MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Okt 2009

Strategi Anwar membuang Hadi Awang

Oleh gelagat anwar

Salah satu sebab mengapa Konvensyen Pakatan Rakyat masih belum mendapat momentum yang baik adalah kerana tindaka Hadi yang dikatakan tidak begitu bersetuju dengan beberapa perkara asas di dalam penyediaan rangka kerjasama yang ada. Hadi dapat melihat, strategi Konvensyen itu adalah untuk menentukan Anwar menjadi seorang adi-kuasa di dalam Pakatan Rakyat; tanpa ada ruang untuk check and balance. Anwar sendiri sudah meletakkan beberapa klausa yang memungkinkan parti lain hanya menjadi pelengkap, dan bukannya equal partner di dalam Pakatan Rakyat (ala kerjasama BN).

Anwar berasa kurang selesa kerana dalam beberapa mesyuarat strategik, Hadi masih lagi belum mahu membuka ‘kain’ PAS untuk dinoda oleh serakah politik Anwar. Isu Negara Islam yang menjadi ‘credo’ perjuangan PAS juga sudah semakin mengecil. Argument Anwar, atas nama strategi dan survival parti; Negara Islam mesti diperlahankan sedikit – dan PR bergerak di atas landasan ‘Negara Berkebajikan’. Welfare state. Hadi tidak ada masalah dengan itu. Masalah Hadi adalah apabila Negara Islam menjadi ’silent’ di dalam equation yang Anwar hajati.

Anwar tidak ada piihan, bagi memastikan Konvensyen Pakatan Rakyat berjaya merealisasikan hajatnya, usaha mesti dilakukan untuk memastikan Hadi beras tersabar di dalam partinya sendiri. Sebenarnya EGM yang diusulkan oleh Nik Aziz hanyalah ‘tekanan akupunktur politik’ yang diberikan oleh Anwar kepada Hadi. Kalau berdegil, Hadi menempuh jalan yang sangat sukar. PIlihan yang ada, menerima EGM ataupun meluluskan niat politik Anwar di dalam Konvensyen PR.

Masalah Hadi adalah, gerakan bawah tanah di dalam PAS memang menjurus kepada membuangnya sebagai Presiden. Husam Musa yang tewas teruk di dalam Muktamar sudah menggunakan masa yang banyak untuk bergerak di bawah dan meyakinkan para perwakilan mengenai suasana sebenar. Kalau sebelum ini perwakilan Kelantan tidak mendokong calon Kelantan, Husam Musa telah menggunakan isu ‘royalti minyak’ sebagai penyatu perjuangan. Endorsement Istana kepada usaha ini menyebabkan Husam menjadi lebih yakin.

Kalau dalam keadaan semasa, dibantu oleh ’sumbangan dan sedekah jariah’ pihak tertentu, Hadi tidak mustahil tertogel sebagai Presiden PAS. Ini bukan khayalan politik, tetapi suatu cita-cita politik yang nyata dan bersungguh. Hadi mesti hati-hati dengan keadaan ini.

Semua ini berlaku di atas kehendak dan kemahuan Anwar. Husam Musa sudah lama bertuankan Anwar. Lebih menarik lagi, kemampuan Husam meyakinkan Nik Aziz bermain dengan rentak politik perpecahan ini sememangnya sangat luar biasa. Bagaimana agaknya seorang yang mempunyai ‘karomah’ di dalam parti Islam akur dengan seorang ’sodomist’ adalah suatu yang sangat luar biasa. Di mana agaknya persamaan seorang wali dengan seorang yang disabitkan dengan masalah sodomi adalah sesuatu yang tidak diterima akal.

Dalam politik semuanya berkemungkinan. Termasuklah wali yang menerima arahan seorang homoseksual. Akhir zaman agaknya.

sumber - gelagat anwar

Tiada ulasan: