MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

26 Okt 2009

PKR dan PAS di Selangor ‘berperang dingin’

Oleh Malaysia Aktif

Perbalahan dan kesangsian di antara wakil rakyat Pas dengan PKR masuk ke fasa baru apabila kedua-dua belah pihak melancarkan ‘perang dingin’ melibatkan daripada Hassan Ali dengan Khalid Ibrahim hinggalah kepada rakan masing-masing dalam kerajaan pembangkang di Selangor.

Ini berlaku selepas Hassan Ali yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor, bertelagah secara terbuka dengan PKR terutama mengenai penjualan arak di kawasan majoriti Islam, pertambahan mendadak rumah urut dan isu kuil Hindu.

Memang benar berikutan pertelagahan pelbagai isu yang mendarah daging itu, Anwar Ibrahim dan Nik Aziz dengan tergesa-gesa mengumumkan segala titik perbalahan sudah diselesaikan.

Walaupun ia melibatkan dua parti saja, namun bagi ramai peniaga khususnya Cina apa berlaku itu amat dibenci kerana ia menghakis keyakinan rakan niaga terutama dari negara asing dan keadaan diburukkan lagi dengan kecaman pembangkang terhadap kerajaan pusat pula.

Akibat kegagalan pembangkang bersatu padu dan mewujudkan kestabilan itu, di kebanyakan bahagian wakil rakyat PKR mahupun Pas tidak lagi dijemput menghadiri majlis perayaan sesetengah pertubuhan Cina seperti di Ampang. Ada yang memilih untuk mengundang mantan wakil BN saja.

Di kawasan undi yang ramai pengundi Melayu pula, ada Ahli Parlimen PKR diundang ke majlis-majlis hanya tiba selepas atau sebelum wakil Pas tiba atau pun beredar.

Jelas perang dingin ini tidak hanya terbatas kepada Hassan Ali yang terbukti dipinggirkan seperti tidak dibenarkan muncul pada kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang, awal bulan ini.

Dalam isu perpindahan kuil Hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, bukan saja wakil rakyat PKR yang menentang Hassan Ali, tetapi Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad sendiri dikatakan ‘lebih Hindu daripada Hindu’ apabila mempertahankan rancangan itu.

Apa yang mengejutkan Hassan tidaklah lain daripada sikap lepas tangan ketua kerajaan pembangkang, Khalid Ibrahim yang tetap mahu menampilkan dirinya sebagai Menteri Besar mewakili semua kaum terutama memenuhi kehendak wakil rakyat DAP dan kebanyakan wakil rakyat bukan Islam PKR.

sumber - malaysia aktif


Tiada ulasan: