MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

18 Okt 2009

Isu Sebat Kartika: Kenapa Anwar Mendiamkan Diri?

Selepas bergelut dengan pelbagai kontroversi dan polemik, akhirnya Kartika Sari Dewi Shukarnor akan disebat juga kerana kesalahan meminum air kencing syaitan.

Kelmarin, Panel Rayuan Mahkamah Tinggi Syariah di Kuantan mengekalkan keputusan hukuman sebat ke atas model sambilan tersebut yang mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada tahun lalu.

Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, keputusan itu dibuat selepas panel tersebut membuat semakan terhadap prosedur penghakimannya hari ini.

Bagaimanapun tarikh pelaksanaan hukuman tersebut belum diputuskan panel berkenaan yang turut dianggotai Ketua Hakim Syarie, Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman.

‘‘Satu proses mahkamah akan dijalankan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan bagi menetapkan tarikh sebatan tersebut. Pihak kami mengambil langkah ini supaya keputusan itu tidak membelakangi mahkamah sebagai badan kehakiman,” katanya.

Selain keputusan tersebut, Jabatan Penjara Malaysia turut mengumumkan bahawa mereka telah mempunyai tukang sebat yang terlatih bagi melaksanakan hukuman tersebut.

Sebenarnya perkataan sebat yang banyak digunakan oleh media massa adalah tidak tepat. Ia lebih tepat dipanggil sebagai dirotan.

Disebat dan rotan jauh bezanya. Disebat mengikut hukuman sivil amat azab sakitnya sedangkan hukuman rotan jauh lebih ringan akibatnya.

Walaupun isu melibatkan model sambilan yang mempunyai taraf permaustatin tetap Singapura ini sudah hampir sampai ke penghujungnya, namun kawan masih terkilan kerana belum lagi mendengar komen Ketua Pembangkang dalam isu ini.

Maklumlah, ada yang menganggap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ulama. Anwar sendiri mendabik dada mengisytiharkan dirinya sebagai ilmuan dan cendikiawan Islam.

Jadi tak salahkan kalau beliau memberikan pendapatnya dalam isu yang dilihat sebagai pertembungan nilai tamadun barat dan timur itu.

Isu Kartika bukan isu kecil. Di peringkat antarabangsa, perlaksanaan hukuman tersebut telah menyebabkan agama Islam difitnah.

Misalnya, beberapa media antarabangsa mengumpamakan hukuman rotan tersebut menunjukkan Malaysia setaraf dengan Taliban kerana tidak nampak logik perbuatan meminum arak sebagai sesuatu yang salah.

Yalah di barat, meminum minuman keras termasuk wain adalah perkara biasa. Minum arak dianggap sebagai satu cara berehat di bar, bersosial dan satu daripada menu penting untuk makan tengahari atau makan malam.

Ia juga dianggap sebagai minuman yang sedap, ada kelas dan melambangkan ketinggian tamadun masyarakat berbeza sama sekali dengan pemahaman umat Islam tentang arak.

Sebab itu, timbul penulisan yang mengatakan Malaysia zalim kerana melaksanakan hukuman seperti apa yang dilaksanakan oleh Taliban. Sedangkan hukuman tersebut diputuskan oleh Mahkamah Syariah di Pahang bukannya Mahkamah Sivil.

Lagipun, Islam ada alasan yang kuat mengharamkan arak. Dan pengharaman arak dan larangan meminumnya adalah bersandarkan hujah dan asas yang kuat. Namun, asas tersebut cuba diperkecilkan oleh media barat kerana bagi mereka kepercayaan dan hukum tersebut adalah karut, ketinggalan zaman dan tidak mencerminkan Islam sebagai sebuah agama yang moden dan relevan dengan zaman.

Sebab itulah, kalau betul Anwar boleh menjadi jambatan yang kuat untuk merapatkan jurang antara tamduan Islam dan Barat, apa salahnya beliau menyatakan pendiriannya dalam isu ini.

Mungkin kenyataannya nanti boleh meredakan salahtanggapan barat serta keresahan golongan tertentu di negara kita terutama kelompok NGO yang memperjuangkan hak-hak wanita.

PAS telah menyatakan pendiriannya dalam isu ini dengan mahukan hukuman sebat ke atas Kartika dilaksanakan, manakala DAP mahu ia dihalang kerana bercanggah dengan isu hak asasi dan kemanusiaan.

Apa pula pendirian PKR dan brother Anwar sendiri yang dahulu pernah menjadi Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia.

Ramai yang bertanya di mana suara Anwar dalam isu ini. Adakah Anwar sealiran dengan pendirian PAS yang mahukan hukuman sebat dilaksanakan segera.

Adakah Anwar akan menentangnya untuk menunjukkan pembangkang adalah berfikiran sederhana dan terbuka? Apakah pemikiran Anwar selari dengan pemikiran sesetengah pemimpin kerajaan BN yang mahukan Kartika membuat rayuan untuk membolehkan ia terlepas daripada hukuman sebat?

Atau Anwar bimbang ia akan terperangkap dalam isu ini? Ayuh Anwar, nyatakan isi hatimu walaupun ia mungkin pahit untuk diluahkan.

sumber - malaysia instict


1 ulasan:

nory izecson berkata...

erm,sekarang dh jelas dan terbukti apa yg diperkatakan oleh pengkritik2 nya..