MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Okt 2009

Nik Aziz telah tukar pendirian ?

Tumpuan mereka yang mengikuti konflik dalaman PAS semuanya kepada mesyuarat khas malam ini bagi membincangkan isu "beberapa kerat pemimpin bermasalah" yang dibangkitkan oleh mursyidul amnya.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula tiba-tiba mengubah pendirian - asalnya dilaporkan "keberatan" untuk hadir - dengan kesediaan berdepan dengan jawatankuasa pusat dan barisan pesuruhjaya negeri.

Memetik kenyataan setiausaha politik menteri besar itu Anual Bakhri Haron, media rasmi PAS Harakahdaily semalam melaporkan keberatan antaranya kerana DUN Kelantan masih bersidang.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata Nik Aziz, yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan, akan diundang untuk membentangkan pendapatnya dalam mesyuarat khas itu.

Ia dijadualkan diadakan jam 8.30 malam ini di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur susulan desakan tegas Nik Aziz untuk menganjurkan muktamar khas berhubung beberapa pemimpin kanan parti yang suka pada idea kerajaan perpaduan.

Selain Mustafa sendiri, mereka yang dipertikaikan oleh tokoh besar PAS itu termasuklah timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Pertukaran sikap Nik Aziz dalam tempoh 24 jam sebelum mesyuarat itu menjadikan pertemuan malam ini lebih menarik dan bakal menjadi fokus utama penyokong parti itu.

Dr Hassan, yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS, dijangka hadir. Beliau menjadi sasaran utama kritikan Nik Aziz susulan kontroversi dalam pentadbiran kerajaan Selangor yang dikaitkan dengannya.

sumber - malaysiakini


2 ulasan:

kerjakargo berkata...

GI JAHANE LA PAS NI..

NYUSOH ORRE ..DOH TUO ..DEMO NNI KENO LETAK JAWATE ...

Anak Lenggong berkata...

Kita sesama tengok adakah ini kong kalikong permainan PAS yang cuba meraih simpati rakyat disebabkan mereka sedar bahawa sokongan rakyat terhadap mereka dah mula terhakis...

Tetapi rumusan awal nya ..mereka ini akhirnya akan menjadi sorang pelakon yang berjaya dan saling berpelukan dengan mengatakan bahawa semua isu telah selesai..pak-pak lobai ini akan terus berlakon untuk mengabui mata penyokong nya walaupun didalam pasarana yang panas...penyokong jumud dan taksub pulak akanterus melaungkan perkataan takbirrr dan mengangguk seperti burung belatok ..