SHAH ALAM, 13 Okt - Kedudukan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah dari PKR yang dilanda kontroversi dan aduan pengundi di kawasannya yang beliau mengabaikan tugas, akan diumumkan hujung bulan ini.
Menyatakan demikian, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Badrul Hisham memberi reaksi positif untuk berbincang dengan kerajaan negeri berhubung kedudukan beliau sebagai ADUN.
Abdul Khalid berkata pihaknya telah mengatur beberapa siri perbincangan dengan ADUN itu.
"Tapi perbincangan sahaja tidak memadai, kita mahu masyarakat dan pengundi di Pelabuhan Klang nampak dia menjalankan tugas sebagai wakil rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Zon Tengah di sini.
Banyak spekulasi menyatakan Badrul Hisham akan menyertai Umno, namun beliau menafikannya.
Mengulas mengenai desakan beberapa pihak yang menggesa Badrul Hisham meletak jawatan sebagai ADUN, Abdul Khalid berkata situasi itu tidak dapat dielakkan kerana pengundi di kawasan berkenaan kecewa selepas tidak diberikan perkhidmatan sepatutnya.
"Kita di Pejabat Menteri Besar dan barisan exco kerajaan agak gentlemen, tapi para pengundi di Pelabuhan Klang memang kecewa," katanya.
sumber - bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan