MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

18 Okt 2009

Zaid langgar arahan Anwar, tetap ke Sabah

KOTA KINABALU 17 Okt. - Datuk Zaid Ibrahim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jun lalu berharap parti itu tidak akan didominasi oleh kumpulan tertentu yang mempunyai agenda mereka sendiri.

Menurut beliau, PKR tidak boleh terikut-ikut dengan agenda kumpulan tersebut.

"Jangan terbawa dominasi kumpulan tertentu, ada yang masuk politik kerana bercita-cita mahu kaya, mahu jadi wakil rakyat atau Perdana Menteri," katanya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Deepavali di Plaza Tanjung Aru di sini malam ini.

Sementara itu ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, Zaid menafikan bercuti selama enam bulan daripada parti tersebut sebaliknya hanya berehat daripada terlibat dengan aktiviti Biro Politik PKR.

Beliau berkata, langkah tersebut bagi membolehkannya menumpukan perhatian terhadap usaha dan gerakan untuk mengukuhkan kerjasama antara pakatan pembangkang.

"Saya bercuti daripada biro politik kerana terlalu banyak mesyuarat, jadi saya tidak dapat tumpukan perhatian terhadap usaha mengukuhkan parti," katanya.

Beliau mengulas laporan sebuah laman web yang mengatakan beliau bercuti selama enam bulan daripada PKR berkuat kuasa serta-merta selepas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghalangnya daripada menghadiri program di Sabah.

Menurut laman web tersebut, hasrat Zaid untuk ke Sabah tidak direstui oleh seorang lagi Naib Presiden PKR iaitu Azmin Ali yang juga merupakan Pengerusi PKR Sabah.

Ekoran itu, Anwar telah menasihati Zaid supaya tidak pergi ke Sabah.

Ditanya tentang tindakannya yang mengingkari arahan Penasihat PKR itu, beliau berkata, ''perkara itu akan dijelaskan kemudian.''

sumber - utusan


Krisis PKR Sabah meruncing

KOTA KINABALU 17 Okt. - Krisis kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah kini semakin meruncing apabila 18 daripada 23 ketua bahagiannya membantah pelantikan Naib Presiden PKR, Azmin Ali sebagai Pengerusi Perhubungan PKR negeri.

Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan berkata, 18 ketua bahagian itu sudah pun menandatangani memorandum menyatakan rasa tidak setuju terhadap pelantikan Azmin.

"Isunya di sini bukanlah sama ada pelantikan itu diterima atau tidak tetapi tentang keputusan yang dibuat. Perlembagaan parti menyatakan pelantikan pengerusi perhubungan negeri perlu melalui perbincangan dan persetujuan ketua-ketua bahagian.

"Ketua-ketua bahagian di negeri ini juga tidak sepatutnya dipaksa menerima keputusan pelantikan itu. Kepimpinan PKR Pusat perlu mendengar suara majoriti pemimpin dan ahli di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini hari ini.

Jeffrey mengulas perpecahan dan kemelut dalaman PKR Sabah yang semakin kritikal berhubung bantahan terhadap Azmin sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah.

Azmin dipilih untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui pelantikan setelah diputuskan kepimpinan PKR Pusat.

Sebelum ini PKR Sabah menafikan krisis itu sebaliknya mahu pemimpin Sabah menerajui kepimpinan negeri sama ada Timbalan Pengerusi PKR negeri, Datuk Dr. Hamzah Amir, Jeffrey atau Datuk Kong Hong Ming.

sumber - utusan


Tiada ulasan: