MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

30 Okt 2009

Anwar Atartuk : DAP gembira Dr Hassan Ali dipecat!

Oleh Tomyampoktek, AIDCclub

Kemelut didalam Parti PAS khususnya di Selangor sungguh melucukan apabila, secara tiba-tiba Hassan Ali dikatakan sebagai punca pertelagahan didalam Pakatan Rakyat di Selangor dan mesyuarat PAS pusat telah mengambil tindakan untuk menghadap Pesuruhjaya PAS tersebut ke Jawatankuasa Disiplin Parti diketuai Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jika sebelum ini fraksi Erdorgan didalam PAS melabelkan Hassan Ali sebagai pro - UG dan UMNO, DAP pun senada dengan fraksi erdorgan didalam PAS dengan mengatakan Hasan Ali sebagai punca permasalahan. Adakah ini membawa maksud Erdorgan bukan sahaja pro Anwar malah Pro kepada polisi DAP.

Cuba kita menyorot kembali antara punca permasalahan tersebut, antaranya isu jualan alkohol di kawasan penempatan Islam, yang kecoh gara-gara Roniu Liu cuba campur tangan dalam isu tersebut. Fraksi Erdorgan melalui Khalid Samad dikatakan tidak gembira dengan tindakan Hassan Ali yang melakukan bantahan terhdap campurtangan Roniu Liu dalam hal tersebut.

Manakala Hassan Ali dikatakan amat kecewa dengan tindakan Roniu Liu yang memulangkan kembali alkohol yang dirampas. Seolah cuba mensabotaj usaha PAS untuk merealisasikan apa yang telah digariskan selama ini dalam mana-mana polisi parti.

Sebelum pilihanraya 2008, kalau kita masih ingat lagi, Hassan Ali dan penceramah PAS mengatakan sebaik sahaja PAS berkuasa di Selangor kilang arak akan ditutup, dan negeri Selangor akan bebas dari minuman alkohol. Tindakan Hassan Ali ini sebenarnya selari dengan polisi PAS di Kelantan dan juga Terengganu.

Namun apabila Hassan Ali cuba untuk mengawal jualan arak di kawasan islam pun menjadi isu, dimana janji PAS untuk menutup kilang Arak di Selangor. Sebelum ini PAS malabelkan UMNO bersekutu dengan maksiat kerana membenarkan kilang arak wujud di Selangor.

Kini apa bezanya dengan kerajaan yang mengandungi Parti Islam sekarang, Adakah wujud perubahan seperti yang dicanangkan?

Sungguh kelakar isu ini, yang jelas sekarang ini fraksi Erdorgan didalam PAS sebenarnya tidak ingin pun kepada islam tetapi lebih kepada kuasa. Buktinya mereka sanggup membela pemimpin DAP yang nyata sangat alergi dengan Islam. Tetapi disebabkan ingin kuasa kerja-kerja perlabelan dilakukan terhadap Hassan Ali dengan mengaitkan dengan UMNO.

Walhal mereka sendiri tahu, fikrah Hassan Ali dan UMNO jelas berbeza, namun ia dilakukan untuk mainan politik parti. Seperti kata Tun Dr. Mahathir adalah mustahil Hassan Ali ada hubungan dengan UMNO, merujuk sejarah hubungan Hassan Ali dengan UMNO.

Kini timbul persoalan kepada orang islam di Malaysia, apakah misi sebenar yang ingin dilakukan PAS. Kalau seseorang pemimpin itu cuba melaksanakan visi PAS tetapi diambil tindakan disiplin, adakah bermaksud PAS kini sudah berubah pegangan tidak lagi menjadikan Islam sebagai route parti. Kalau tidak mustahil Pesuruhjaya PAS Selangor akan dihadap ke jawatankuasa disiplin.

Adakah fraksi Erdorgan lebih selesa kepimpinan PAS hari ini condong kepada apa yang dilakukan Nizar di Perak, sehingga sanggup mengatakan tiada kenyataan ingin melaksanakan Negara Islam didalam Pelembagaan PAS. Bukankah ini tindakan yang jelas menipu para pengundi PAS.

Orang Islam di Selangor member kepercayaan kepada pimpinan PAS untuk mengantikan suara UMNO di dalam kerajaan negeri, namun kalau pemimpin PAS pun dikenakan tindakan gara-gara membela kepentingan suara orang islam apalah harapan orang Islam di Selangor pada Kerajaan Negeri Pakatan rakyat.

Umum mengetahui bagainama rasisnya politik DAP , begitu juga politik PKR yang masih lagi tungang langang hingga hari ini dikhabarkan seorang Adun telah mengumumkan keluar dari parti.

DAP tentu berseronok tindakan keatas Hassan Ali seperti dinyatakan Tony Phua, ketua Publisiti DAP. Namun adakah wajar umat islam di negeri Selangor juga berseronok dengan tindakan ini.

Mungkin ini agaknya yang menyebabkan Ustaz Ismail kamus mengambil tindakan nekad tidak ingin aktif lagi dalam aktiviti kepartian. Kerana mungkin sudah mejangkakan perkara ini yang berlaku.

sumber - tomyampoktek


Tiada ulasan: