MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Okt 2009

Punca Nik Aziz mengamuk..

Jimadie Shah Othman
Okt 27, 09, 3:50pm
kemaskini 5.23pm PAS dilanda konflik berpanjangan – terbaru isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah" yang ditimbulkan mursyidul amnya – kerana gagal menguatkuasakan keputusan badan tertingginya, termasuk muktamar tahun lepas.

Majlis Syura Ulama, satu lagi badan tertinggi yang boleh mengatasi keputusan jawatankuasa pusat PAS, bulan lalu memutuskan supaya Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Hassan Ali "dinasihatkan" selepas mencetuskan beberapa kontroversi dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun keputusan ini tidak dapat dipastikan sama ada pernah disalurkan kepada jawatankuasa pusat PAS sehingga mendorong, antaranya, ketua majlis itu Datuk Nik Aziz Nik Mat mendesak satu muktamar khas diadakan bagi membincangkan isu Dr Hassan.

"Majlis Syura yang bermesyuarat pada penghujung bulan lalu juga telah memutuskan supaya Dr Hassan 'dinasihatkan'.

"Selepas itu saya tidak tahulah sama ada keputusan ini disampaikan atau tidak," kata seorang pemimpin kanan parti itu.

Malaysiakini difahamkan, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Nasharuddin Mat Isa tidak hadir dalam mesyuarat tersebut yang diadakan seminggu selepas sambutan Aidilfitri.

Sumber itu yakin artikel mendesak di Blog Tok Guru disediakan sendiri oleh Nik Aziz, dan bukan dikarang oleh penasihatnya seperti dipertikaikan oleh ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib.

Dipercayai ia ditulis kerana isu ini sudah dipendam lama oleh menteri besar tersebut, tambah sumber.

Pemimpin tersebut, yang enggan mendedahkan identitinya, diminta mengulas sebab-sebab isu kerajaan perpaduan berlarutan dalam PAS sehingga mencetuskan kesan negatif terhadap parti itu walaupun muktamar di Ipoh pada Ogos 2008 memutuskan isu tersebut sepatutnya tidak lagi berbangkit.

Ditanya sama ada konflik itu berlarutan akibat mesyuarat gagal berfungsi kerana ahli-ahli jawatankuasa pusat PAS takut kepada Abdul Hadi, sumber itu berkata:

“Dalam mesyuarat parti, kedua-dua pihak – sama ada dari kumpulan A atau kumpulan B – bebas menyuarakan pendangan masing-masing, kadang-kadang sampai melebihi adab (bermesyuarat), kadang-kadang presiden pun kena bantai teruk.

“Tetapi di akhirnya mereka (ahli mesyuarat) ini akan lebih berlembut.”

Sumber itu sebaliknya menyalahkan gaya kepimpinan Abdul Hadi yang didakwanya “kurang tegas” berbanding dengan presiden PAS terdahulu, allahyarham Datuk Fadzil Noor.

“Dalam mesyuarat kita, keputusannya bagus tetapi pelaksanaannya tidak seperti itu. Macam isu (sikap Dr Hassan) di Selangor ini, segerakanlah ambil tindakan yang sesuai. Biar kita cakap serupa bikin,” katanya.

Mengulas faktor yang menyebabkan mursyidul am menulis isu "pemimpin bermasalah" di blognya minggu lepas, sumber itu berkata Nik Aziz terdorong mencadangkan muktamar kas setelah mendapati keputusan muktamar 2008 yang memutuskan usaha mengukuhkan Pakatan Rakyat telah dilanggar.

Walaupun isu melibatkan Dr Hassan baru-baru ini tidak berkaitan dengan isu kerajaan perpaduan tetapi kontroversi jualan arak, tambah sumber, namun kegagalan PAS menanganinya segera mewujudkan krisis kepercayaan rakan gabungannya, PKR dan DAP.

Sumber juga berkata, kebimbangan Nik Aziz itu turut didorong oleh kemerosatan undi PAS di Bagan Pinang dan maklum balas daripada masyarakat bukan Islam yang tidak selesa dengan pendekatan Dr Hassan itu.

Diminta mengulas kemungkinan hasil mesyuarat khas malam esok bagi menjawab desakan Nik Aziz untuk mengadakan muktamar khas, sumber itu berkata:

"Apa jadi malam esok terpulanglah kepada keputusan yang dicapai bersama. Nik Aziz hanya mahu timbulkan perkara ini untuk dibincangkan."

sumber - malaysiakini


Tiada ulasan: