MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

12 Sep 2009

Zulkifli Nordin didesak dedahkan siapakah 'Pak Janggut'

KUALA LUMPUR 11 sept. - Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin perlu mendedahkan segera identiti sebenar 'Pak Janggut' yang beliau dakwa telah memutarbelitkan ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, perbuatan memutarbelitkan ayat-ayat al-Quran merupakan tindakan yang mengaibkan seluruh umat Islam di negara ini.

"Perkara ini amat serius kerana al-Quran merupakan kalam Allah SWT dan ayat-ayatnya tidak boleh diputar belit dan disalahtafsirkan bagi menghalalkan sesuatu atau yang membabitkan dengan kepercayaan dan akidah," tegas beliau dalam blog UMNO Bahagian Cheras di http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

Semalam, Zulkifli membidas individu yang digelarnya 'Pak Janggut' yang sanggup memutarbelitkan ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam.

Menurutnya, 'Pak Janggut' itu turut menyalahkan umat Islam di Seksyen 23 kerana tidak bersikap adil dalam membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.

Syed Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras berkata, pendedahan tersebut amat mengejutkan dan jika benar berlaku, pihak berkuasa perlu bertindak tegas ke atas individu terbabit bagi mengelak kekeliruan masyarakat.

"Bagaimanapun, saya berpendapat Pak Janggut seperti didakwa Zulkifli berkemungkinan datang daripada salah sebuah parti pembangkang yang menjadi sekutu pakatan pembangkang di Selangor," jelasnya.

Tanpa menyebut nama parti berkenaan, Syed Ali berkata, parti tersebut lazimnya akan mengeluarkan pelbagai 'fatwa' untuk disesuaikan dengan keadaan demi kepentingan politik mereka.

Beliau kesal kerana terdapat pihak yang tergamak menyalahgunakan ayat al-Quran bagi menjaga kepentingan politik semata-mata.

sumber - utusan


1 ulasan:

Saya Rakyat Malaysia berkata...

Pak Zul ni nak selindung-selindung pulak. Cakap je lah terus terang Pak Janggut aka Khalid Samad, kan senang cerita. Tak yah berlapik-lapik. Kalau cakap pun dah takut-takut, idak lah ada apa2 tindakan pun. Action talk louder than words. Talks are cheap.