MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Okt 2009

Nik Aziz diperalat kumpulan pro-Anwar

Oleh Malaysia Aktif

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendesak Pas mengadakan muktamar khas luar biasa bagi menentukan kedudukan tiga pemimpin tertinggi parti itu dan seorang pesuruhjaya Pas negeri.


Dalam blognya www.blogtokguru.com beliau menamakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Nasaruddin Mat Isa, Setiausaha Agung, Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hassan Ali sebagai pemimpin-pemimpin berkenaan.

Nik Aziz mahu perwakilan Pas menentukan sama ada mereka patut diberikan mandat untuk memimpin Pas kerana mereka masih mahu meneruskan agenda berunding dengan UMNO untuk perpaduan umat Islam.

Nik Aziz dalam tulisan blognya menceritakan beliau mendapat idea meminta muktamar khas itu diadakan setelah melihat UMNO, PKR dan terbaru MCA mengadakan mesyuarat agung khas bagi menyelesaikan isu-isu dalaman masing-masing.

Bolehkah muktamar khas itu menjadi kenyataan sebagaimana Nik Aziz hasratkan?

Ia hanya boleh diadakan jika jawatankuasa pusat Pas yang diketuai Hadi memutuskan ia layak diadakan.

Jawatankuasa pusat Pas akan bermesyuarat khas malam esok bagi mendengar pandangan Nik Aziz. Bolehkah Nik Aziz meyakinkan jawatankuasa tersebut?

Nampaknya Nik Aziz menghadapi tugas berat kerana yang menjadi sasaran kritikannya ialah Hadi, Nasaruddin dan Mustafa, eksekutif-eksekutif tertinggi Pas yang sudah tentu berpengaruh ke atas perjalanan dan hala tuju parti itu.

Sebagai Mursyidul Am, Nik Aziz tidak mempunyai kuasa eksekutif dan cakapnya boleh diterima atau ditolak. Bagaimanapun disebabkan Nik Aziz mempunyai pengaruh peribadi yang besar di kalangan ahli-ahli parti, Hadi dan kumpulannya tidak boleh menolak mentah-mentah apa jua pandangan Nik Aziz sekalipun cara beliau meluahkannya telah menyebabkan tidak kestabilan dalam Pas.

Sebenarnya suara Nik Aziz, walaupun dinafikannya, adalah suara satu kem lagi dalam Pas yang sama sekali tidak bersetuju dengan idea untuk berkerjasama dengan UMNO. Mereka adalah kalangan yang pro-Anwar Ibrahim dan mahukan parti itu terus bekerjasama dengan PKR dan DAP dalam pemuafakatan Pakatan Rakyat.

Nik Aziz dipercayai terus diperalatkan oleh kumpulan pro-Anwar ini supaya mementang kumpulan Hadi. Perihal Nik Aziz diperalatkan oleh kumpulan ini telah dibayangkan sendiri oleh anaknya Nik Mohamad Abduh juga dalam blognya nikabduh.wordpress.com suatu masa dulu. Kenyataannya juga telah menimbulkan ribut politik dalaman Pas.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Nik Aziz menyerang Hadi. Beliau telah berkali-kali menyuarakan kemarahannya terhadap hasrat kem Hadi untuk berunding dengan UMNO. Malah Nik Aziz pernah menjerit bahawa ``dalam Pas hanya ada seorang nakhoda.’’

Walaupun Nik Aziz tidak berterus terang menyatakan bahawa si nakhoda itu ialah Mursyidul Am, jawatan yang dalam carta organisasi Pas itu terletak di tempat paling atas, semua orang tahu makdus beliau. Namun Mursyidul Am bukanlah jawatan yang dipilih oleh perwakilan sebagaimana presiden dan timbalan presiden.

Adalah janggal bagi Nik Aziz untuk menyingkirkan Hadi dan Nasaruddin melalui muktamar khas kerana mereka baru sahaja dipilih oleh parti dalam muktamar Pas pada Jun lalu. Hadi menang tidak bertanding dan Nasaruddin pula menewaskan dua calon lain – Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Husam yang rapat dengan Anwar diketahui umum sebagai `orang’ Nik Aziz. Kekalahannya juga bererti bahawa perwakilan Pas menolak gagasan Nik Aziz dan Husam yang mahukan parti kekal akrab dengan Anwar Ibrahim serta memusuhi UMNO.

Mengadakan muktamar khas luar biasa juga tidak menjamin boleh menyelesaikan kemelut dalam parti. Lihatlah betapa MCA gagal menyelesaikan krisis kepimpinan melalui mesyuarat agung luar biasa yang baru diadakan.

Hamburan perasaan Nik Aziz melalui blognya itu hanyalah mencerminkan betapa terdesaknya kumpulan pro-Anwar untuk merebut kuasa dalam Pas. Jalan terbaik ialah dengan memperalatkan Nik Aziz. Mereka tahu bahawa Nik Aziz sangat bencikan UMNO kerana parti itu sentiasa menggugat kedudukannya sebagai Menteri Besar Kelantan sejak jawatan itu dipegangnya pada 1990.

Kumpulan pro-Anwar ini tahu kelemahan Nik Aziz dan mereka terus mengapi-apikannya dengan mengatakan bahawa kumpulan Hadi masih menyimpan hasrat untuk bekerjasama dengan UMNO.

Mereka juga menyedari bahawa Nik Aziz sudah tua. Dan pada usia mencecah 80 tahun, Nik Aziz pula selalu sakit. Masa tidak menyebelahi kumpulan pro-Anwar ini dan mereka perlu melakukan sesuatu. Mesyuarat agung luar biasa MCA telah memberikan idea kepada mereka untuk mengapi-apikan Nik Aziz supaya melontarkan idea yang sama kepada ahli-ahli Pas. Lalu Nik Aziz melontarkannya melalui blognya.

Tetapi tulisan di dalam blog itu diragui sama ada benar-benar hasil tangan Nik Aziz? Antara yang ragu ialah Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulama Pas yang memberitahu media arus perdana bahawa beliau sangat kenal bentuk dan gaya tulisan Nik Aziz. Ini memperkukuh kepercayaan bahawa Nik Aziz telah diperalatkan.

Adakah Pas akan mengadakan muktamar sebagaimana yang kumpulan pro-Anwar kehendaki bagi menyingkirkan Hadi, Nasaruddin dan kumpulannya?

Berasaskan andaian bahawa beliau hanya menjadi alat kumpulan pro-Anwar, amatlah bodoh jika Hadi dan kumpulannya bersetuju dengan idea tersebut.

sumber - malaysia aktif


Tiada ulasan: