MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Nov 2009

"Cuma Anwar Yang Belum Hubungi Saya" - Dr Asri



Oleh MSO

TINDAKAN pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang sedang menyampaikan kuliah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Ampang kemudian membawa beliau ke balai polis Hulu Klang tengah malam tadi benar-benar menggemparkan negara.

Malam ini semua saluran televisyen menyiarkan berita serbuan yang dianggap kurang sopan itu sebagai berita utama. Media massa cetak hari ini pula turut sama 'memainkan' kejadian itu sebagai laporan muka depan. Dalam sekelip mata sahaja 'saham' Dr Asri naik melambung.

Sehingga kini orang ramai masih terpinga-pinga untuk mengetahui apakah tujuan dan maksud di sebalik kejadian malam tadi. Kini timbul berbagai-bagai telahan dan spekulasi termasuk juga andaian politik. Kes serbuan oleh Jais itu telah menjadi isu politik.

Sebelum ini bukan tidak ada tangkapan terhadap individu yang menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah di Selangor. Sudah banyak. Tetapi kenapa kes membabitkan Dr Asri menjadi gempar dan perhatian negara ialah kerana cara Jais membuat serbuan sampai membawa 30 orang pegawai disertai dengan berpuluh anggota polis.

Isu penangkapan Dr Asri juga turut sama diperkatakan di parlimen hari ini. Sementara Dr Asri sendiri telah dihubungi berbagai jenis orang bertanyakan keadaan beliau. Masing-masing melahirkan rasa terkejut, hairan, ganjil, pelik dan aneh dengan kejadian itu.

Saya sendiri yang terlepas berita panas ini malam tadi, mencari ruang terbaik untuk berjumpa dengan Dr Asri bagi mendapat gambaran sebenarnya. Alhamdulilah kira-kira jam 7:50 tadi (malam ini) saya berjumpa dan bersalam dengannya di rumah yang beliau digiring malam tadi di Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor.

Bukan itu saja, Dr Asri juga sudi memberi penjelasan serta menjawab beberapa persoalan yang saya timbulkan. Rakaman perbualan saya dengan beliau dirakam oleh video. Saya juga sempat merakam audio visual percakapan beliau ketika menjawab persoalan saya. Di sini saya postkan sebahagian audio visual itu untuk tontonan penjenguk setia blog ini.

Saya tidak dapat mengulas lanjut berhubung apa yang berlaku dan menyimpulkan penjelasan atau pun pertikaian Dr Asri mengenai serbuan pihak Jais itu. InsyaAllah esok selepas membuat sedikit kajian dan tinjauan saya akan ulas dan memberi beberapa pandangan berhubung kejadian itu.

Persoalan yang berbingkai dalam kepala orang ramai ketika ini apakah kejadian itu ada motif politik? Kalau ianya bermotif politik siapakah yang memainkan peranannya dan untuk apa?

Sedangkan menurut Dr Asri dia diterima oleh semua orang dan semua parti politik. Umno, PAS, DAP, badan bukan kerajaan dan lain-lain turut atau pernah menjemput beliau memberi syarahan agama. Jika dilihat kepada undangan ini bermakna tidak ada parti politik atau pihak yang kurang senang atau irihati dengan beliau.

Sebelum saya menyarung kasut untuk pulang, Dr Asri baru hendak menjamah makan malam bersama beberapa orang sahabatnya yang juga merupakan pengikutnya. Sebagai kata-kata pengiring kepulangan saya, sekali lagi Dr Asri menjelaskan hampir semua golongan yang mengenalinya termasuk orang politik dan kedua bekas Perdana Menteri, Abdullah Badawi dan Dr Mahathir Mohamad menghubunginya dan memberi kata-kata semangat. Katanya kedua bekas PM itu akan cuba menyelesaikan isu berkenaan dengan bertanya khabar pihak teratas mengenai hal ehwal agama di Selangor.

Cuma menurut Dr Asri seorang saja yang tidak bertanya khabar mengenainya setakat ini, iaitu Anwar Ibrahim. "MSO seorang sahaja yang belum menghubungi bertanyakan hal saya, Anwar Ibrahim," begitulah jelasnya sambil ketawa.

"Boleh saya blogkan?" tanya saya. Dr Asri hanya mengangguk memberi keizinan. Harapnya selepas membaca catatan di blog ini, Anwar akan segera menghubungi Dr Asri untuk bertanyakan khabar dan penjelasan ringkas agar Anwar tidak akan dikelirukan berhubung insiden semalam.

sumber - mso



6 ulasan:

Shah berkata...

Inilah akibat Dr Asri mencabar Anwar bersumpah mengenai kes liwat. Penangkapan di rancang oleh Anwar yang ingin mengaibkan Dr Asri. Anwar mendapat maklumat ada ceramah oleh Dr Asri di Ulu Klang melalui risikan CIA. Anwar teleh membuat laporan kepada JAIS dan menyamar bahawa ada ajaran sesat. Lalu JAIS membuat serbuan dan JAIS pun terkejut melihat Dr Asri. Semua jadi kecoh. Anwar kan suka membaling batu dan sembunyi tangan

ladybird berkata...

Cuma menurut Dr Asri seorang saja yang tidak bertanya khabar mengenainya setakat ini, iaitu Anwar Ibrahim. "MSO seorang sahaja yang belum menghubungi bertanyakan hal saya, Anwar Ibrahim," begitulah jelasnya sambil ketawa.


Macam ada maksud tersembunyi je kata2 Dr Asri ni.

Anak Lenggong berkata...

Camner anuar nak hubungi Dr. asri tu sebab dia sendiri pun dok ketaq lutut sebab semalam dia terserempak ngan seful dan bekas jeneral dia ezam kat mahkamah...

Unknown berkata...

Sesapa yg kaki anaiya org ingatlah.
Allah s.w.t akan membela nasib org yg teranaiya walaupun org itu orang kafir.

ladybird berkata...

Mohd:

Tepat Sekali!
what goes around, comes around...

Tanpa Nama berkata...

kelakar betul ulasan shah..ada bakat buat skrip drama...
tapi walauapapun, percayalah...kalau seseorang itu berada di pihak yang benar, Allah pasti permudahkan urusan dia..tengok sekarang camner..?