, adalah pertemuan Dr. Hasan dengan AJK PAS kawasan Zon Selatan pada 1 November 2009 lalu, jam 9.15malam – 11.30malam di Puchung Perdana.

Selepas YDP Puchung berucap, Ketua Dewan Ulama Selangor yang cuga Pengerusi Majlis, Ustaz Md Zain menjelaskan konsep tahalluf siyasi.

Beliau meminta semua ahli PAS yang hadir membuat mindsetting dengan membuang elemen-elemen sekular serta kembali melihat Islam sebagai asas pemikiran semasa majlis dialog berlangsung itu.

Ust Zain juga meminta ahli yang datang untuk tidak membuat rakaman, mengambil gambar atau sebagainya bagi mengelakkan fitnah.

Kemudian, Dato Hassan Ali memberi penerangan tentang isu-isu yang berlegar pada dirinya. Beliau kelihatan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan dirinya dan mengatakan dakwaan yang terpalit pada dirinya adalah fitnah jahat dan tidak mempunyai sebarang bukti.

Beliau menceritakan kenapa beliau masuk dalam PAS adalah semata-mata ikhlas dalam perjuangan. Beliau melihat politik dan dakwah hanya dalam PAS dan tidak ada pada lain-lain jamaah.

Beliau menyebut sejak beliau masuk PAS, segala perniagaannya telah disekat segenap sudut.

Jika dulu beliau kebiasaanya membawa keluarga pergi bercuti di luar negara dua kali setahun, tetapi sejak masuk PAS hendak pergi bercuti ke Langkawi pun tidak mampu.

Skim 15 kerusi paling minimum untuk dimenangi pada PRU-13.

Beliau juga mempersoal wakil rakyat Kota Raja, Kuala Selangor, dan Shah Alam yang lantang mengkritik beliau tetapi langsung tidak sms atau berjumpa dengan beliau untuk mendapatkan penjelasan. Beliau juga menyindir mereka kerana lebih suka mendedahkan rahsia parti dalam blog-blog media baru.

Sesi penerangan beliau memakan masa dalam 30 minit dan sesi ini beliau lebih banyak mempertahankan diri beliau serta memberitahu audiens tentang kehebatan exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor serta menekankan tentang tiada masalah antara parti-parti PR dalam memerintah Selangor.

Beliau juga dengan bangga memberitahu MB Selangor telah melantik beliau sebagai pengerusi jawatankuasa pembangunan negeri Selangor 25 tahun akan datang.

Sesi itu persis ucapan orang UMNO kerana terlalu banyak ayat ‘angkat bakul sendiri’.
Kemudian sesi soal jawap. Antara yang menarik soalan-soalan oleh audiens adalah – Kenapa YB Khalid Samad dan YB Saari Sungip dipecat dari Dewan Harian PAS Selangor.

Ahli-ahli PAS yang terlibat dengan blog yang menghuru-harakan serta mendedahkan rahsia parti agar diambil tindakan tegas

Ahli PAS tidak dapat projek

Kenapa Dato PJ membuat kenyaataan akhbar dan tidak melalui saluran dalaman berkaitan isu SELCAT

Penjelasan terhadap soalan-soalan yang dikemukan dimulai oleh Sdr Khairuddin, S/U Badan Perhubungan PAS Selangor.

Beliau dengan suara lantang mempertahankan Hassan. Beliau menceritakan dalam pertemuan PAS dengan DAP, YB Teresa Koh bertanyakan ura-ura Hassan hendak masuk UMNO. Beliau berhujjah tidak mungkin kerana calon PAS yang bertanding dalam p/raya berbaiah akan jatuh talak 3 jika mereka melompat parti.

Beliau juga mengatakan wakil-wakil rakyat yang membuat onar dengan melompat parti sebelum ini adalah DAP dan PKR.

Ketika diminta mengulas tentang mengapa Khalid dan Saari Sungip dibuang dari Dewan Harian PAS Selangor, beliau berkata
1. Fahaman mereka terlalu liberal
2. Mereka bersetuju untuk melaksanakan p/raya PBT sedangkan PAS Pusat tidak merestuinya. Hassan berhujah jika ianya dilaksanakan, maka orang Melayu di Sabak Bernam dan Kuala Selangor lah yang akan menjadi majoriti ahli majlis PBT. Khalid dan Saari berhujah “let got it, kita perlukan ahli-ahli majlis yang berwibawa dan layak untuk menduduki kerusi ahli majlis”.
3. Isu bantuan kerajaan negeri terhadap sekolah swasta/agama. Mereka bersetuju dengan cadangan exco DAP untuk menyamaratakan bantaun tersebut.
4. Isu ganti tanah kepada kuil-kuil. Jika didapati ada kuil-kuil yang haram dan hendak dirobohkan, maka kerajaan negeri hendaklah menggantikan dengan tanah yang baru. Termasuk lah tanah-tanah yang dimiliki oleh MAIS. Mereka bersetuju.
5. Isu pembinaan Pusat Kebudayaan Cina di sebelah masjid baru yang dibina di suatu tempat. Pada mulanya tanah tersebut hanyalah 2-5 ekar tetapi diminta oleh exco DAP tambahan tanah sehingga menjadi 15-18 ekar tanah yang bernilai RM 3.8 juta (kalau tidak silap). Mereka bersetuju.
6. Penguatkuasaan enakmen Islam. Mereka tidak bersetuju kerana ianya merupakan enakmen zaman UMNO memerintah. Hassan berhujjah enakmen itu adalah berkaitan tangkap khalwat, zina, yang bercumbu-cumbuan, orang minum arak etc. Beliau dengan sinis mengatakan “tak kan perkara ini pun tidak boleh sedangakn enakmen yang hendak dikuatkuasakan itu adalah standard dengan negeri-negeri lain”.

Hassan juga mendedahkan tentang pendirian DAP yang tidak sesekali akan menerima enakmen Islam walau apapun yang berlaku.

Beliau menceritakan terdapat cadangan daripada exco DAP untuk membuat IT International Zone (kalau tidak silap) iaitu salah satu fungsinya adalah tempat untuk hiburan bertaraf antarabangasa seperti hiburan 24 jam, kelab malam 10mlm-4pg, kedai arak etc. Cadangan tenpat adalah di Puchong dan Shah Alam. Hassan berhujah dalam meting exco bahawa armarhum Sultan sudah menitahkan Shah Alam dilarang dibuat perkara-perkara seperti itu.

Berkaitan dengan respon tentang blogger, Hassan menyindir pimpinan/ahli PAS yang menggunakan blog sebagai medium. Sebagai contoh beliau menyindir Tulang Besi. Paling menarik, Hassan dengan sinis menyindir TGNA yang menggunakan blog sebagai medium. “Tok Guru pun guna blog!!!!”. Sinis Hassan.

Beliau juga mempertikaikan TGNA berkaitan artikel di blog TokGuru kerana mengambil sumber daripada tulisan persepsi Prof Aziz Bari dan kegusaran sekumpulan Cina Sarawak yang berkunjung ke Kota Bharu berkaitan isu PAS di Selangor.

Beliau dengan sinis bertanyakan kenapa TGNA tidak telefon beliau untuk bertanyakan secara direct padahal TGNA mempunyai bermacam-macam S/U untuk menghubungi beliau.

Berkaitan projek-projek kepada ahli PAS beliau secara berhujjah peraturan mengkehendaki beliau mengambil tender yang paling murah dan jika tidak, SPRM akan menunggu di depan pintunya.

Pada ketika ini, Ust Zain mengatakan Unit Amal dapat mengesan ada ahli yang merakam dialog.Hassan juga memberi pengingatan tentang rakaman dan pimpinan tidak redha jika ada rakaman.

Antara pimpinan PAS yang hadir adalah YB Dr Hassan Ali, YB Iskandar (datang lambat sedikit), Ust Zain Dewan Ulama, Khairuddin S/U Perhubungan PAS Selangor, Ustazah Hasrina Dewan Muslimat,Roslan SMS, YB Shafei, YB Yunus, YDP PAS Puchong, YDP PAS Sepang, Adram Musa (Bendahari Pemuda PAS Pusat).

SAYA ZAINULFAQAR YAACOB semakin ragu dengan kewibawaan Pesuruhjaya PAS Selangor. Harap maklum!

sumber - zainulfaqar


Tiada ulasan: