Oleh Dr Novandri Hasan Basri
Penulis mendapat komentar daripada pembaca tentang kemungkinan berlakunya 'berat sebelah' di dalam penghakiman kes DS Anwar Ibrahim yang lepas.
Pertama, kita perlu tahu bahawa kes liwat Anwar Ibrahim yang digugurkan adalah pada tahun 2004 begitu juga kes hukuman beliau kerana salah guna kuasa. Kes asal adalah pada tahun 1999.
Semenjak 2004, Anwar Ibrahim tidak pernah lagi mempersoalkan kes liwat beliau yang digugurkan dan hukuman beliau.
Dan keputusan tahun 2004 terdiri daripada hakim-hakim yang berlainan daripada tahun 1999.
Kedua, Pak Lah, mantan Perdana Menteri yang melepaskan Anwar Ibrahim untuk rawatan kesihatan di luar negeri ketika itu juga telah berjanji kepada DS Wan Azizah, isteri Anwar Ibrahim untuk tidak masuk campur di dalam kes tersebut.
Wan Azizah & AI sangat berterima kasih kepada Pak Lah di atas keprihatinan beliau itu.
Di dalam suasana yang tenang dan tidak ada masuk campur pihak ketiga pun, ketiga- ketiga hakim telah memutuskan hukuman dan telah mengeluarkan verdict mereka dengan mengatakan Anwar Ibrahim memang terlibat di dalam aktiviti luar tabii!
Apakah kita tidak perasan tak yang Anwar Ibrahim tidak pernah mempersoalkan clause tersebut?
Beliau senyap seribu bahasa dan sikap begini amat mencurigakan jika dibandingkan dengan kesungguhan beliau untuk mempertahankan diri beliau selama ini.
Kita mengharapkan agar Anwar Ibrahim insaf dan tidak melakukannya lagi tetapi kes terbaru beliau dengan Saiful Bulkhari menyebabkan kita terfikir sekali lagi!
Seperkara lagi, penulis senyum sinis dengan beberapa komentar yang begitu skeptikal dengan sistem undang-undang negara dan perlaksanaannya. Penulis berpegang kepada sistem perlembagaan dan rukun negara ini. Kedaulatan undang-undang adalah satu perkara asas negara.
sumber - drnovandri
1 ulasan:
Salam AIDC,
Alasan peguam MC dah sering dipakai. Tukar barisan peguam pun dah guna. Penyudahnya, peguam suruhan Brader Anwar Bin Ibrahim ditugaskan menulis buku propaganda kes liwatnya! Bicara dah semakin dekat la katakan!
http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/10/buku-propaganda-anwar-di-kala.html
Catat Ulasan