MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Okt 2009

Mana Anwar dalam Isu SELCAT?

Oleh Gelagat Anwar

Dalam kemelut isu SELCAT nampaknya Anwar mengambil tindakan ‘membisu’ dan tidak memberikan pandangan. Yang penting, kita kena tahu dan faham bahawa agenda ‘CAT’ ini adalah agenda DAP. Bukan agenda PKR. Bukan agenda Anwar. Bukan agenda PAS. Dalam konteks politik Selangor, walaupun MB adalah orang PKR – yang lebih mampu menjadi power broker dan penting dalam equation kepimpinan adalah DAP. Merekalah sebenarnya ‘man/woman behind the scenes’ yang menggerakkan kerajaan Negeri Selangor. Ini tidak boleh dinafikan.


Sebab itu Anwar tidak mahu berkata apa, kerana khuatir ianya akan menyebabkan DAP kecewa dan akhirnya melemahkan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Sampai bila agaknya Pak Sheikh terpaksa ‘kaw tim’ at highest level dengan puak-puak DAP ini. Pada pandangan blog ini, sikap beginilah yang akan membuatkan Pakatan Rakyat akan lebih cepat pudar dan padam.

Apapun juga, dalam sistem dan ideologi politik apa sekalipun – peranan seorang ‘khalifah’, seorang pemimpin ini tidak boleh nak diketepikan secara semberono. Masalah dengan Anwar adalah dia ‘gagal’ setakat ini meletakkan dirinya sebagai khalifah dalam pemerintahan PR di Negeri. Di Pulau Pinang, Anwar ‘hands-off’. Di Selangor adalah sedikit-sedikit peranan tetapi hanyalah bersandarkan tentang hubungan baiknya dengan Azmin. Secara jujurnya, Anwar sendiri sudah letih dengan Khalid. Anwar sudah sampai mengatakan bahawa Khalid sudah mengalami – ‘political fatigue’ dengan apa yang berlaku di Selangor. Penat sebab selalu kena padam api.

Sepatut dan sewajarnya, fokus kerajaan Negeri Selangor mesti tertumpu kepada usaha ‘merakyatkan ekonomi’ seperti yang mereka canang-canangkan. Idea ini sudah bagus. Selari dengan kehendak dan kemahuan ‘pembaharuan’ PR itu sendiri. Tapi, kalau ianya tidak diterjemah secara bersungguh dan menyeluruh, tidak juga ada gunanya. Rakyat masih mencari ‘nilai hebat’ kerajaan Negeri Selangor yang sebenarnya. Belum jumpa.

Usaha mengurangkan bil air bulanan kepada rakyat itu bagus – tetapi apakah ianya sudah mencapai maksud ‘merakyatkan ekonomi’. Apa contoh dan model merakyatkan ekonomi yang ada? Setakat ini belum nampak. Penulis menyambut lebaran di Kuala Selangor, Sungai Besar, Jeram dan Sabak Bernam. Rakyat makin resah. Khutbah Hari Raya nak menampilkan kerajaan Negeri sebagai ‘kerajaan bertanggungjawab’, tetapi kurang modal.

Khalid Ibrahim ini sudah menjadi ‘benah dan masalah’ kepada politik Selangor. Dia seorang yang lemah dan tidak ada command. Inilah antara punca kelemahan yang ada di Selangor pada ketika ini. Anwar pun mengakui keadaan ini. Tetapi, Anwar terikat dengan ‘janji’ yang dibuat dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain. Walaupun mungkin ramai kawan-kawan PR yang mahukan Azmin Ali – ada juga yang mengatakan dia tidak ‘mesra’ dengan rakan Pakatan yang lain. Macamana nak buat tu.

Anwar kena ‘mediator’ kepada isu SELCAT di Selangor. Anwar pun tahu dan maklum, Hassan Ali adalah antara orang yang sangat vokal mempertahankannya sewaktu peristiwa 1998. Hassan Ali adalah antara orang yang paling kerap berceramah di rumah Anwar. Anwar boleh sahaja memanggil Hassan Ali dan memberikan nasihat. Rasanya, Hassan Ali lebih gemar ber-khalifahkan Anwar daripada Haji Hadi.

Anwar kena mainkan peranan untuk membaikkan carik politik yang ada ketika ini. Jangan cuba nak larikan diri dan berlagak seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Kalau nak telus, teluslah dalam menguruskan perbezaan pendapat di Selangor ini. Jangan hanya ‘memerhati’ dari jauh dan takut nak tegur DAP.

sumber - gelagat anwar


Tiada ulasan: