MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

31 Okt 2009

Kenapa Badrul? Khalid dan Azizah yang patut letak jawatan - Ezam



Oleh: ROSLAN BIAN


Kenapa Badrul Hisham Abdullah yang kena letak jawatan, sepatutnya Tan Sri Khalid Ibrahim buat begitu kerana beliau yang gagal tangani isu dalaman dan kepimpinannya di Selangor.

Itu pendapat Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (PKR), Ezam Moh Noor ketika diminta mengulas desakan Menteri Besar itu serta pihak lain supaya Badrul melepaskan kerusi Adun Pelabuhan Klang.

Ezam menyifatkan Khalid mahu menutup kelemahannya dengan krisis antara beliau dan Badrul Hisham Abdullah sehingga menyebabkan wakil rakyat PKR itu keluar parti dan jadi Adun Bebas yang menyokong Barisan Nasional.

“Khalid bukan ahli politik sebenar. Tindak tanduknya bukan sahaja salah malah beliau menyalahkan orang lain. Elok beliau berhenti. Jika wakil rakyat pun tidak dapat jaga, bagaimana hendak menguruskan negeri,” katanya.

Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berpendirian, Khalid sudah jadi beban PKR dengan gelombang politik yang sentiasa panas antara parti itu dengan sekutu mereka - DAP serta PAS.

Katanya, pengguguran jawatan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan bukti jelas pucuk pimpinan parti itu melihat Khalid tidak berupaya sebagai pemimpin.

Mengulas dakwaan kononnya beliau berperanan sehingga Badrul Hisham mengambil keputusan keluar PKR, Ezam mengakui mengenali wakil rakyat itu ketika sama-sama dalam Keadilan di Selangor.

“Beliau berjumpa saya bertanya pendapat mengenai masalahnya dengan Khalid serta sikap Anwar yang cuba berdolak dalih menangguhkan perbicaraan kes dakwaan liwat,” ujar Ezam kepada Agendadaily.

Menurut Ezam, beliau tidak bercakap politik dengan Badrul Hisham sebaliknya soal moral Anwar.

“Saya memberitahunya perkara itu kerana beliau ingin tahu. Lagipun Anwar mahupun Datin Seri Wan Azizah (Wan Ismail) masih membisu mengenai tuduhan terhadap suaminya itu,” ujarnya.

Lebih memeranjatkan, beliau memberitahu Agendadaily, bukan Badrul Hisham sahaja bertanyakan soal moral Anwar tetapi beberapa orang pemimpin PAS termasuk wakil rakyat parti itu.

“Bukan hanya Badrul Hisham seorang tetapi pemimpin PAS, Mereka ingin tahu kebenaran sebelum buat keputusan,” katanya tanpa menamakan siapakah wakil rakyat PAS berkenaan.

Baginya Badrul Hisham patut tahu kerana beliau juga pemimpin PKR tetapi Khalid, Anwar mahupun Azizah tidak memberikan penjelasan sebaliknya Menteri Besar Selangor itu menuduhnya tidak siuman.

Ezam membayangkan ramai pemimpin sama ada dalam PKR atau PAS sedang mencari jawapan dan kebenaran mengenai apa yang dilakukan Anwar.

Sebab itu beliau mencabar Wan Azizah sebagai Presiden PKR menjawab persoalan moral yang dibangkitkan Badrul Hisham Abdullah hingga menjadi punca beliau keluar parti.

“Wan Azizah mungkin tersepit atas kedudukannya sebagai isteri tetapi sebagai presiden parti beliau tidak boleh lagi melindungi Anwar Ibrahim sebaliknya mesti bertanggungjawab kepada ahli yang resah menanti penjelasan berhubung persoalan moral suaminya itu,” tegasnya.

Katanya, Wan Azizah harus sedar tindakan Anwar mengemukakan pelbagai permohonan hingga mahkamah terpaksa menangguhkan kes tersebut telah menimbulkan pelbagai kegusaran.

Beliau turut mencadangkan Wan Azizah meletak jawatan jika mahu terus mempertahankan suaminya.

Selain Ezam yang diketahui rapat dengan Anwar, seorang lagi bekas rakan mantan Timbalan Perdana Menteri itu Datuk S.Nalakaruppan turut menyimpan banyak rahsia mengenai Anwar dan pernah meminta Wan Azizah berterus terang mengenainya

sumber - agendadaily


Tiada ulasan: