KISAH pemimpin terlampau yang terlibat dalam kegiatan homoseksual merupakan antara perkara yang sering diberikan perhatian oleh masyarakat secara umumnya terutama di barat. Kebanyakan kisah mereka ini telah didedahkan oleh kebanyakan akhbar atas alasan mereka ini merupakan seorang pemimpin dan dengan itu kisah mereka ini akan sering menjadi perhatian.
Mungkin bagi pihak media, kisah sensasi ini perlu didedahkan mungkin atas alasan mencari keuntungan, namun bukan semua kisah yang disiarkan ini dilakukan bersandarkan keuntungan semata-mata.
Kebanyakan mereka masih berpegang bahawa kisah pemimpin yang terlibat dalam kegiatan tidak bermoral ini perlu didedahkan kerana ia melibatkan kedudukan pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh terbaik untuk ditunjukkan kepada masyarakat.
Tetapi malangnya kebanyakan akhbar mahupun individu akan dikecam hebat sebagai homophobia (mereka yang anti dengan golongan gay dan lesbian) kerana mengkritik golongan ini.
Taktik yang digunakan golongan ini boleh disamakan dengan Yahudi yang mengkritik mereka yang tidak sehaluan atau sependapat dengan mereka sebagai antisemitik. Maka kita boleh lihat dan menyamakan kedua kumpulan ini iaitu homoseksual dan Yahudi sebagai kelompok yang menggunakan teknik yang sama cuma dasarnya sahaja yang berbeza.
Persamaan ketara antara golongan homoseksual dan Yahudi ialah mereka ini melibatkan jumlah yang kecil dari segi kuantiti tetapi berpengaruh dan menguasai kebanyakan bidang utama dari ekonomi, politik hinggalah kepada terlibat dalam bidang fesyen dan kecantikan.
Kedua-dua golongan ini menuntut untuk diberikan hak dan kesaksamaan yang sama seperti orang biasa walaupun mereka sebenarnya hanyalah kelompok minoriti.
Menyelusuri sejarah golongan tidak bermoral ini apa yang berlaku bukanlah sesuatu yang baru. Bukti awal bermulanya kegiatan tidak bermoral ini di barat sudah bermula dari zaman Greek lagi.
Ini boleh dilihat melalui bahan kesenian dan kesusasteraan membabitkan seks sesama jenis. Kelakuan buruk ini dikatakan sebahagian dari institusi sosial yang boleh ditemui di kebanyakan bandar ketika itu.
Kegiatan buruk ini adalah sesuatu yang biasa ketika itu walaupun pada masa yang sama ia ditolak oleh masyarakat kerana dikatakan membawa malapetaka. Ahli falsafah terkenal, Plato turut menolak perlakuan keji ini walaupun pada peringkat awalnya menyatakan penerimaannya sebagai sebahagian demokrasi.
Namun kemudiannya beliau menganggap perlakuan ini merupakan sesuatu yang memalukan terutama apabila pemimpin turut terlibat dalam perlakuan itu. Ia dilihat tidak bersesuaian dengan kehendak yang sepatutnya dan boleh membahayakan kedudukan pemimpin kerana terlibat dalam satu persahabatan yang keterlaluan atau penyatuan secara fizikal yang mana ia dikaitkan dengan perasaan cinta.
Rom
Ketika zaman pemerintahan Rom, kebanyakan maharaja mereka sememangnya terkenal kerana mempunyai perhubungan di luar tabii dengan remaja lelaki. Maharaja Publius Aelius Hadrianus yang memerintah dari 24 Januari 76 hingga 10 Julai 138, walaupun tidak mengumumkan sebagai seorang homoseksual tetapi rakyat secara umumnya mengetahui tentang hubungannya dengan seorang hamba lelaki bernama Antinous.
Namun setelah kedatangan agama Kristian kebanyakan maharaja seperti Theodosius I dan Justinian mula bertindak keras terhadap pengamal homoseksual. Theodosius I misalnya mengeluarkan arahan supaya lelaki lembut yang dijadikan "bahan" untuk golongan homoseksual ini dibakar.
Tindakan ini dilakukan setelah beliau melihat sejarah terdahulu bahawa amalan homoseksual ini telah merosakkan negara serta moral masyarakat dan beliau tidak segan silu menyalahkan pemimpin terdahulu sebagai punca kerosakan.
Maharaja Justinian melarang perbuatan ini kerana beliau melihat negara itu akan musnah kerana tuhan murka dengan perlakuan homoseksual ini.
Kisah pemimpin homoseksual ini turut melibatkan beberapa Raja England dan yang paling terkenal ialah Raja James 1.
Walaupun telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak bersama Permaisuri Anne of Denmark namun beliau didakwa mempunyai hubungan dengan beberapa lelaki yang kemudiannya diberikan pangkat besar dalam kerajaan.
Antara mereka ialah Robert Carr yang juga 1st Earl of Somerset dan George Villiers, 1st Duke of Buckingham. Pengaruh lelaki yang juga pasangan homoseksual beliau dalam politik yang kemudiannya menjadikan mereka kaya raya telah menjadi isu utama pemerintahannya yang kemudian menjadi penyebab utama kejatuhannya.
Namun yang menjadi isu besar ketika itu ialah hipokrisi yang dimainkan beliau memandangkan James telah mengenakan hukuman yang sangat ketat terhadap mereka yang terlibat dalam kesalahan meliwat.
Dalam bukunya, Greek for "Royal Gift", James telah menyatakan kesalahan meliwat sebagai kesalahan besar yang tidak boleh dimaafkan. Adalah jelas hipokrasi yang dimainkan beliau adalah kerana perlakuan tersebut bukanlah satu norma biasa yang diterima rakyat.
Amalan homoseksual di kalangan pemimpin Islam pada era terdahulu juga dikatakan berlaku namun sukar untuk dibuktikan kerana kekurangan bahan dan bukti apatah lagi kelakuan sebegini sememangnya tidak diterima oleh umat Islam.
Namun begitu dikatakan ketika awal era pemerintahan Safavid skitar tahun 1501 hingga 1723, beberapa rumah untuk pelacuran sejenis telah dibenarkan malah turut membayar cukai. Namun semua ini tidak kekal lama dan dikatakan telah ditarik balik kerana tidak sehaluan dengan ajaran Islam.
Satu lagi perkara yang mungkin agar sukar untuk dipercayai ialah kemunculan seorang lelaki yang digelar sebagai "Imam" Daayiee Abdullah, seorang lelaki yang mengakui secara terbuka sebagai seorang gay dan berasal dari Washington.
Atas dasar keterbukaan pemikiran dan kebebasan bersuara dia telah menyatakan pandangan secara konsisten bahawa kegiatan gay adalah sesuatu yang dibenarkan dalam Islam dan tidak ada nas dalam al-Quran yang menerangkan tentang larangan terhadap homoseksual.
Daayiee yang merupakan seorang warga kulit hitam dan memeluk Islam pada awal tahun 80-an ketika belajar di Universiti Beijing telah diberi gelaran "imam" kerana dikatakan selalu memberi nasihat kepada golongan gay Muslim di sana.
Mungkin dia tidak layak diberi gelaran sebagai pemimpin tetapi dia kini dikatakan telah mula dihormati dan disanjung sebagai pemimpin untuk golongan gay mahupun bagi mereka yang normal.
Pelik
Memang pelik dan ajaib hanya kerana dia ini memakai kopiah, dilihat memakai serban dan menampilkan diri sebagai seorang yang alim dan sering bercakap tentang agama kepada golongan gay (dan dia pun mengaku secara terbuka sebahagian dari kelompok itu) maka dia diiktiraf sebagai imam.
Malah lebih teruk lagi Daayiee telah melakukan upacara perkahwinan untuk lelaki dan perempuan serta golongan sejenis di antara mereka yang beragama Islam dan bukan Islam.
Memang menyedihkan kerana dia pula menyalahkan orang lain kerana membuat interpretasi yang salah tentang isi kandungan al-Quran mengenai golongan homoseksual dan perkahwinan sejenis.
Entahlah kita sendiri semakin bingung jika golongan sesat sebegini dibiarkan membuat pelbagai telahan dan pandangan tentang Islam. Namun inilah yang sebenarnya berlaku apabila orang yang tidak sepatutnya diletakkan di tempat yang tertinggi. Malah boleh diterima sebagai pemimpin untuk orang Islam kerana dipilih sebagai "imam".
Sesungguhnya Islam sangat melarang keras perlakuan terkutuk ini dan Allah (SWT) telah menunjukkan dengan jelas tentang perkara ini dengan apa yang berlaku terhadap kaum Nabi Luth.
Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya: 'Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun sebelum kamu. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan syahwat, bukan kepada wanita; malah kamu ini kaum yang melampaui batas'.
Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: 'Usirlah mereka dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri.
Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan). Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu); maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa itu. (Al-A'raf: 80-84).
Malahan perlakuan ini tidak diikitraf oleh agama Kristian apabila pada tahun 1975, Vatikan mengeluarkan keputusan bertajuk The Vatican Declaration on Sexual Ethics.
Isinya, antara lain, menegaskan: "Kitab Injil membuktikan bahawa kelakuan homoseksual adalah sesuatu yang keji dan dalam apa cara sekalipun ia tidak boleh dibenarkan".
Malah dalam Pidato Paus Benediktus XVI pada malam Tahun Baru 2006, sekali lagi beliau menegaskan perbuatan homoseksual adalah terkutuk.
Maka untuk kesekian kalinya kita perlu faham bahawa golongan homoseksual ini tidak boleh diterima kelakuan seksualnya.
Maka adalah jelas pemimpin yang terlibat dalam perbuatan keji ini harus ditolak kerana mereka ini dari segi moralnya telah terpesong jauh dan hanya akan memberi musibah dari membawa rahmat kepada masyarakat.
sumber - utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan