Ada satu gosip yang dikatakan popular dikalangan pimpinan kanan PAS.Ikut ceritanya mereka sentiasa risau dan berharap Datuk Nik Aziz Nik Mat ‘ tak buka mulut’.
Ini kerana dalam usianya yang semakin lanjut Mursyidul Am PAS itu makin galak ‘pakai tembak’ saja bila beliau bercakap.
Kalau dulu pernah bikin kecoh bila minta Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa letak jawatan kerana didakwa pro pada idea kerajaan perpaduan dengan UMNO,kenyataan terbarunya yang minta diadakan Mesyuarata Agung Khas untuk buat perhitungan mengenai dua tiga kerat pemimpin bermasalah telah cetuskan masalah lebih besar pada parti itu.
Hingga ke saat ini ramai kalangan ahli parti itu terpinga-pinga mencari punca apa yang buat Menteri Besar Kelantan itu tiba-tiba meletup membuat cadangan yang membuka luas pekung parti itu menerusi tulisan dalam laman blognya.
Keadaan tidak menentu jelas terdedah bilamana kalangan pimpinan utama parti itu agak terkedu mendengar cadangan Nik Aziz yang drastik itu.
Senarionya sudah semacam MCA dimana perhitungannya ditentukan oleh Mesyuarat Agung Khas.
Yang pasti menanggung malu tentunya Datuk Seri Haji Hadi Awang.Walaupun namanya tidak disebut secara langsung dalam tulisan itu tetapi semua yang arif tentang politik dalam PAS tahu Presiden PAS itu menjadi sasaran utama.
Ibarat pikul anak sindir menantu bila tulisanya ditujukan khas buat Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali dan Persuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali.
Keduanya adalah orang kepercayaan Haji Hadi selain Timbalan Presiden Nashruddin Mat Isa yang pernah dibelasah secara terbuka oleh Nik Aziz.
Para pemimpin yang didakwa ‘ bermasalah’ oleh Mursyidul Am PAS itu semuanya bukan golongan Erdogan yakni tidak pro Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Betapa seriusnya masalah terbaru yang dicetuskan oleh Nik Aziz dapat dinilai dari kenyataan ringkas Haji Hadi yang dikeluarkan Ahad untuk mengulas hal berkenaan.
“Kami memohon kepada Allah membimbing kita dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini dan mengukuhkan lagi parti,”katanya.
Beliau mengarahkan satu mesyuarat diadakan segera untuk membincangkan hal berkenaan dan elak ia diperdebatkan menerusi media.
Beberapa orang pemimpin peringkat pertengahan PAS yang dihubungi Agendadaily mengakui mereka sendiri kebingungan berdepan dengan situasi semacam ini.
Mereka merasa seperti sudah diberi kata dua oleh Nik Aziz yang mahu PAS dipimpin mengikut haluannya.
Apa yang membimbangkan mereka ialah semangat musyawarah seperti sudah tiada lagi.
“Nik Aziz dan Husam Musa mungkin agungkan sangat Datuk Seri Anwar tapi kami rasa PAS harus ada pendirian sendiri dalam arus politik negara.Kalau begitu lebih baiklah mereka masuk PKR saja,dan biar kami terus dalam PAS ”kata salah seorang dari mereka.
Mereka rata-rata mengaku sejak tsunami politik pilihanraya Mac 2008 PAS jadi semakin bercelaru kerana adanya puak yang merasa mereka semakin hampir dengan kuasa menerusi pakatan pembangkang.
“Sedangkan ada kalangan kami yang sedar suasana berbaik ini mungkin sebelum berkuasa….bila dah berkuasa nanti mungkin perang besar berlaku.Kita tahu DAP tidak akan menerima samasekali asas perjuang PAS termasuk Negara Islam.Kalau setakat nak berkuasa dan lepas itu tidak kemana…nak buat apa,”kata seorang lagi.
sumber - Agendadaily
1 ulasan:
Betul DAP tidak akan terima PAS di kerajaan Persekutuan. PAS ni pun satu.
Kadang kadang berjuang atas nama agama. Kadang kadang berjuang bersama DAP dan PKR yang tidak berlandaskan agama. Rasanya orang PAS dah mula keliru dengan perjuangan sendiri.
Haji Hadi mohon Allah s.w.t bimbing PAS. Rasanya Nik Aziz akan mohon Anwar ?
Catat Ulasan