MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

18 Okt 2009

Tindakan Zaid bukti PKR bermasalah

SHAH ALAM – Tindakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim bercuti selama enam bulan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tidak akan menghadiri mesyuarat biro politik parti bukti Pakatan Rakyat mengalami krisis dalaman.

Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Ahmad Nizamudin Sulaiman berkata, tindakan Zaid itu menggambarkan ada ‘sesuatu yang sedang berlaku’ dalam parti tersebut.

“Memang akan nampak ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Mungkin disebabkan ketidakpuasan Zaid terhadap kepimpinan parti yang tidak memberi kebebasan kepadanya untuk membantu,” katanya, semalam.

Menurut Dr Ahmad, tindakan Zaid itu adalah satu jalan penyelesaian bijak bagi mengelak lebih banyak kenyataan bercanggah yang boleh mengeruhkan lagi konflik.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains & Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Dr Sivamurugan Pandian pula berkata, PKR mungkin mengalami krisis kepimpinan memandangkan Zaid juga dilihat boleh menggantikan tempat Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

sumber - sinar


Tiada ulasan: