MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

14 Okt 2009

Anwar : Sesumpah lidah bercabang - Khairy

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sejarah silamnya akan terus membayangi Ketua Pembangkang itu ke mana sahaja beliau pergi dalam arena politik.

Katanya, UMNO tidak lupa perbuatan lampau Anwar dan dengan beralih kepada pembangkang, ia tidak akan melesapkan segala dosa lama Anwar.

“Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Siapa sebenarnya Anwar Ibrahim? Pejuang agama Islam, pejuang bangsa Melayu, Pejuang hak asasi manusia atau apakah Anwar berjuang semata-mata untuk kepentingan peribadinya,” persoal Khairy.

Beliau membangkitkan perkara itu dalam ucapan dasar bertajuk ‘Di Persimpangan Jalan Perjuangan” di perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di PWTC, Rabu.

Ini adalah ucapan sulung beliau sebagai Ketua Pemuda menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya, Anwar mungkin berjaya dengan helahnya terhadap sebahagian generasi muda yang tidak pernah kenal siapa Anwar sebenarnya.

Khairy menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebagai chameleon politik - sesumpah yang berubah warna mengikut musim dan ketika melompat dari pohon ke pohon atau makhluk pelbagai alam.

“UMNO dan Pemuda UMNO ingin sejarah sebenar Anwar dan akan memastikan Penglipurlara Lidah Bercabang Dua ini tidak akan sampai ke Putrajaya,” tegas beliau.

Sehubungan itu, Khairy berkata, adalah tanggungjawab parti mendedahkan siapa sebenarnya pakatan pembangkang – PAS, DAP dan PKR bahawa mereka bukan sebuah parti tulen.

“Apa yang sebenarnya wujud adalah hubungan rambang dan kasual tanpa prinsip moral, tanpa cinta sejati, tanpa hormat menghormati. Satu pakatan yang sanggup tidur sebantal demi mimpi untuk ke Putrajaya,” katanya.

Menurut beliau, PAS tidak lagi garang bersuara atau berani mengajar, jauh sekali untuk menegur PKR dan DAP malah sanggup tawar menawar dengan DAP hatta mengadai jatidiri dan perjuangan asas mereka demi politik.

DAP pula katanya, bertopengkan platform parti berbilang bangsa tetapi hakikatnya mereka didominasi satu kaum sahaja.

“DAP hanya parti berbilang kaum pada namanya sahaja sedangkan perjuangan sebenar mereka berunsur perkauman yang menyala, membara seperti api dalam sekam,” tegas beliau.

Khairy menganggap PKR parti yang tandus idealogi, sekadar berkisar pengangungan Anwar sahaja dengan prinsip sama seperti DAP iaitu dahagakan kuasa.

“Anwar melalai masyarakat negara ini dengan kata-kata indah seakan-akan dialah pemimpin bersih, tulen, berintegriti dan acap kali menuduh pemimpin UMNO sebagai rasuah, rakus dan rasis,” katanya.

Khairy turut menggambarkan gelagat pembangkang dengan pantun berikut:

Anak Bantak mudik bergalah,
Digigit nyamuk habis lebam,
Pakatan retak menanti belah,
Remuk di dalam dipendam-pendam.

Batang cempedak pohon pedada,
Buah peria di dalam dulang,
Pakatan pembangkang temberang belaka,
Janji bak lidah tidak bertulang.

Riuh rendah di pintu muara,
Lebai Kassim membuka silat,
Pembangkang gian tamakkan kuasa,
Batu api perpecahan rakyat.

sumber - agendadaily


Tiada ulasan: