MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

17 Okt 2009

Aishah jelaskan gambarnya dengan Anwar



KUALA LUMPUR 29 April - Penyanyi Aishah mengakui beliau pernah berduet dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis anjuran Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang kira-kira dua tahun lalu atas permintaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sendiri.

Menurut beliau, permintaan itu disampaikan kepadanya oleh pengacara majlis, Mahadzir Lokman dengan mengatakan bahawa Anwar berminat untuk menyanyi dengannya.

Setelah menjemput Anwar ke pentas, Aishah berkata, beliau beraksi sebagai Chombi watak lakonan Zaiton Abdullah dalam filem Ibu Mertuaku.

''Selepas itu kami berduet lagu Di Manakan Kucari Ganti sekali lagi,'' ujar Aishah yang sebelum permintaan tersebut mendendangkan lagu yang sama pada majlis yang diadakan di Pulau Pinang itu.

Aishah berkata demikian di sini hari ini ketika diminta mengulas tulisan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia semalam bertajuk Imej Anwar Tak Rosak Kerana Menyanyi.

Penulis surat itu, Putra Malaysia meluahkan pertanyaan mengenai niat pihak tertentu yang menyebarkan gambar tersebut.

Menurutnya, tindakan itu tidak berkesan sekiranya ia bertujuan untuk merosakkan imej Anwar melalui kemunculannya menyanyi. Gambar Aishah dan Anwar menyanyi pada majlis itu kini tersebar di kawasan pilihan raya Permatang Pauh dan Sabah.

Ditanya mengenai reaksi Anwar ketika di atas pentas, jelas Aishah, bekas Timbalan Perdana Menteri itu kelihatan riang dan peramah.

Sementara itu, Aishah dalam suratnya yang difakskan kepada Utusan bagi menjawab surat pembaca itu berkata, ekoran persembahan tersebut timbul khabar angin yang menuduh beliau mempunyai hubungan sulit dengan Anwar.

''Berita angin itu mengakibatkan saya disoal siasat oleh pihak polis ketika penyiasatan kes bekas TPM dijalankan,'' katanya.

Menurut Aishah lagi: ''Nasib baiklah suami dan keluarga saya mengenali diri saya dan percaya bahawa gambar itu adalah sekadar sekeping gambar yang memaparkan interaksi antara dua individu dari dua golongan yang berasingan di khalayak ramai yang tidak patut disalahertikan.''

Aishah juga berkata, fitnah itu menyebabkan pendapatannya terjejas kerana ada pihak yang mempercayai khabar angin tersebut enggan menjemputnya ke majlis-majlis persembahan hiburan mereka.

sumber - utusan


Tiada ulasan: