MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

8 Okt 2009

Anwar perlu jelas banyak lagi dakwaan - Lokman Nor Adam



Oleh HERMAN HAMID
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja perlu menjelaskan isu akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid tetapi juga beberapa dakwaan lain berhubung sumber kewangan beliau.

Bekas Setiausaha Pemuda PKR, Lokman Nor Adam berkata, ini termasuk penglibatan Anwar dalam pemberian tender bernilai berbilion ringgit secara rundingan terus kepada kontraktor tertentu seperti yang didakwa ramai pihak.

Menurutnya, dakwaan bahawa Anwar bertindak sedemikian sewaktu beliau berada dalam kerajaan lebih 10 tahun dahulu perlu dijelaskan sekarang termasuk kandungan akuan berkanun Abdul Murad yang masih menjadi tanda tanya.

''Ada tender berbilion ringgit dikatakan diagih kepada beberapa kontraktor tertentu melalui penglibatan beliau sehingga ramai melabel Anwar sebagai jaguh tender rundingan terus sewaktu berada dalam kerajaan.

''Selain itu, pertemuannya dengan ramai individu di luar negara turut menimbulkan banyak persoalan apakah pertemuan itu turut melibatkan urusan bagi mendapatkan dana.

''Sebab itu selain akuan berkanun Abdul Murad, ada banyak dakwaan lain yang turut perlu dijawab Anwar yang melibatkan sumber kewangan beliau yang dikatakan cukup besar,'' ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Lokman diminta mengulas hasrat Pergerakan Pemuda UMNO untuk membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan ke atas Anwar.

Ini berhubung kenyataan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakarupan yang mendakwa Penasihat PKR itu diketahui mempunyai sumber kewangan yang besar.

Dakwaan itu berdasarkan akuan berkanun yang dibuat Abdul Murad pada 1999 berhubung penglibatan Anwar dalam mengawal 20 akaun induk yang melibatkan jumlah besar wang.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed turut meminta Anwar menjelaskan perkara sebenar di sebalik akuan berkanun Abdul Murad seperti yang dibangkitkan Nallakarupan.

Mengulas tekanan yang dihadapi keluarga Mohd. Saiful Bukhari iaitu mangsa dalam kes liwat Anwar, Lokman berkata, isu itu sepatutnya tidak timbul dari awal lagi sekiranya Ketua Pembangkang itu menyahut seruan bersumpah dalam kes tuduhan liwat beliau yang pertama dahulu.

Beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO berkata, jika Anwar dapat bersumpah mengikut cara Islam dalam kes tuduhan liwat beliau pada 1998, maka isu Mohd. Saiful pasti tidak akan timbul.

''Namun, seperti yang kita tahu baik kes yang pertama atau yang kedua, Anwar tetap enggan bersumpah mengikut cara Islam atas pelbagai alasan.

''Sekarang Mohd. Saiful terpaksa berdepan pelbagai tekanan kerana lumrah bagi orang macam Anwar untuk memanipulasi keadaan termasuk perjalanan mahkamah bagi manfaatnya.

''Ini bukan taktik baru bagi PKR. Macam-macam cara boleh manipulasi mahkamah untuk melengahkan kes. Ini semua orang tahu dan Anwar dilihat menggunakan sepenuhnya untuk melengahkan perbicaraan beliau bagi manfaat sendiri,'' jelasnya.

sumber - utusan


Tiada ulasan: