MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Okt 2009

Setiausaha Agung PKR letak jawatan?: TIDAK BENAR kata Salehuddin...

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim pada jam 8.32 malam ini mengesahkan bahawa beliau tidak melepaskan jawatannya sebagaimana yang diperkatakan oleh orang-ramai sejak lewat petang tadi.

Dalam SMS ringkasnya kepada soalan wartawan mStar Online, Ariffuddin Ishak, "benarkan Datuk telah meletakkan jawatan sebagai setiausaha agung parti", Salehuddin hanya menjawab ringkas "TIDAK BENAR".

Lewat petang tadi, khabar angin bertiup kencang mengatakan kononnya Salehuddin telah melepaskan jawatannya sebagai setiausaha agung PKR kerana tidak bersetuju dengan beberapa dasar pucuk pimpinan parti .

Dan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali ketika dihubungi mStar Online turut memaklumkan bahawa beliau juga telah mendengar mengenai khabar angin tersebut tetapi tidak dapat mengesahkannya kerana tidak melihat sebarang surat hitam putih.

"Ya saya turut mendengar kononnya beliau meletakkan jawatan tapi sehingga sekarang saya tidak melihat adanya surat rasmi mengenai peletakan jawatan itu atau dimaklumkan secara rasmi," kata Dr Syed Husin.

sumber - Mstar

Setiausaha Agung PKR letak jawatan?

KUALA LUMPUR: Khabar angin bertiup kencang petang tadi mengatakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Salehuddin Hashim telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa serta merta atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin PKR yang dihubungi sebentar tadi berkata, mereka sedia maklum akan pendirian Salehuddin terhadap beberapa isu yang tidak selari dengan dasar pucuk pimpinan.

Usaha untuk mendapatkan reaksi segera daripada beliau kini sedang dilakukan.

sumber - mstar


Tiada ulasan: