Oleh kamalfarsya
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dicabar menjawab persoalan moral yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hingga menjadi punca beliau keluar parti.Selama ini Wan Azizah dilihat banyak mendiamkan diri seperti mahu menyorokan sesuatau dari diketahui orang ramai dan juga pemimpin pemimpin PKR yang lain.Saya rasa tentu ramai pemimpin PKR sendiri tertanya tanya apa yang sebenarnya berlaku tentang kes liwat Anwar yang sengaja ditangguhkan.
Wan Azizah tidak boleh lagi melindungi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya mesti bertanggungjawab kepada ahli yang resah menanti penjelasan berhubung persoalan moral yang menyelubungi Anwar.Wan Azizah harus sedar tindakan Anwar mengemukakan pelbagai permohonan hingga mahkamah terpaksa menangguhkan kes tersebut telah menimbulkan pelbagai kegusaran.Wan Azizah sebagai isteri punya tanggungjawab kepada suami tetapi dia juga kena ingat yang dia adalah Presiden parti yang wajar menunjukan satu sikap telus dalam perjuangannya.Seharusnya Wan Azizah perlu bertanggungjawab kerana salah satu sebab Badrul tinggalkan PKR kerana persoalan moral termasuk meragui cara Anwar menangguhkan kes dakwaan liwatnya.
Jadi sebagai ketua Wan Azizah seharusnya meletakan prinsip moral diatas segala galanya dan bukan hanya bertanggungjawab pada suami tetapi Wan Azizah perlu juga bertanggungjawab pada ahli ahli PKR yang resah dan mahu penjelasan yang telus dari seorang presiden parti.Sekiranya ini menjadi satu beban pada Wan Azizah untuk menyatakan perkara yang sebenar pada ahli Pkr,amat wajar sekali Wan Azizah meletakan jawatan sebagai presiden parti kerana sebagai presiden parti seharusnya perlu seorang yang telus dan tidak melindungi sesuatu dari pengetahuan ahli ahli Pkr.
Wan Azizah harus bertanggungjawab kerana sejak kebelakangan ini ramai pemimpin Pkr yang keluar parti kerana kegagalan Wan Azizah sendiri dalam menjelaskan perkara yang sebenar pada persoalan yang dibangkitkan oleh pemimpin Pkr sendiri.Apa yang berlaku dalam Pkr sekarang merupakan satu masaalah peribadi Anwar, dan Wan Azizah selaku seorang ketua tidak seharusnya melebihkan Anwar kerana sebagai seorang ketua Wan Azizah perlu perjelaskan perkara yang sebenar dan tidak menyorokan sesuatu dari pengetahuan pemimpin Pkr yang lain kerana ini melibatkan soal parti dan soal moral seorang pemimpin.
Ramai dikalangan pemimpin dan ahli Pkr merasa gusar bila Anwar asyik melewatkan kes liwatnya.Apakah ini satu strategi Anwar untuk melewat lewatkan pertuduhan padanya.Jika Wan Azizah sebagai seorang ketua yang telus dan berpegang prinsip pada agama dan moral,seharusnya Wan Azizah menyokong tindakan Adun Pelabuhan Klang yang mahukan penjelasan berhubung kait dengan soal Anwar dan seharusnya Wan Azizah selaku presiden seharusnya meletakan kepentingan semua dengan meminta suaminya meletakan jawatan sebagai ahli parlimen.
Apa yang dilakukan oleh Adun Pelabuhan Klang itu sebenarnya harus disokong dan dituruti oleh wakil wakil rakyat yang dilantik rakyat kerana sebagai pemimpin adalah menjadi keutamaan dalam mempertahankan soal moral.Tidak guna mempertahankan pemimpin sekiranya moralnya sering dipertikaikan rakyat.
Kalau dinegara lain,pemimpin yang berhadapan tuduhan dengan soal moral tidak mungkin akan dilantik sebagai seorang ketua apatah lagi menjadi seorang pemimpin.Keadaan ini tidak berlaku di negara kita sebaliknya pemimpin yang runtuh akhlaknya dianggap sebagai seorang wira dan ada juga parti yang berteraskan Islam yang sanggup mempertahankan pemimpin yang sudah runtuh akhlaknya demi meraih sokongan rakyat.
Walaupun Adun Pelabuhan Klang hanya pemimpin kecil tapi keberanian beliau telah membuka mata pada pemimpin lain dalam Pkr bahawa soal moral tidak boleh dipertahankan.Dan seharusnya tindakan Adun ini perlu disokong kerana tindakan yang diambil oleh Adun Pelabuhan Klang ini berteraskan pada prinsip moral.
sumber - kamalfarsya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan