MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Okt 2009

Isu Kuil : Protes ke atas Khalid Gereja!



Oleh Tomyampoktek, AIDCclub

Daripada Warga Seksyen 19 Shah Alam.

Masalah kuil Seksyen 19 yang menjadi Isu Negara.Sepanjang minggu pertama bulan September 2009, isu pemindahan kuil Seksyen 19 dan bantahan penduduk Islam Seksyen 23 menjadi tajuk utama media dan jadi Isu Negara. Pelbagai pihak membuat komen tanpa mengetahui secara terperinci punca masalah ini. Kami tidak memihak kepada mana mana parti politik, tetapi sebagai penduduk tempatan yang telah bersama-sama persatuan kejiranan kami berusaha menuntut hak kami untuk hidup aman dan tenang dikawasan kami sendiri.

Akhbar Harakah keluaran 4-6 September 2009 telah menyiarkan gambar kepala lembu dimuka hadapan mengutuk perarakan anti-agama yang katanya boleh cetus huru hara jelas meniupkan sentimen perkauman. Kenapa cepat membuat tuduhan bahawa tindakan itu menghina agama lain?. Ia akan mengundang pelbagai spekulasi yang akan memburukkan lagi keadaan. Pihak UMNO sering menjadi mangsa kerana segala keburukan ditujukan kepada mereka. Ini tidak adil kerana dalam masalah kuil itu pemimpin PAS juga wajar dipersalahkan.

Salah satu sebab punca kekalahan UMNO di Shah Alam adalah kerana isu kuil Hindu yang gagal ditangani dengan berkesan oleh pemimpin UMNO. Jadi penduduk yang kecewa telah memihak kepada pembangkang. Tetapi keadaan yang diharapkan menjadi lebih baik daripada masa lalu, menjadi semakin bercelaru kerana lain yang diharap, lain pula masalah yang diterima.

Masalah kuil di Seksyen 19 sudah memakan masa 21 tahun sejak tahun 1988 masih belum selesai hingga kehari ini. Setiap kali kuil itu diarahkan berpindah pasti ada campur tangan politik yang telah menangguhkan proses itu. Campur tangan inilah yang menyukarkan pihak penguat kuasa untuk bertindak memindahkan kuil itu kekawasan yang telah diperuntukkan kepada mereka. Rumah teres dua tingkat sebanyak 16 unit masih gagal didirikan di tapak itu kerana pihak kuil enggan keluar dari situ dengan pelbagai alasan.

Semasa penduduk berpindah kekawasan perumahan ini pada tahun 1988 kuil itu kecil dan usang sahaja. Tidah ada bekalan air dan elektrik pada masa itu. Kawasan sekitar kuil itu semak dan sering ditenggelami air bila hujan lebat. Pada tahun 2000 persatuan penduduk sudah berusaha membuat permohonan melalui melalui bekas Adun pada masa itu agar kawasan yang terbiar dan kawasan hijau dijadikan Taman Komuniti untuk kegunaan penduduk tempatan. Tetapi, hanya jogging track yang diluluskan dibuat dikawasan hijau.

Pada tahun 2000 kuil usang dikawasan terbiar itu mula digunakan oleh penduduk India yang datang ramai-ramai dari kawasan Seksyen 20 yang baru dibuka ketika itu. Mereka bergabung dengan penduduk setinggan mengaktifkan kuil usang itu. Persatuan penduduk terpaksa membuat aduan dan perjumpaan kerana perkembangan yang berlaku telah mengganggu kehidupan penduduk Islam.

Selepas beberapa kali perjumpaan diadakan kuil telah diarahkan berpindah ke kawasan kuil berkelompok Seksyen 18 pada tahun 2003. Kuil tidak berpindah ke Seksyen 18, tetapi bekalan elektrik telah dimasukkan ke kuil itu. Bekalan air diambil secara haram dari paip jalan besar. Beberapa orang penduduk telah membuat aduan kepada pihak JBA Klang.

Pada tahun 2005, Penduduk setinggan berdekatan jalan keretapi telah dipindahkan. Kuil semakin aktif selepas penduduk setinggan berpindah. Kedudukan kuil hanya diseberang jalan rumah penduduk Islam Jalan 19/24 dan Jalan 19/28. Setiap pagi dan malam penduduk terpaksa mendengar lagu-lagu Hindu dipasang kuat pada waktu pagi dan malam.


Jika puak Hindu mempertikaikan azan yang masanya kurang 10 minit, bagaimana pula perasaan penduduk Islam berhampiran kuil yang terpaksa bersabar dengan gangguan bising lagu-lagu Hindu selama beberapa jam pada waktu pagi dan malam. Apabila keramaian diadakan penduduk berhampiran kuil terpaksa mendengar pelbagai bunyi gendang yang membingitkan telinga berjam-jam lamanya.

Penduduk terpaksa menghidu bau kemenyan yang kuat menusuk hidung, Kawasan berdekatan berjerebu setiap kali unggun api yang besar dipasang disitu. Banyak lagi masalah sampingan yang lain terpaksa dihadapi penduduk akibat kegiatan mereka disitu. Penduduk Islam terpaks bersabar kerana tidak mahu berlaku pergaduhan kaum walaupun pihak kuil tidak menghormati sensitiviti penduduk Islam yang tinggal berhampiran. Apabila penduduk membuat aduan kepada pihak berkuasa gangguan bising berhenti sekejap, namun masalah yang sama akan berulang semula tidak lama selepas itu.

Penduduk Islam amat sedar usaha-usaha yang mereka buat untuk kekal terus disitu. Walaupun bantahan telah dibuat kepada pihak-pihak berkuasa mereka buat juga ubahsuai besarkan kuil, masukkan bekalan air dan elektrik serta membawa masuk barang kekuil.


Semasa persatuan penduduk buat perjumpaan dengan Pegawai-pegawai penguat kuasa dan Jabatan Perancang MBSA, penduduk dimaklumkan ia-itu “Tindakan memindahkan kuil akan dibuat jika ada arahan daripada pihak SUK. Ada campur tangan pemimpin politik tertentu dalam masalah kuil itu. Pihak kuil mendapat sokongan komuniti India dari kawasan lain. Penguat kuasa sering menerima ancaman dan ugutan jika bertindak keatas kuil itu.”


Ulasan : Jika penguat kuasa takut untuk bertindak bagaimana pula dengan nasib penduduk Islam yang tinggal berhampiran? Penduduk berhadapan dengan pelbagai risiko jika menegur mereka. Masalah yang dihadapi akibat gangguan pengunjung kuil itu sering mencabar kesabaran penduduk Islam disini.

Kesabaran kami sudah ketahap maksima. Persatuan penduduk telah menghantar aduan kepada DYMM Sultan Selangor pada bulan Julai 2006 apabila pihak kuil buat ubahsuai besar-besaran selepas bekalan air dimasukkan bulan Jun 2006. Selepas itu dua papan tanda telah dipasang “Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan didakwa” di Jalan 19/24 dan Jalan 19/25. Tetapi notis larangan itu tidak langsung menakutkan pihak kuil.


Realitinya tanah itu terus diceroboh kerana mereka tidak pernah didakwa. Ubahsuai terus dibuat walaupun penguat kuasa sering buat rondaan. Perjumpaan telah dibuat oleh persatuan penduduk dengan bekas Adun Batu 3 pada September 2006. Penduduk dimaklumkan oleh bekas Adun kuil akan dipindahkan.

Menurut Jabatan Perancang MBSA pihak kuil beri alasan tidak mahu berpindah adalah kerana penganut Hindu di Seksyen 18 adalah pengikut Mariappan. Di Seksyen 19 mereka adalah pengikut Mahamariaman. Menurut bekas Pembantu Khas Adun pihak kuil telah ditawarkan berpindah kekawasan Seksyen 23 tetapi mereka telah menolak dengan alasan berdekatan dengan loji najis Indah Water.

Perjumpaan penduduk dengan bekas Menteri Besar Selangor yang dihadiri oleh 7 orang wakil penduduk diketuai oleh bekas Nazir Masjid Ubudiah diadakan pada Oktober 2006. Selepas itu aduan telah dihantar kepada Pengurus Besar PKNS pada bulan December 2006. Pihak PKNS telah menghantar ramai pekerja mengukur kawasan kuil pada bulan March dan April 2007. Penduduk berdekatan telah dimaklumkan rumah teres dua tingkat yang terggendala sebanyak 16 unit akan didirikan. Tetapi sehingga kini tidak ada tindakan susulan yang dibuat oleh pihak PKNS.

Pada bulan Julai 2007 pihak kuil mengadakan keramaian selama beberapa hari. Oleh kerana tiada tindakan serius kerajaan negeri mengatasi masalah kuil, penduduk menghantar aduan kepada Biro Pengaduan Awam (kes 35158), Jabatan Perdana Menteri dan Badan Pencegah Rasuah. Maklum balas daripada kedua-dua jabatan itu untuk menyiasat perkara ini amat dihargai. Pelbagai agensi kerajaan berkaitan menghantar maklum balas yang positif kepada penduduk.

Akhirnya penduduk telah menerima maklumat daripada Jabatan Perancang MBSA pada 29/12/2007 kuil akan dipindahkan ke Seksyen 22. Oleh kerana hampir pilihan raya diadakan pemindahan itu telah ditangguhkan. Kerajaan BN diganti Pakatan Rakyat selepas pilihanraya March 2008. Aduan telah dibuat kepada pemimpin baru Pakatan Rakyat agar masalah kuil dapat diselesaikan.


Sikap toleransi beberapa pemimpin Islam PR telah menyebabkan pihak kuil kelihatan semakin aktif dikuil itu dan gangguan bising semakin teruk. Pada bulan April 2008 bendera PKR dan bendera PAS dipasang dinotis larangan menceroboh di Jalan 19/24. Mereka telah mempersendakan notis itu.

Aduan telah dibuat kepada Pembantu Khas YB Ahli Parlimen Shah Alam pada hari pertama bendera PAS dipasang disitu. Penduduk berdekatan telah bertanya kenapa letak bendera disitu telah dijawab oleh pemuda kuil, “Dua-parti sudah sokong tidak payah pindah”. Perjumpaan penduduk dengan YB Adun di Masjid Ubudiah diadakan pada April 2008, tetapi jawapan YB tidak memuaskan hati penduduk kerana tidak memihak kepada penduduk Islam.

Penduduk menghantar aduan dengan surat mohon bantuan pemimpin PAS Pusat, Datuk Dr. Haron Din pada bulan April 2008 yang ditandatangani oleh 17 orang penduduk, namun tiada sebarang maklum balas diterima. Apabila kami hubungi pembantu beliau, kami diminta membuat aduan kepada YB Datuk Dr Hasan Ali dan YB Khalid Samad. Aduan juga dihantar kepada Ketua Pengarah Jakim pada bulan Julai 2008 tetapi tiada maklumbalas yang diterima.

Aduan juga sudah beberapa kali dihantar kepada YAB Menteri Besar Selangor dan salinan kepada YB Dato Dr Hassan Ali sebagai Exco Hal Ehawal Islam. Aduan-aduan dan perjumpaan sudah dibuat dengan YB Ahli Parlimen Shah Alam dan YB Adun Batu 3.

Tetapi, selepas aduan dibuat masalah gangguan pihak kuil tidak berkurangan pun. Jiran-jiran yang tinggal berdekatan ia-itu penceramah PAS terkenal Encik Md. Sabu yang tinggal di Jalan 19/32 dan Timbalan Mufti Selangor yang tinggal di Jalan 19/25 sepatutnya peka masalah penduduk Islam berhampiran kuil Hindu.

Apabila penduduk minta bantuan pihak NGO Islam, YB Khalid Samad menuduh mereka sebagai Kaki Perhangat. Ubahsuai baru besarkan jalan masuk kekuil dibuat sebelum keramaian besar diadakan pada Julai 2008. Aduan ubahsuai dibuat kepada kepada YB Adun Batu 3 tetapi pada 13/7/2008 komen yang keluar dalam blog YB “Diatas aduan penduduk bahawa ada pembinaan ditapak kuil, tetapi selepas dilihat tiada pembinaan.” Adakah penduduk menipu buat aduan? Kawasan kuil hendak dibesarkan sebelum keramaian Julai 2008. Pada 21/7/2008 beberapa buah lori membawa barang masuk kekawasan kuil. Seorang penduduk menahan sebuah lori dan bertanya untuk apa barang-barang itu? pemuda kuil menjawab kerajaan baru sudah lulus besarkan kuil. Aduan telah dibuat kepada YB Adun.

Keramaian bising bergendang diadakan semakin kerap pada bulan Julai 2008. Gangguan bergendang sudah melepasi waktu tengah malam tanpa peduli kegiatan mereka sangat mengganggu ketenteraman penduduk tempatan. Perarakan bergendang pada 26/07/2008 yang sangat bising ditengah malam melalui hadapan rumah penduduk Islam Jalan 19/28 membawa patung kuda terbang.

Perarakan itu masuk ke Jalan 19/24 sebelum turun semula kekuil. Polis datang buat rondaan jam 1.15 pagi barulah mereka berhenti bergendang, tetapi selepas polis pergi dengar jeritan “Apa komplen komplen Melayu bodoh”. Penduduk berdekatan yang menegur kerana mereka buat bising waktu tengah malam telah diugut akan bunuh penduduk sekitar jika mereka diganggu. (Lapuran polis telah dibuat). Botol-botol arak bersepah merata-rata kawasan berhampiran Jalan 19/28. Gangguan bising pemuda India yang mabuk dan bising telah mengganggu kehidupan penduduk Islam yang tinggal berhampiran Jalan 19/24, Jalan 19/28 dan 19/29.

Dibelakang rumah penduduk Islam di Jalan 19/29 telah diconteng besar dengan angka kumpulan gangster India 303. Kawasan ditepi rumah itu sering menjadi tempat melepak pemuda-pemuda India yang minum dan mabuk serta membuat bising. Papan tanda Jalan 19/29 juga telah disembur cat bertulis angka 303. - (Gambar rumah, botol arak dan gambar-gambar kuil boleh disemak melalui blog : Pewarisummah.blogspot.com – Kuil Seksyen 19). Gangguan bising semasa penduduk menyambut Hari Raya Aidilfitri Oktober 2008 keterlalun.

Lagu-lagu Hindu dipasang kuat membingitkan telinga boleh kedengaran hingga kejalan-jalan lain setiap pagi dan malam. Ubahsuai membesarkan bilik-bilik kuil telah dibuat lagi pada 14/12/2008 dan pada 21/12/2008. Semasa perjumpaan beberapa orang penduduk dengan YB Adun pada malam Ahad 21/12/2008, penduduk tempatan telah memberitahu YB masalah semasa yang berlaku akibat kegiatan kuil dan pengunjung kuil yang mengganggu penduduk.

Pada malam itu keluarga yang telah diugut pada 26/7/2008 jam 1 pagi telah mengadu kepada YB bagaimana mereka telah diancam selepas menegur, penduduk mengadu depan pagar rumah diletakkan parang bersilang, penduduk mengadu pemuda India menuntut wang jika mahu kuil senyap semasa beliau hendak mengadakan doa selamat, penduduk memberitahu bacaan Quran terpaksa dipasang kerana tidak tahan gangguan bunyi lagu-lagu Hindu yang dipasang kuat. Rumah penduduk yang diconteng angka 303 juga telah dimaklumkan kepada YB pada malam itu. Persoalannya, wajarkah keadaan yang seperti ini berlaku didalam kawasan majoriti penduduk Melayu /Islam?

Pada 18/12/2008 aduan dibuat kepada NGO Islam kerana pelbagai gangguan yang dihadapi sudah menjadi kronik. Malangnya apabila kami mohon bantuan NGO Islam mereka telah dituduh membuat provokasi kepada pihak kuil oleh YB Khalid Samad yang turun padang pada 8/1/2009. Sedangkan pihak yang memulakan provokasi ialah pihak kuil itu sendiri. Penduduk yang keluar semasa YB Khalid Samad bertegang leher dengan pihak NGO Islam merasa kecewa dengan sikap YB Khalid Samad yang memihak kepada Hindu kuil.

Surat-surat yang keluar dalam blog beliau pada 10/1/2009 dan 12/1/2009 yang membuat pelbagai tuduhan kerana kerana penduduk minta bantuan NGO Islam telah dijawab oleh penduduk Seksyen 19 melalui beberapa blog. Tuduhan beliau yang mengaitkan orang UMNO membuat provokasi kerana pilihan raya di Kuala Terengganu tidak ada kena mengena langsung dengan masalah penduduk disini. Kenapa beliau tidak merasa simpati kepada masalah penduduk Islam hingga terpaksa minta bantuan pihak luar?

Beliau seharusnya sedar penduduk sedang berhadapan dengan gangguan kuil yang sudah sampai ketahap kronik. Penduduk amat kesal sikap YB Khalid Samad yang membuat pelbagai tuduhan kepada pihak NGO yang membantu penduduk Islam. Selepas campur tangan NGO kuil senyap pada bulan Januari 2009.

Bendera parti PAS dan PKR telah diturunkan daripada papan tanda oleh penguat kuasa MBSA pada 8/1/2009. Penduduk Islam bersyukur ada sedikit perubahan selepas gelanggang senaman didirikan pihak NGO telah mengurangkan gangguan bising pemuda India yang melepak minum arak dan mabuk di Jalan 19/28. Tetapi selepas gelanggang digunakan oleh penduduk beberapa kali dinding gelanggang telah dibuka, botol-botol arak dibaling kedalam gelanggang dan penduduk berdekatan melihat pemuda India membaling bungkusan ke dalam gelanggang.

Pada 8/2/2009 semasa cuti hari Thaipusam pihak kuil mendirikan tandas dibelakang kuil berdekatan Jalan 19/25. Alasan mereka tandas yang dibuat pada 2006 telah masuk kawasan gelanggang. Penduduk berhampiran bertanya kenapa buat tandas disitu, Mereka jawab sudah dapat kebenaran YB Khalid Samad. Jelas sekali ubahsuai dan pembesaran bilik-bilik kuil dibuat adalah kerana mereka mahu terus kekal disitu. Tidak lama selepas tandas siap seorang sami dibawa masuk dan tinggal menetap disebuah bilik disitu.

Selama 20 tahun penduduk tinggal disini tidak pernah ada sami tinggal dikuil itu. Sejak ada sami, kuil sudah dibuka awal pagi. Pada jam 6.30 lagu-lagu Hindu sudah kedengaran dipasang. Loceng kuil juga akan berbunyi awal pagi. Jadi, penduduk tidak merasa terkejut apabila membaca komen YB Khalid Samad dalam blognya pada 18/8/2009 masyarakat Hindu ingin kekal di kuil Seksyen 19 kerana disitu tapak asal kuil mereka.

YB Khalid Samad sudah permudahkan hajat mereka yang memang enggan keluar dari situ. YB menulis lagi “Dasar kerajaan Pakatan Rakyat mudah, tiada kuil baru, tiada kuil diroboh”. Apakah kerana dasar itu kuil itu tidak akan diroboh bila kuil baru siap kelak? Penduduk Islam Seksyen 19 kecewa dengan dasar itu. Pihak kuil yang menceroboh dan mengganggu ketenteraman awam tidak diambil tindakan sewajarnya walaupun pelbagai aduan sudah dibuat.

Penduduk Islam sering diminta bertolak ansur walaupun terpaka berhadapan pelbagai risiko. Wakil-wakil penduduk Seksyen 19 yang berjumpa dengan penduduk Seksyen 23 kecewa apabila ditunjukkan surat perjanjian bersyarat yang ditanda tangani oleh YB Rodziah, YB Khalid Samad dan pihak kuil Seksyen 19. Penduduk sudah lama berusaha mohon kuil itu dipindahkan.

Kuil yang sepatutnya dipindahkan ke Seksyen 22 pada tahun 2008 telah dibatalkan kerana kedua-dua YB berasa amat simpati kepada Hindu kuil dengan alasan tapak itu jauh kedalam. Penduduk Islam Seksyen 19 terpaksa bersabar dengan pelbagai gangguan lebih lama lagi yang belum pasti sampai bila.

Wajarkah YB Khalid Samad menulis dalam blognya “Terdapat segelintir golongan yang bagaikan tidak sanggup melihat kuil dan tokong, sekiranya mereka buka jendela rumah dan dapat melihat bumbung kuil atau tokong mereka bagaikan dirasuk”. YB tidak pernah mengalami kehidupan penduduk berhampiran kuil Seksyen 19 sebab itu YB menulis tanpa peduli perasaan penduduk merasa tersinggung.

Cabaran yang dihadapi penduduk Islam bukan sahaja daripada pihak kuil, tetapi juga daripada pemimpin Islam sendiri. Janganlah setiap kesalahan dituding jari kepada kerajaan yang terdahulu sahaja. Banyak kesilapan dan tindakan yang diambil oleh pihak YB tidak pun mengambil kira kesan dan akibatnya kepada penduduk Islam. Kerana sikap tolak ansur pemimpin dengan mereka, penduduk Islam Seksyen 19 berhadapan pelbagai ugutan serta gangguan bising yang semakin teruk.

Walaupun gangguan bising sudah berkurangan sedikit tetapi jika kuil itu tidak dipindahkan kekawasan lain masalah penduduk pasti akan berulang kembali. Selama 7 bulan selepas campur tangan NGO pada Januari 2009, tiada keramaian bergendang diadakan. Tetapi, mereka mengadakan semula keramaian pada awal Ogos 2009 yang lepas. Gangguan bergendang pada 7/8/2009 dibuat pada jam 1 pagi.

Terkini, semasa penduduk Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri 2009, pihak kuil pula setiap malam membuat upacara mereka yang dikunjungi ramai penduduk kawasan luar. Mereka kelihatan datang setiap malam mengaktifkan kuil itu sejak malam Hari Raya pada 19/09/2009 yang lalu hingga ke hari ini. Pelbagai masalah dihadapi penduduk berhampiran apabila mereka berkumpul ramai disitu. Penduduk bimbang jika pelbagai gangguan akan berulang semula seperti pada tahun 2008. Pada malam Isnin 28/9/2009 mereka buat unggun api besar, bunyi bising mercun diletupkan dan pelbagai gangguan berlaku lagi.

Isu kuil Seksyen 19 yang sudah panas pada awal September 2009 telah mendapat liputan meluas. Pelbagai jabatan kerajaan menghantar wakil datang melihat kuil yang sudah jadi Isu Negara. Tidak kurang wakil-wakil media yang bertemu penduduk. Wakil-wakil media Cina hanya datang kekawasan kuil sahaja.


Kenapa semasa Pakatan Rakyat memerintah ada dakwaan tapak kuil itu sudah berusia 106 tahun? Semasa BN memrintah isu 106 tahun tidak pula kedengaran. Penduduk berharap pihak PKNS bertegas dalam soal ini iaitu tanah tapak rumah yang tergendala sebanyak 16 unit adalah milik PKNS.

Penduduk menunggu janji PKNS kepada semua penduduk yang terlibat 21 tahun yang lalu untuk pindahkan kuil itu. Harapan penduduk kepada YAB Menteri Besar Selangor agar prihatin masalah penduduk Islam Seksyen 19 yang telah berlarutan begitu lama. Terima kasih.I


khlas daripada kami

Warga Seksyen 19 Shah Alam.


*Diambil dari komen yang dicatat di laman blog Khalid Samad, sebagai menyuarakan ketidakpuasan hati penduduk Shah Alam kepada Yb Khalid Samad dan kerajaan negeri.

sumber - tomyampoktek


Tiada ulasan: