Oleh gelagat anwar
Anwar sememangnya sedikit senyap beberapa hari kebelakangan ini. Banyak perkara yang Anwar tidak berikan pandangan dan idea. Sifat berdiam diri Anwar ini memang bukan Anwar. Tetapi kita semua mesti faham, Anwar bakal berhadapan dengan ‘hari besar’ (d-day) hari ini. Anwar akhirnya akan ke mahkamah dalam melibatkan kes sodomi dan liwatnya dengan Saiful Bukhari.
Apapun latar belakang di sebalik kes ini, kita mesti membenarkan Anwar mempertahankan dirinya dengan apa keadaan sekalipun. Anwar berhak untuk mengemukakan pandangan balas bersifat ‘legalistik’ terhadap apa jua tuduhan yang dilemparkan. Samada zakar masuk atau tidak. Samada ianya diteliti oleh Doktor bertauliah atau tidak. Samada ianya mempunyai bukti lain yang kukuh atau tidak.
Semua ini perlu melalui proses mahkamah yang biasa. Walaupun ada cubaan awal untuk menggagalkan proses biasa ini berlaku, kita anggap sahaja itu semua sudah selesai dengan ‘hadirnya’ Anwar di mahkamah. Sekurang-kurangnya, masih ‘gentleman’ juga Pak Sheikh kita ini.
Anwar sebenarnya sudah tersilap langkah kerana tidak ‘taubat nasuha’ sebenar-benarnya dengan penyakit lama. Penyakit ini adalah penyakit yang sangat pelik. Yang dihidapi oleh, berdasarkan fakta sejarah – pemimpin besar dunia. Panggung Barat pernah memaparkan Alexander the Great (seorang penakluk juga sebagai seorang gay).
Bayangkan, seorang panglima perang yang luar biasa gagah, luar biasa hebat, luar biasa garang, luar biasa berani – juga adalah seorang gay. Ya, fakta ini masih belum dibuktikan tetapi – pasti ada asas sejarah yang membuatkan analisa akhir menjadi sedemikian rupa.
Kalau Alexander yang begitu pun seorang gay dan pengamal homoseksual, tidak ada ironi dan bezanya bahawa seorang alim ulamak dan orator wibawa seperti Anwar juga mengamalkan perkara yang sama. Kita tidak boleh menidakkan ‘penyakit istimewa’ yang dimiliki oleh kalangan lelak-lelaki hebat dan gagah.
Dalam wawancara dengan majalah the Diplomat – Anwar membayangkan Malaysia sebagai sebuah ‘failed country’. Negara gagal. Negara yang tidak membudaya elemen perubahan dan sebagainya.
Tanpa sedar, Anwar juga membayangkan bahawa dirinya sebagai ‘failed leader’. Seorang leader yang gagal mengurus orientasi seksnya dengan baik. Atau mengurus kerahsiaannya dengan sempurna. Mungkin ramai yang gay di luar sana, tetapi gay bertaraf ‘ketua pembangkang’ hanya Anwar seorang.
Anwar menuduh lagi bahawa Malaysia sudah menuju ke era komunisme. Keperluan gagasan 1Malaysia disifatkan Anwar sebagai mekanisme menentukan bahawa Negara ini dipimpin oleh seorang autoritarian yang mengamalkan dasar represif. Apakah Anwar menolak kepentingan ideologi dan kepentingan dasar? Apakah hanya dengan 1Malaysia, kita pantas menjadi negera komunis? Ini berdasarkan analisa apa?
Anwar juga ditanya tentang nasib PR selepas ini, sekiranya ‘worst case scenario’ - Anwar akan ditahan dan dipenjarakan. Anwar sama sekali cukup yakin bahawa dirinya akan bebas dan tidak akan disabitkan kali ini. Anwar sudahpun meletakkan banyak bukti bahawa dia tidak bersalah dan tidak melakukan perkara terkutuk itu.
Kita sama-sama tunggu.
Bangun!
sumber - gelagat pkr
Tiada ulasan:
Catat Ulasan