MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Okt 2009

Mesyuarat Khas Dijangka Tidak Bawa Penyelesaian Kemelut PAS



KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Mesyuarat khas Jawatankuasa PAS pusat pada Rabu dikatakan mampu merungkai permasalahan kepimpinan yang telah sekian lama membelenggu parti itu.

Namun bisik-bisik yang kedengaran daripada 'orang dalaman' parti membayangkan mesyuarat itu sekadar untuk "menyapu permasalahan sebenar di bawah tikar".

Sukar untuk pucuk pimpinan parti menyelesaikan isu sebenar parti kerana permasalahan melibatkan seorang tokoh yang disanjung akar umbi dan barisan kepimpinan parti yang dipilih perwakilan atas dasar hala tuju parti, kata sumber parti itu.

"Orang kata PAS sekarang ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapa sebab isu sebenar terletak pada keengganan Mursyidul Am PAS (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) menerima segelintir pemimpin yang ada.

"Jadi bila diamati, mesyuarat esok tidak akan menyelesaikan apa-apa," kata sumber parti itu kepada Bernama.

Sememangnya ini bukan kali pertama Nik Abdul Aziz menyuarakan rasa kurang senang terhadap beberapa pemimpin parti itu dan beliau juga secara terang-terangan telah menamakan pemimpin berkenaan menjelang pemilihan PAS yang diadakan Jun lalu.

Ironinya nama-nama itu tetap dipilih perwakilan untuk meneraju PAS bagi tempoh tiga tahun akan datang, manakala calon-calon daripada golongan profesional yang disokong Nik Abdul Aziz pula tersingkir.

Justeru luahan perasaan Menteri Besar Kelantan itu menerusi laman blognya Jumaat lalu tidaklah memeranjatkan dan pemerhati politik yakin Nik Abdul Aziz akan terus bersuara selagi pemimpin yang disifatkan beliau sebagai `bermasalah' tidak disingkir.

"Macam mana nak singkir, mereka dipilih perwakilan, dan PAS juga tidak boleh ketepikan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) sebab beliau umpama ikon parti ini, jadi macam mana nak selesai?" kata sumber itu.

Beliau juga yakin jawatankuasa pusat akan menolak saranan Nik Abdul Aziz agar diadakan muktamar khas bagi memilih semula beberapa pemimpin yang dilabel beliau sebagai `bermasalah'.

Sememangnya nama Nik Abdul Aziz sudah sinonim dengan PAS "ibarat irama dan lagu" yang tidak dapat dipisahkan.

Malah seorang pemerhati politik, Asri Salleh sebelum ini pernah menyifatkan Mursyidul Am PAS itu sebagai ikon parti yang tidak boleh disentuh dengan kata-kata kecaman.

Menurut Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara kampus Dungun, Terengganu itu, Nik Abdul Aziz dilihat pemerhati politik Kelantan sebagai kunci kepada kejayaan PAS di negeri itu.

Merumuskan senario semasa ini, PAS sekarang berada dalam dilema yang tidak mudah dirungkai dengan sekadar mengadakan mesyuarat khas, melainkan mereka sanggup mengorbankan beberapa pemimpin demi memuaskan hati seorang ikon parti.

sumber - bernama


Tiada ulasan: