Oleh Angin Perubahan
Pada 9 Oktober 2009, ramai yang menerima sms bahawa Anwar Ibrahim akan bersumpah di Masjid Bagan Pinang selepas solat Jumaat ternanti-nanti kehadiran Anwar. Seperti biasa, tidak jadi atau tangguh lagi. Pilihan raya Bagan Pinang pun mahu ditangguhnya. Itulah strategi Anwar. Mungkin Anwar banyak belajar strategi baru untuk tangguh ini daripada Al Gore. Buku "The Assault On Reason" tulisan Al Gore pernah dihadiahkan oleh Al Gore kepada Anwar Ibrahim pada 19 Julai 2007. Tidak hairanlah mengapa Anwar Ibrahim memang pandai buat macam macam alasan dan helah. Semuanya sudah dipelajari dari buku Al Gore tersebut.
Sebelum ke Bagan Pinang, Anwar sempat lagi pergi ke Florida untuk melihat mesin mengundi yang mengalahkan godfather nya iaitu Al Gore. Tidak mengejutkan kita, mengapa isu undi pos diguna pakai di Bagan Pinang dan isu e-voting diguna sebagai isu besar dalam pilihan raya kampus. Idea itu datang dari Florida rupanya. Al Gore tidak mahu anak didiknya kalah dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Perhatikan pada papan tersebut di University California, Berkeley di atas, bilakah Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia? Anwar memang pandai menipu. Pada 10 Oktober 2009, Anwar akan datang berkempen di Bagan Pinang.
Kempen Anwar bermula dari Pekan Siliau, Taman Desa Rusa dan berakhir di Markas DAP di Port Dickson. Anwar akan terus menipu rakyat lagi dengan seribu satu alasan yang dipelajarinya dari buku Al Gore. Rakyat harus mencabar Anwar agar bersumpah secara terbuka dalam di atas pentas ceramah. Beranikah Anwar berbuat demikian?
sumber - angin perubahan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan