MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

12 Okt 2009

Nallakarupan dipercayai punyai akses rahsia negara melalui Anwar



KUALA LUMPUR, 3 Sept. Pengarah Hal Ehwal Korporat Magnum Datuk S.Nallakaruppan dipercayai mempunyai akses kepada rahsia negara melalui bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memungkinkan dia membocorkan rahsia negara, menurut satu afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini hari.

Memandangkan Nalla sering menuruti sama Anwar dalam menjalankan tugas-tugasnya di luar negara, adalah dikhuatiri bahawa kegiatannya boleh dieksploitasi oleh anasir-anasir jahat di dalam dan di luar negeri yang ingin menjejaskan keselamatan negara.

Ini terkandung dalam afidavit oleh Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, SAC 1 Musa Hassan yang merupakan penyelia pegawai penyiasatan berkaitan buku ''50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.''

Afidavit itu adalah antara empat yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan terhadap permohonan Nalla untuk dipindahkan dari lokap Bukit Aman ke penjara Sungai Buloh.

Keempat-empat afidavit itu dikepilkan dengan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara hari ini.

Nalla kini menghadapi tuduhan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana secara haram memiliki 125 butir peluru yang ditemui di rumahnya di Bukit Tunku semasa siasatan dijalankan terhadap buku itu.

''Kegiatan-kegiatan pemohon (Nalla) dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mendedahkan pemimpin negara tersebut diperas ugut bagi kepentingan anasir-anasir jahat di dalam dan di luar negera yang akan memudaratkan keselamatan negara.

''Sepanjang penyiasatan kes ini terdapat beberapa saksi telah diugut oleh orang-orang tertentu manakala seorang saksi lain telah diancam nyawanya,'' kata Musa dalam afidavitnya.

Nalla, katanya, dipercayai mempunyai maklumat yang melibatkan Anwar.

Katanya atas sebab-sebab itu, kes ini boleh menggugat keselamatan negara sekiranya tidak disiasat dengan teliti dan menyeluruh tanpa rasa gentar dan pilih kasih.

Katanya, pada pukul 4.30 petang, 31 Julai lepas beliau pergi ke rumah Nalla untuk membuat pemeriksaan kerana keterangan menunjukkan bahawa dia terlibat dengan siasatan kes buku itu.

Selain 125 butir peluru jenis Fiochhi 6.35mm, barang-barang bukti yang dijumpai antara lain ialah 150 butir peluru .38 special, 96 butir peluru 12 bore dan sepucuk pistol .38 Smith & Wesson, katanya.

Turut dijumpai ialah surat-surat asal peribadi kepada Anwar seperti surat asal daripada syarikat awam yang disenaraikan di papan pertama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), surat asal daripada sebuah syarikat awam memohon untuk membeli saham yang disenaraikan di papan pertama BSKL dan surat asal peribadi yang ditulis tangan oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi kepada Anwar.

Lima surat asal daripada syarikat awam yang disenaraikan di papan pertama BSKL yang dialamatkan kepada Kementerian Kewangan memohon projek-projek kerajaan, dan surat terkelas daripada pegawai Kementerian Kewangan kepada Anwar.

Juga dijumpai ialah wang tunai bercampur-campur berjumlah kira-kira RM2 juta dalam matawang Pound Sterling, Dollar Amerika, Dollar Singapura dan Ringgit Malaysia.


*****



KUALA LUMPUR, 3 Sept. Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan hubungan homoseksual, hubungan seks dengan wanita pelbagai bangsa dan cuba memikat isteri orang, menurut dakwaan dalam satu afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Dia juga didakwa menerima RM60 juta dari Datuk S. Nallakaruppan atau Nalla pada pilihan raya umum 1995.

Selain itu, Nalla sering mengikutinya ke luar negara dan menjalankan aktiviti-aktiviti sebagai orang tengah yang membolehkan Anwar dipergunakan oleh anasir-anasir jahat bagi mengancam keselamatan negara.

Dakwaan-dakwaan ini terkandung dalam afidavit Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, SAC 1 Musa Haji Hassan, yang juga penyelia pegawai penyiasat kes buku ''50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM''.

SAC 1 Musa, Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah, Ketua Pengarah Penjara Datuk Haji Omar Mohamed Dan dan ACP V. Ramasamy memfailkan afidavit sebagai jawapan untuk mengetepikan permohonan Nalla supaya dipindah penahanannya dari lokap Bukit Aman ke penjara Sungai Buloh.

Keempat-empat afidavit itu dikepilkan dengan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara hari ini.

Nalla ditahan di Bukit Aman mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri sementara menunggu perbicaraannya terhadap tuduhan memiliki secara haram 125 butir peluru senjata api jenis Fiocchi 6.35 mm.

Polis menjumpai peluru itu di rumah Nalla semasa menjalankan siasatan berhubung buku berkenaan.

SAC 1 Musa dalam afidavitnya menyatakan tujuh orang saksi telah memberi pernyataan bertulis semasa penyiasatannya.

Berikut ialah pernyataan-pernyataan saksi yang terkandung dalam afidavitnya:

+ Seorang saksi lelaki telah menyatakan bahawa dia telah diliwat oleh Anwar sebanyak 15 kali. Kegiatan homoseksual ini telah dilakukan di beberapa tempat termasuk di sebuah apartmen, Tivoli Villa di Bangsar. Apartmen ini dimiliki oleh sebuah syarikat yang mana Nallakaruppan adalah salah seorang pengarahnya yang mempunyai akses ke atas apartmen tersebut.

+ Seorang saksi telah memberi kenyataan bahawa dia mengesyaki kakak iparnya menjalinkan hubungan seks dengan Anwar dan perbuatan tersebut dilakukan di apartmen Tivoli Villa.

+ Bekas pemandu peribadi Nalla dalam kenyataannya menyatakan bahawa dia pernah membawa Anwar bersama Nalla pergi ke tempat tertentu untuk perkhidmatan seks haram. Dia pernah ditugaskan oleh Nalla untuk pergi mengambil perempuan-perempuan berbangsa Cina, Mexican, Eurasian dan bangsa lain untuk kegiatan seks haram. Pernah pada suatu ketika, selepas balik dari apartmen Tivoli Villa, saksi ini memandu kereta yang dinaiki oleh Anwar bersama Nalla dan seorang wanita, yang mana Anwar dilihat memakai rambut palsu.

+ Seorang saksi yang terlibat dalam pembekalan perempuan-perempuan bagi maksud pelacuran menyatakan bahawa Nalla pernah menghubunginya untuk mendapatkan khidmat seks haram. Saksi ini menyatakan dia juga beberapa kali telah membekalkan kepada Nalla perempuan-perempuan tersebut.

+ Seorang saksi wanita menyatakan bahawa Nalla telah memperkenalkannya kepada Anwar semasa di dalam kereta. Kemudiannya mereka bertiga telah pergi ke apartmen Tivoli Villa. Di sebuah bilik di dalam apartmen tersebut saksi ini menyatakan dia telah dicabul kehormatannya dan dia juga menyatakan bahawa Anwar telah merayu-rayu kepadanya untuk mengadakan hubungan seks tetapi dia telah menolaknya. Sewaktu kejadian ini berlaku Nalla berada di apartmen tersebut.

+ Seorang lagi saksi wanita menyatakan bahawa dia pernah dibawa oleh Nalla ke sebuah banglo dan diperkenalkan kepada Anwar. Saksi ini menyatakan dia diminta masuk ke sebuah bilik dan kemudiannya Anwar telah masuk ke bilik tersebut lalu mencium dan menghempapnya sambil memeluknya. Namun dia tidak menyerahkan dirinya untuk hubungan seks. Untuk mengelakkan dirinya daripada keadaan tersebut dia telah membuat helah yang dia di dalam keadaan haid.

+ Seorang lagi saksi wanita yang bekerja di sebuah syarikat yang mana Nalla adalah salah seorang Pengarah syarikat tersebut, menyatakan bahawa dia pernah dibawa oleh Nalla ke apartmen Tivoli Villa dengan kereta yang dipandu sendiri oleh Nalla. Di apartmen tersebut dia telah terperanjat apabila ditemukan dengan Anwar. Mereka telah mengadakan hubungan seks. Setelah selesai mengadakan hubungan seks dengan Anwar saksi ini menyatakan bahawa mereka telah berbincang tentang hal ehwal politik negara. Nalla telah memberi saksi ini RM350.

+ Pihak polis juga mempunyai keterangan bahawa Nalla ada memberi wang tunai berjumlah RM60 juta kepada Datuk Seri Anwar semasa pilihan raya umum tahun 1995.

+ Terdapat juga keterangan yang menunjukkan Nalla telah mengalihkan aktiviti-aktivitinya ke sebuah apartmen di Impiana Court, Ampang, Selangor selepas siasatan pertama yang dijalankan berkaitan surat layang terhadap skandal seks Anwar pada Ogos 1997. Apartmen ini dimiliki oleh sebuah syarikat yang disenaraikan di Papan Pertama Bursa Saham Kuala Lumpur di mana dia merupakan seorang dari Pengarahnya. Kegiatan-kegiatan seks haram ini masih beterusan walaupun siasatan polis telah dimulakan.

Menurut afidavit itu, sewaktu polis menjalankan siasatan, satu lagi laporan polis telah dibuat oleh seorang ahli korporat yang mendakwa bahawa Anwar cuba memikat isterinya.

Perkara itu berlaku ketika beliau dan isterinya mengikuti rombongan Anwar ke Washington.

Dalam siasatan polis, terbukti Nalla telah juga terlibat dalam aduan yang dibuat oleh ahli korporat itu.

Polis juga mempunyai maklumat bahawa Nalla sering mengikuti Anwar ke luar negara dan menjalankan aktiviti-aktiviti sebagai orang tengah yang membolehkan Anwar dipergunakan oleh anasir-anasir jahat luar negara yang boleh mengancam keselamatan dan kesejahteraan negara.

sumber - utusan


Hubungan seks, meliwat -- Antara dakwaan terhadap Anwar dalam afidavit polis


KUALA LUMPUR 3 Sept. - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa telah meliwat seorang lelaki sebanyak 15 kali, melakukan hubungan seks dengan wanita pelbagai bangsa dan cuba memikat isteri orang.

Dakwaan-dakwaan tersebut terkandung dalam satu afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Afidavit itu juga mendakwa Anwar menerima RM60 juta daripada Pengarah Eksekutif Perhubungan Awam, Magnum Corporation Berhad, Datuk Nallakaruppan a/l Solaimalai atau Nalla pada pilihan raya umum 1995.

Selain itu, Nallakaruppan sering mengikutinya ke luar negara dan menjalankan aktiviti-aktiviti sebagai orang tengah yang membolehkan Anwar dipergunakan oleh anasir-anasir jahat bagi mengancam keselamatan negara.

Afidavit tersebut difailkan oleh Ketua Bahagian Pendakwaan Undang-Undang, Bukit Aman, Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis II, Musa Hassan yang merupakan penyelia pegawai penyiasatan bagi kes buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menerima afidavit tersebut bersama-sama tiga lagi afidavit untuk dijadikan sebagai bahan rekod dalam kes Nallakaruppan.

Musa, Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah, Ketua Pengarah Penjara, Datuk Omar Mohamed Dan, Penolong Pesuruhjaya V. Ramasamy memfailkan afidavit-afidavit berkenaan sebagai jawapan untuk menolak permohonan Nallakaruppan supaya penahanannya dipindahkan dari lokap Bukit Aman ke Penjara Sungai Buloh.

Antara kandungan di dalam afidavit Musa itu berbunyi: ''Seorang saksi lelaki telah menyatakan bahawa dia telah diliwat oleh Anwar sebanyak 15 kali. Kegiatan homoseksual ini telah berlaku di beberapa tempat termasuk di sebuah apartmen Tivoli Villa di Bangsar.''

Terdapat juga kenyataan oleh seorang saksi yang menyatakan dia mengesyaki kakak iparnya menjalin hubungan seks dengan Anwar.

Selain itu, afidavit itu menyebut Anwar telah dilihat oleh seorang saksi menyamar memakai rambut palsu selepas pulang dari Tivoli Villa.

Menurut afidavit itu lagi, bekas pemandu peribadi Nallakaruppan membuat kenyataan bahawa dia pernah membawa Anwar pergi ke tempat tertentu untuk perkhidmatan seks haram. Dia pernah ditugaskan oleh Nallakaruppan untuk pergi mengambil perempuan-perempuan berbangsa Cina, Mexican, Eurasian dan bangsa lain untuk kegiatan seks haram.

Seorang lagi saksi wanita dalam afidavit itu, yang bekerja di sebuah syarikat di mana Nallakaruppan adalah salah seorang pengarah syarikat tersebut menyatakan, dia telah dibawa oleh Nallakaruppan ke Tivoli Villa dan terperanjat ditemukan dengan Anwar.

''Mereka telah mengadakan hubungan seks. Setelah selesai mengadakan hubungan seks dengan Datuk Seri Anwar saksi ini menyatakan bahawa mereka telah berbincang tentang hal ehwal politik negara. Nallakaruppan telah memberi saksi ini RM350,'' tambah afidavit itu.

Menurut afidavit itu, sewaktu polis menjalankan siasatan, satu lagi laporan polis telah dibuat oleh seorang ahli korporat yang mendakwa bahawa Anwar cuba memikat isterinya.

Perkara itu berlaku ketika beliau dan isterinya mengikuti rombongan Anwar ke Washington.

Dalam siasatan polis, terbukti Nallakaruppan telah juga terlibat dalam aduan yang dibuat oleh ahli korporat itu.

Polis juga mempunyai maklumat bahawa Nallakaruppan sering mengikuti Anwar ke luar negara dan menjalankan aktiviti-aktiviti sebagai orang tengah yang membolehkan Anwar dipergunakan oleh anasir-anasir jahat luar negara.

Hakim Abdul Wahab Patail yang mendengar kes itu turut memutuskan untuk menolak permohonan Nallakaruppan memadamkan beberapa perenggan dalam afidavit itu yang didakwa mengandung unsur skandal yang keterlaluan dan tiada kaitan dengan apa yang dibangkitkannya.

Hakim itu dalam alasannya berkata: ''Saya berpuas hati bahawa afidavit itu adalah relevan dan layak dijadikan rekod bagi kes ini.''

Peguam-peguam Manjeet Singh Dhillon dan Balwant Singh Sidhu yang mewakili Nallakaruppan mengemukakan permohonan itu untuk mencabar kesahihan penahanan anak guamnya di lokap Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Dalam permohonannya, Nallakaruppan menamakan Ketua Pengarah Penjara, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Berhubung kes itu, Nallakaruppan menghadapi tuduhan memiliki 125 peluru hidup jenis Fiocchi 6.35 mm, kira-kira pukul 8 malam pada 31 Julai lalu di rumahnya, No.1-1, Selekoh Tunku, Bukit Tunku di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 57(1)(b) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 (semakan 1972) yang membawa hukuman mati mandatori.

Nallakaruppan kini ditahan di lokap Bukit Aman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan atas dakwaan membabitkan keselamatan negara.

Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Azahar Mohamad dan Timbalan Pendakwa Raya, Stanley Augustin bertindak mewakili pihak pendakwa.

sumber - utusan


1 ulasan:

Shah berkata...

Harap suatu hari nanti video sex scandal akan timbul di pasaran macam cerita Chua SL. Baru ada steam. Baru cerita benar. Rasa Nalla ada simpan clip video itu.