MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

17 Okt 2009

Dari Amerika Hingga Ke India : Anwar Atartuk Bicara Soal Pluralisme Agama?


Oleh Analisisringan, AIDCclub

Amat pelik untuk difikirkan Anwar Ibrahim begitu teruja untuk membicarakan persoalan-persoalan agama Islam dengan seorang tokoh yang sudah terkenal di seluruh dunia dengan idea pluralisme agama (mengiktiraf semua agama adalah sama) iaitu Seyyed Hossien Nasr. Laporan daripada rakan blogger Kumbang, Pochongmenulis baca di sini dan sini.

Tetapi tidak pelik jika anda mengikuti semua artikel yang disiarkan di blog AnwarIbrahimDotCom dan mengetahui kaitan Anwar Ibrahim dengan Gus Dur,Zainah Anwar,John Esposito dan ramai lagi di mana mereka ini semua merupakan pendukung idealogi pluralisme agama di seluruh dunia.Klik sini untuk lihat artikel berkaitan.

Belum panas punggung kembali ke tanah air daripada Amerika. Anwar sudah berangkat ke India dan mengundang kontroversi.

Sekali lagi mengenai pluralisme agama apabila beliau menulis mengenai Epik Ramayana dan Mahabharata di blog beliau yang mana ia merupakan tulisan terbaru Anwar di blognya (klik di sini) berkenaan dengan pluralisme Islam-Hindu yang bakal beliau hadir di Kerala, India tidak lama lagi. Laporan mengenai perkara ini ada di E-Group AIDC. Klik sini.

Turut menarik untuk difikirkan apabila Anwar Ibrahim telah menghadirkan diri dalam jamuan rumah terbuka di kawasan Pelabuhan Kelang,Selangor dan Behrang, Perak pada 11 September lalu iaitu tarikh pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Seakan-akan menyedari kekalahan Komplot Pembangkang di Bagan Pinang. Anwar terus beralih pada kawasan kontroversi di Pelabuhan Kelang dan Behrang untuk berkempen awal, seolah-olah beliau dapat meramalkan PKR akan bertanding di kedua-dua kawasan berkenaan pada pilihanraya di masa akan datang dan meninggalkan PAS terkontang-kanting bertarung di Bagan Pinang pada hari mengundi.

Khulasahnya, jelas Anwar Ibrahim kini menjalankan misi berlandaskan kepentingannya sahaja iaitu pluralisme agama untuk membodek dan menjilat Amerika serta hanya berkempen untuk kawasan PKR sahaja.

Adakah penyokong PAS masih berdiam diri melihat ini semua?
Kumbang gesa sekali lagi. "Berubah atau rebah."

Untuk maklumat lanjut mengenai kaitan Anwar Ibrahim dengan Amerika dan isu-isu anti Anwar yang lain. Sertai E-Group AIDC sekarang. Klik Sini.

sumber - analisisringan

Tiada ulasan: