MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Okt 2009

Anwar tiada peluang jadi PM – Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 7 Julai – Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh kembali berpengaruh dalam politik Malaysia dan menjadi perdana menteri.

Ketika ditemubual British Broadcasting Corporation (BBC) hari ini, Dr Mahathir berkata beliau tidak nampak sebarang harapan bagi bekas timbalan perdana menteri mencapai apa yang dicita-citakannya — untuk menjadi perdana menteri.

“Saya tidak fikir beliau mempunyai sebarang harapan mencapai apa yang beliau cita-citakan... tentunya beliau mahu menjadi perdana menteri. Beliau tidak akan mendapat tempat itu,” kata Dr Mahathir semasa ditanya bagaimana beliau melihat peluang Anwar untuk kembali semua dalam politik.

Ditanya kenapa Anwar, kini penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan berpeluang menjadi perdana menteri, Dr. Mahathir berkata Anwar sedang kehilangan pengikutnya dengan begitu cepat sekali.

“Kita boleh memberitahu orang mengenai sesuatu dan orang akan mempercayainya buat seketika... tetapi kemudian mereka akhirnya akan mengetahui sama ada kita bercakap benar atau kita berbohong kepada mereka,” kata Dr. Mahathir.

Anwar dipecat oleh Dr. Mahathir daripada jawatan Kabinet dan parti UMNO pada September 1998 kerana dakwaan salahlaku seksual dan rasuah.

Anwar menjalani hukuman penjara enam tahun selepas disabitkan kesalahan kerana rasuah. Beliau dibebaskan daripada penjara pada 2004 selepas Mahkamah Persekutuan menolak pensabitan tuduhan liwat terhadapnya.

Di bawah undang-undang Malaysia, Anwar dihalang daripada kembali aktif dalam politik sehingga 14 April 2008.

Rabu lepas, Dr. Mahathir berjaya dalam cubaannya untuk membatalkan saman malu yang difailkan Anwar terhadap beliau kerana menuduh Anwar sebagai seorang homoseksual pada satu persidangan anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Dr Mahathir.

sumber - utusan


Tiada ulasan: