SHAH ALAM: Lelaki yang mendakwa rasul Melayu, Abdul Kahar Ahmad, yang didakwa dengan lima pertuduhan, meminta semua yang pernah terpedaya dengan perkara batil yang pernah dibangkitkannya untuk bertaubat dan melupakan secara mutlak.
Abdul Kahar, 59, membuat pengakuan itu secara bertulis, pada prosiding pagi tadi, dan dibacakan peguamnya, Zulkifli Che Yong. Pada 24 September lalu, Abdul Kahar yang berjaya ditahan bulan lalu selepas tiga tahun menghilangkan diri, membuat pengakuan salah terhadap kelima-lima pertuduhan.
Beliau dituduh menyebarkan doktrin palsu, mengaku diri seorang rasul, mempersendakan agama, menyebarkan pendapat bertentangan dengan fatwa dan mengingkari dan melanggar arahan mufti, empat tahun lalu.
sumber - berita harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan