MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

30 Okt 2009

Kes liwat : Anwar minta simpati dari pelajar-pelajar Mesir

Oleh Emang Psychotic Killer, AIDCclub

29 Oktober, Khamis- Anwar Ibrahim bersama pimpinan PKR seperti Saifuddin Nasution dan Ust. Badrul Amin telah memberikan ceramah yang bernuansakan politik kepada lebih kurang 400 mahasiswa/wi Malaysia dan sebahagian Indonesia yang hadir di Haiyyu Asyir, Kaherah.

Penulis hadir dengan tidak duduk bersama mahasiswa di tempat yang disediakan. Tetapi penulis mengambil keputusan untuk berdiri di belakang memerhatikan keadaan.

Pengerusi Majlis sempat menyuruh kepada hadirin untuk tidak membuat sebarang rakaman. Hal ini ditakuti kerana takut dengan isi yang disampaikan akan diketahui di dunia internet.

Penceramah pertama Ust. Badrul Amin memulakan syarahannya dengan semangat berapi-api dengan mengatakan PMRAM itu lebih tua daripada Malaysia. Beliau sekali lagi mengatakan PMRAM adalah satu badan yang paling berwibawa di antara persatuan lain di Mesir. Demikian syarahannya berdasarkan pengalaman beliau yang pernah study di Mesir.

Penceramah kedua Saifuddin Nasution pula memulakan dengan defisit kewangan yang melanda ekonomi Malaysia. Beliau mengatakan pentadbiran BN yang menyebabkan berlakunya defisit ini. Beliau tanpa menyedari bahawa berlaku defisit ini ketika Anwar mahu menubuhkan kerajaan pada 16 september pada tahun lalu yang menyebabkan para pelabur menarik dana daripada melabur di Malaysia.

Beliau juga membuat retorik apabila beliau menyatakan bahawa bentuk kewangan di negeri yang diperintah oleh Pakatan Pembangkang sangat baik. Beliau juga memetik kata-kata Lee Kua Yee ketka melawat Malaysia dengan mengatakan pentadbiran pakatan pembangkang di 5 negeri lebih baik berbanding negeri yang diperintah oleh BN.

Beliau tanpa disedari bahawa Lee Kuan Yee berkata begitu atas dasar bermusuhan dengan bekas Perdana menteri Tun Mahathir. Beliau juga mengatakan bahawa Embassy Canada teruja dengan rumah Tuan Guru Nik Aziz yang begitu daif walaupun Nik Aziz merupakan menteri besr Kelantan. Demikian khabar yang disampaikan oleh Saifuddin Nasution.

Kemudian, penceramah last pada malam tersebut adalah Saudara Anwar Bin Ibrahim. Beliau memulakan dengan cerita fitnah ke atasnya. Beliau mendakwa 4 pakar perubatan telah men"check" anal saudara Saiful, namun tidak ada kesanpun, namun kerajaan Malaysia memaksa supaya Anwar dibicarakan. Sedangkan hanya seorang sahaja doktor yang mencheck, itupun bukan doktor pakar dalam bidang tersebut.

Kemudian Anwar mendakwa bahawa Dr. Yusuf Al-Qardhawi menyokong beliau dalam kes ini kerana Anwar membawa kes ini ke mahkamah syariah. Sedangkan masih belum terdapat sumber yang mengatakan bahawa Anwar bertemu dengan Yusuf Al-Qardhawi dalam hal ini. Anwar kemudian membuat satu lagi khabar yang entah sahih ataupun tidak iaitu sheik Ali Jumah Mufti Mesir juga menyokong beliau dalam kes tersebut.

Penulis sempat tersenyum kerana Anwar telah membuat para pendengar teruja kerana kesemua mahasiswa pada malam itu terdiri daripada mahasiswa agama yang kenal dan familiar dengan 2 nama tokoh agamawan yang beliau sebutkan iaitu Dr. Yusuf Al-Qardawi dan Sheikh Dr. Ali Jum'ah.

Penulis membuat satu analisa tentang kenapa Anwar datang ke Mesir secara simplistik. Penulis sememangnya merasakan bahawa persatuan pelajar di Mesir ini merupakan satu kekuatan yang besar kepada pakatan pembangkang. Boleh dikatakan bahawa PMRAM (persatuan Mahasiswa Republik Arab Mesir) merupakan satu kilang melahirkan prmbangkang di Malaysia kelak.

Ditemui begitu banyak blog-blog pro pembangkang datang dari PMRAM. Penulis merasakan semacam ada satu seruan untuk menyeru mahasiswa di Mesir ini untuk bersuara melalui apa jua media terutama melalui blog berdasarkan ceramah Anwar yang begitu berapi-api meniupkan semangat pelajar melalui penulisan.

Seakan memahami betapa pentingnya berblog. Kerana sesungguhnya mata pena itu lebih tajam dari mata pedang. Ia boleh mengubah masyarakat ke arah apa yang dikehendaki melalui penulisan, Kerana penulisan akan sentiasa dibaca di sepanjang zaman. begitulah kemukjizatan Al-Quran apabila kekal melalui Penulisa.

Pemerhati Lembah Nil...

sumber - emang psychotic killer


Tiada ulasan: