Oleh gelagat anwar
Akhirnya, setelah beberapa lama menahan diri daripada keluar daripada PKR, YB Badrul membuat keputusan yang sangat tepat dan baik – demi masa depan penduduk kawasannya. Tindakan Khalid Ibrahim untuk ‘mengenepikan’ kemenangan Badrul sejak awal – sekaligus membenarkan ADUN Seri Setia (si SUPOL MB yang perasan pandai) sudah lama melukakan hati Badrul. Di mana hormatnya seorang MB dengan seorang yang menang sebagai Wakil Rakyat? Di mana sebenarnya bijaksana seorang MB untuk membenarkan SUPOL-nya untuk membuka sebuah lagi pusat khidmat di kawasan YB Badrul.
Masyarakat perlu tahu, bahawa YB Badrul adalah seorang yang sangat komited dengan perjuangan PKR. Ketika orang seperti Khalid Ibrahim lebih selesa berada di hotel-hotel mewah di awal usaha reformasi, YB Badrul dah ada di jalanan. Menggesa usaha reformasi. Mengumpul kekuatan masyarakat umum untuk meneruskan perjuangan yang KONONNYA suci dan agung di atas nama keadilan. Orang PKR sendiri tidak boleh menafikan hakikat ini.
Namun begitu, sebagai parti yang sangat ‘terkait’ dengan perjuangan peribadi seorang ’sodomist’, ada ketika bahawa sokongan tidak boleh diberikan secara membabi buta. Setelah apa yang berlaku di peringkat awal tuduhan sodomi masih lagi mahu dipertahan. Sikap Anwar yang antara berani dan tidak dalam berhadapan dengan kes mahkamah membuka mata banyak pihak. Orang PKR sendiri maklum dan faham dengan ‘cerita-cerita’ panas parti mereka; namun atas dasar perjuangan; ramai yang tidak mahu mengulas. Siapa yang sanggup nak mengatakan pemimpin mereka seorang homoseksual. Apa makna perjuangan selama ini? Baru nak merasa nikmat sebagai ‘kerajaan’, pemimpin sama sudah sekali lagi terlibat dengan perkara yang jijik dan kotor.
Masyarakat perlu melihat hakikat bahawa PKR sememangnya ‘asas kelemahan’ PR buat sekian lama. Niat nak memperkukuh kedudukan di Sabah juga sudah menjadi bubur. Tidak ada sokongan. Tidak ada dokongan. Tidak ada support di peringkat Bahagian dan akar umbi. Siapa kata Anwar ada ‘magic touch’ untuk selesaikan semua perkara. Tak ada. Magic touch nak menjahanamkan Negara memang ada.
Badrul, Jeffrey Kitingan, Christina Liew – adalah antara spesis yang KECEWA dengan perjuangan PKR yang berlegar tentang untung nasib seorang individu dan beberapa orang blue-eyed boy dalam perjuangannya. Badrul, Jeffrey, Christina bukannya ‘jambu politik’ Anwar. Bukannya kalangan mereka yang menjadi ‘inner circle’ Anwar dalam membuat keputusan politik. So, tidakpun boleh mengharapkan sangat bahawa Anwar akan memberikan mereka layanan yang baik. Kepada Anwar, penyokong datang dan pergi. Yang penting, Anwar kena kekal terus sebagai pemimpin PKR.
Anwar, PKR sedang menuju jalan kehancuran politik. Segala-galanya tidak menjadi. Segala-galanya tidak memberikan petanda baik bahawa Anwar akan mampu mengurus partinya dengan tersusun. Satu demi satu, nanah politik dalaman PKR akan terhambur keluar. Satu demi satu, kepimpinan tertinggi PKR, di peringkat Negeri dan Pusat akan mengundurkan diri secara terpaksa.
Kehidupan politik di dalam PKR adalah ibarat ’survival of the fittest and closest to Anwar’. Itu sahaja jawapannya. YB Badrul, Jeffrey dan Christina adalah kalangan mereka yang TIDAK PENTING kepada Anwar.
Melihatkan politik semasa, Anwar bukan lagi ‘renaissance man’; tetapi ‘rain man’ – seorang pemimpin yang cacat moral dan tindakan politiknya. Kasihan, tetapi Anwar sedang menempah kematian naturalnya dalam politik. Masa untuk talkinkan PKR? Mungkin sedikit masa lagi. Sabarlah sedikit.
sumber - gelagat anwar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan