MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

12 Okt 2009

10 Tahun dulu, Ibrahim Ali pernah cabar Anwar bersumpah junjung al-Quran

Anwar Ibrahim menziarahi salah seorang keluarganya, arwah Sulaiman Palestin, veteran UMNO. Arwah Sulaiman Palestin pernah berpesan kepada anak saudaranya Khairuddin Abu Hassan (bertanda bulat) supaya menghalang kerakusan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Pada tahun 1998, Khairuddin dan Ummi Hafilda berganding bahu bersama-sama mendedahkan skandal moral gelap Anwar yang berakhir dengan kejatuhannya..


PETALING JAYA 13 Sept. - Ahli Majlis Tertinggi UMNO Senator Datuk Ibrahim Ali hari ini mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah dengan menjunjung al-Quran untuk membuktikan semua tuduhan terhadapnya adalah tidak benar.

''Sekiranya Anwar berani berbuat begitu, sayalah orang pertama yang akan muncul membelanya,'' kata Ibrahim.


Ibrahim juga berkata, Anwar tidak dianugerahkan sifat maksum, sebaliknya beliau hanyalah manusia biasa yang tidak mustahil boleh melakukan kesalahan.

''Anwar bukanlah sahabat Rasulullah dan bukan juga sahabat kepada sahabat Rasulullah, sebaliknya hanya orang biasa,'' katanya dalam ceramah mengenai isu politik semasa anjuran UMNO Bahagian Subang, dekat sini hari ini,

Menurut Ibrahim, beliau terpaksa mencabar Anwar setelah melihat banyak pihak yang meragui Anwar dilucutkan jawatan dalam kabinet dan dipecat daripada UMNO kerana berakhlak rendah.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mempunyai cukup bukti mengenai masalah moral Anwar sehingga terpaksa membuat keputusan memecatnya.

Ibrahim juga berharap semua pihak supaya menimbang keputusan yang telah dibuat berikutan perlucutan itu secara bijak.

Mengenai gerakan reformasi yang dilancarkan oleh Anwar, Ibrahim berkata, gerakan itu diadakan hanyalah untuk menjatuhkan Perdana Menteri dengan cara salah, demi membersihkan namanya daripada segala tuduhan.

Anwar berharap dengan jatuhnya Perdana Menteri, segala perbuatan sumbang yang dilakukannya akan terpadam dan tidak dibongkar lagi, tambahnya.

Beliau juga menyeru semua pihak menentang habis-habisan usaha Anwar mengadakan gerakan reformasi tersebut.

Katanya, gerakan reformasi itu diadakan hanya sebagai helah Anwar untuk mengalih tumpuan semua pihak daripada masalah moralnya.

Beliau juga berpendapat, tindak-tanduk Anwar sekarang membuktikan yang dia telah hilang sifat seorang pemimpin.

''Malah isi ceramah yang diadakan selepas dilucutkan jawatan juga tidak mencerminkan sifat seorang pemimpin yang berteraskan imej keislaman,'' katanya.

sumber - utusan


Sumpah Quran: Anwar pertikai cabaran Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Timbalan Perdana Menteri yang disingkirkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan cabaran ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Senator Datuk Ibrahim Ali yang memintanya bersumpah menjunjung al-Quran.

''Ibrahim Ali itu berkata bagi pihak siapa?'' Tanya Anwar yang enggan menjawab soalan pemberita apakah beliau akan menyahut cabaran itu atau tidak.

Ibrahim ketika berceramah mengenai isu politik semasa anjuran UMNO Bahagian Subang dekat sini semalam mencabar Anwar berbuat demikian untuk membuktikan semua tuduhan terhadapnya adalah tidak benar.

Menurut ahli MT itu lagi sekiranya Anwar berani berbuat demikian (menjunjung al-Quran) dialah orang pertama yang akan muncul membelanya.

Kata Ibrahim, Anwar tidak dianugerahkan sifat maksum, sebaliknya beliau hanyalah manusia biasa yang tidak mustahil boleh melakukan kesilapan.

sumber - utusan



1 ulasan:

Unknown berkata...

aku ada dgr pita rakaman tu, ada 2-3 yg membela anwar termasuk timb. menteri kewangan masa tu.

kesian mereka semua yg termakan lakonan anwar termasuk le dgn aku ....kehkehkeh, tapi aku bukan menteri cuma rakyat marhean.

aku ingat juga cabaran ibrahim ali ni tapi masa tu mata dah dibutakan anwar. hehehe...

sudin
JB