Dari Egroup AIDC
Sebelum IKD menerbitkan buku "Islam dan Dasar Pemerintahan", karya Ali Abdul Raziq, ramai yang mempedulikan apa agenda badan itu. Tetapi apabila IKD menerbitkan semula buku lama yang pernah diharamkan di Mesir (1925), pada tahun 2004, tumpuan mula diberikan kepada IKD khususnya mengesan motif dan agenda terakhir badan itu khusus di kalangan peminat gerakan Islam.
Barangkali kerana tokoh itu - Ali Abdul Raziq atau kerana tajuk buku itu, "Islam dan Dasar Pemerintahan". Jadi berdasarkan tarikan nama tokoh dan tajuk buku itu, mendorong peminat-peminat gerakan Islam untuk membeli dan menelaahnya. Setelah dibaca, dihayati dan difahami keseluruhan buku itu, apa yang ingin dicari oleh peminat gerakan Islam tidak ditemui, kecuali pertembungan besar "idea" yang biasa difahami sebelum ini.
Kerangka pemikiran peminat gerakan Islam di Malaysia, lebih banyak dipengaruhi oleh kerangka besar yang disediakan oleh Ikhwan Muslimin, gerakan Islam Mesir yang diasaskan oleh Hassan Al Banna. Kerangka pemikiran Ikhwan ini banyak mempengaruhi ahli-ahli gerakan Islam Malaysia termasuk JIM (Jemaah Islam Malaysia), PUM (Persatuan Ulama Malaysia) dan PAS (Parti Islam Malaysia). Matlamat akhir mereka adalah membentuk sebuah Negara Islam yang berasaskan Al Quran dan As Sunnah.
ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) pula agak unik; berlaku transformasi demi transformasi dalam badan itu, selaras dengan perkembangan semasa. Barangkali kerana faktor bayangan Anwar banyak mempengaruhi pemikiran ABIM. ABIM seperti Anwar berlaku fasa-fasa perubahan dalam kerangka pemikiran Islam.
Bermula dengan mengkaji pemikiran Hassan Al Banna (Timur Tengah), kerana beralih kepada tokoh-tokoh Islam anti Hassan Al Banna seperti Ismail Al Faruqi dan Syed Hussein Nasr, kemudian terdampar di kotak-kotak pemikiran ahli falsafah Barat.
Bagi peminat gerakan Islam di Malaysia yang kebanyakannya termasuk dalam kerangka pemikiran Hassan Al Banna, buku karangan Ali Abdul Raziq merupakan racun kepada mereka, kerana dalam buku itu, Raziq menyeru menolak Negara Islam dan menerima sekularisme.
Misalnya peminat gerakan Islam bernama Haris Hauzah mempersoalkan agenda IKD apabila buku Ali Raziq diterbitkan.
Dalam tulisannya, bertajuk "IKD, apa sebenarnya yang kamu cuba lakukan?", Haris membongkar cerita di sebalik tabir penerbitan buku Ali Raziq.
Menurutnya buku "Islam dan Dasar Pemerintahan" diragui siapa penulisnya. Satu pendapat mengatakan buku itu ditulis oleh Dr Taha Hussein, tokoh Islam Liberal yang hidup sezaman dengan Raziq. Pendapat ini dikemukakan oleh Syeikh Ahmad Masallim, penkaji dan penyelidik Al Azhar.
Pendedahan siapa penulis sebenar buku ini disiarkan dalm akhbar al Jumhuriah di Mesir pada tahun 1993 apabila menjumpai naskah kajian temu bual antara Syeikh Ahmad Masallim dengan Ali Abdul Raziq pada tahun 1940. Dalam naskah kajian itu, Raziq sendiri mengakui penulis sebenar adalah Taha Hussein yang telah menggunakan namanya.
Pendapat kedua pula dari Dr. Muhammad Ragab al-Bayumi, Al Azhar yang mempercayai sepenuhnya buku itu ditulis sendiri oleh Ali Abdul Raziq. Kandungan buku itu hasil adaptasi idea-idea penulisan orientalis, khususnya, cetusan pemikiran Thomas Arnold, menerusi bukunya "The Khalifate" yang diterbitkan oleh Universiti Oxford pada tahun 1924.
Buku "The Khalifate" ditulis Thomas Arnold sebaik sahaja kejayaan Kemal Attaturk menumbangkan sistem khalifah di Turki. Ini dikukuhkan lagi, dengan latar belakang pendidikan, Ali Raziq yang pernah melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford selama dua tahun, dan berguru dengan dua profesor terkemuka di sana iaitu Thomas Arnold dan Samuel Margouliouth yang dikenali membenci Islam.
Walau siapapun penulis asal buku itu, Haris Hauzah merumuskan buku itu adalah gagasan idea untuk menyemai racun pemikiran pencerahan (al Tanwir) dan pembaharuan agama (al-Tajdid) yang berakhir dengan sokongan terhadap pemikiran sekularisme. Pemikiran pencerahan dan pembaharuan inilah yang dinamakan Islam Liberal.
Membaca tulisan Haris Hauzah, sila klik di sini
IKD & Islam Tanwiri (Pencerahan)
Pada tahun 2004, Khalid Jaafar, pengarah IKD memperkenalkan projek Islam Tanwiri. Salah satu sebab kenapa Yayasan Kristian-Yahudi, Jerman (KAF) meneruskan pembiayaan dana kepada IKD kerana memahami agenda Islam Tanwiri yang dibawa oleh IKD
Menurut Peter Schier, wakil KAF di Malaysia, Islam Tanwiri adalah bermaksud "Islam Pencerahan" atau ringkasnya "Islam Liberal", sepertimana yang dilakukan oleh Martin Luther pada zaman gelap Eropah.
Kata Peter Schier, "Sejak saya tiba pada 2002, mereka (IKD) lebih menganjurkan satu konsep Islam yang berfikiran terbuka. Khalid Jaafar, Pengarah IKD, menamakannya sebagai ‘kesedaran Islam’, Islam Tanwiri. Saya fikir ianya satu konsep yang sangat menarik kerana ianya menyokong pluralisme. Jadi, kami menyokong perkara tersebut"
"Dan juga penerbitan, terutamanya terjemahan sastera Islam yang berorientasikan perubahan supaya (bangsa) Melayu dapat membaca buku-buku tersebut, sebagai contoh, seperti buku ini (mengambil sebuah buku Islam yang diterjemahkan & Dasar Pemerintahan ) oleh Ali (Abdul) Raziq yang berkaitan dengan hubungan di antara agama dan politik, negara dan agama"
(Petikan wawancara Peter Schier dengan The Sun- 2006) Klik di sini
IKD juga turut giat menterjemah dan menerbitkan buku-buku tokoh pencerahan Barat, antaranya, buku "apa itu pencerahan", karya Immanuel Kant; Klik di sini dan buku "Kerohanian & Pencerahan". Buku ini merupakan koleksi penulisan penulis-penulis Islam Liberal, termasuk Khalid Jaafar (Malaysia), Lutfi Assyaukanie (Indonesia) dan Abdoulkarim Soroush (Iran). Klik di sini
Kalau dirujuk nama-nama seperti Immanuel Kant, tokoh pencerahan Eropah, Lutfi Assyaukanie, tokoh Islam Liberal Indonesia dan Abdoulkarim Soroush, tokoh Islam Liberal Iran, bagaimanakah IKD mahu menafikan bahawa mereka tidak terlibat dengan Projek Islam Liberal ?
Atas nama "Projek Islam Tanwiri", IKD menerbitkan buku-buku pencerahan Eropah. Apa kena mengena Immanuel Kant dengan Islam ? Kant bukan beragama Islam, dia beragama Kristian. Pemikirannya bukan dalam kerangka Islam, pemikirannya adalah kerangka Kristian.
Jadi apa sebenarnya agenda Projek Islam Tanwiri ? Projek Islam Tanwiri adalah nama lain kepada Islam Liberal atau Islam Pencerahan. IKD dan Anwar Ibrahim adalah dalang di belakangnya!
sumber - egroup AIDC
Tiada ulasan:
Catat Ulasan