Oleh Gelagat Anwar
Hujung minggu ini Pak Sheikh akan berada di Bagan Pinang hampir sepanjang masa. Ini adalah sesuatu yang dijangkakan apabila pimpinan PAS mula memperkatakan tentang ketidakhadiran Anwar sepanjang kempen di Bagan Pinang. PAS merasakan Anwar tidak menganggap Bagan Pinang sebagai sebuah medan yang – ‘worth fighting for’. Hopeless, kata Anwar. Ini yang menyebabkan ada pimpinan PAS yang kecil hati.
Selepas pulang dari siri ceramah di Amerika Syarikat – sebagai ‘former Prime Minister of Malaysia’, Anwar akan turun ke Bagan Pinang dengan semangat yang baru. Dengan semangat yang luar biasa. Dengan kata-kata semangat para pelobi Yahudi di Amerika Syarikat, Anwar akan meneruskan perjuangannya di Bagan Pinang.
Blog ini menerima sms bahawa Anwar akan melakukan acara bersumpah di salah sebuah masjid di Bagan Pinang. Tanpa mempunyai ruang untuk mempertahankan lagi dirinya, sumpah adalah ‘alat terakhir’ Anwar dalam memastikan PAS memperolehi cukup peratusan undi Melayu di Bagan Pinang. Pimpinan PAS sendiri sudah menyatakan bahawa Anwar ‘wajib’ melakukan acara sumpah ini. Atau mereka berhadapan dengan masalah yang besar. Sedang PAS menyerang parti BN dengan ‘undi pos’; modal balas BN adalah tuduhan sodomi Anwar.
Anwar sudahpun menyatakan persetujuan kepada Haji Hadi bahawa dia sanggup berbuat demikian kerana dia sememangnya tidak bersalah. Oleh yang demikian, kalangan ulama’ dalam PAS sudahpun membuat persiapan untuk mengadakan program ’sumpah keramat’ Anwar di Bagan Pinang.
Inilah sebenarnya contoh pimpinan Islam yang berani berhadapan dengan apa jua cabaran dan hambatan. Anwar yang kita kenali memang seorang ‘fighter’ di dalam parti. Anwar tidak akan berundur selagi dirinya ada ruang untuk mempertahan diri.
Jadual kempen Anwar sememangnya penuh. Ini semua bagaikan kaedah Anwar membalas budi baik PAS yang sudah mempertahankannya dalam apa jua keadaan. Kes sodomi bukan kes kecil. Kalau sebuah parti Islam mempertahan seorang yang dikatakan melakukan perbuatan itu – ianya memberi kredibiliti besar kepada Anwar. Budi baik ini tidak boleh dibalas dengan murah.
Disebabkan itu jugalah, Anwar bersetuju dengan sumpah ‘public relations’ di Bagan Pinang. Orang boleh kata Anwar ‘desperate’; tetapi Anwar mesti membalas budi baik yang diberikan PAS.
sumber - gelagat anwar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan