MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

10 Sep 2009

Wartawan baling kasut kepada Bush ditawar banyak hadiah



BAGHDAD - Wartawan Iraq, Muntazer al-Zaidi yang pulang selepas selesai menjalani hukuman penjara kerana membaling kasut ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W Bush, diraikan dengan pelbagai tawaran dan hadiah.

Beliau menerima sebuah rumah empat bilik tidur daripada bekas bosnya manakala hadiah kereta baru dan pelbagai ganjaran lain sedang menanti untuk diserahkan kepadanya.

Antaranya ialah ganjaran menunaikan ibadat haji, wang tunai dan penjagaan kesihatan, lapor saluran televisyen al-Baghdadia.

Seorang warga Iraq yang tinggal di Maghribi bersedia menawarkan anak perempuannya untuk dijadikan isteri kepada Muntazer manakala seorang lagi lelaki mahu menghadiahkan pelana kuda bersadur emas kepadanya.

Satu panggilan yang diterima dari Arab Saudi mengemukakan tawaran berjuta-juta dolar kepada Muntazer semata-mata untuk mendapatkan sepasang kasut yang digunakannya ketika membaling Bush.

Muntazer turut menerima banyak panggilan daripada wanita-wanita yang mahu menjadi isterinya.

Beliau juga pernah merancang untuk membuka sebuah rumah anak yatim selepas keluar penjara.

sumber - sinar harian


Tiada ulasan: