MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Okt 2009

PKR Parti Anwar, Azizah & Azmin (3A)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) disifatkan sebagai sebuah parti himpunan pemimpin 'rubber stamp' kerana hanya tiga pemimpin yang memainkan peranan utama, kata Presiden Parti Bersatu India Malaysia, Datuk S. Nallakaruppan.

Beliau berkata, bukan sesuatu yang menghairankan jika PKR dikenali sebagai parti bateri 3A apabila Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presiden, Azmin Ali menguasai pemerintahan.

"Keputusan yang dibuat adalah yang terbaik berdasarkan kepentingan pemimpin 3A itu.

"Kegagalan besar di Sabah serta langkah-langkah pemulihan yang diambil memberi pengertian kepada kita bagaimana pemimpin 3A ini meneruskan agenda dan kepentingan peribadi serta melindungi antara satu sama lain," katanya.

Nallakaruppan berkata demikian bagi mengulas mengenai kegagalan besar kepimpinan PKR di Sabah hingga menyebabkan wan Azizah terpaksa menggugurkan kedudukan Azmin Ali sebagai Pengerusi PKR Sabah.

Bagaimanapun bagi menjaga air muka Azmin, ahli Parlimen Gombak itu dilantik sebagao Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

"Apa yang Azmin mahu, beliau dapat.

"Ini merupakan satu fakta yang diketahui di kalangan kelompok Anwar sejak beliau kembali dalam politik bahawa Azmin mendapat perhatian khusus daripada Anwar.

"Malah isteri Azmin, Shamsidar Taharin juga mendapat perhatian istimewa," katanya.

Nallakaruppan juga berkata, Wan Azizah menyimpan banyak rahsia bagi membolehkan cita-cita politiknya untuk menjadi 'wanita pertama' menjadi kenyataan.

"Beliau akan tutup sebelah mata, kadang-kadang beliau tutup kedua-dua mata," katanya.

sumber - Mstar


Tiada ulasan: