MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Sep 2009

Sesi dialog kecoh, penempatan semula kuil ditunda



'MB bodoh’ dan 'Khalid Babi’ serta macam-macam kata kesat menyelubungi Dewan Bankuet Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam pagi Sabtu dimana berlangsung sesi dialog Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan penduduk Seksyen 23 berhubung isu pembinaan kuil.Kira-kira 300 penduduk termasuk 40 kaum India hadir dailog itu.


Kalangan yang berang dengan keputusan kerajaan negeri hendak bina kuil Hindu dekat kawasan perumahan mereka juga boo kearah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan ADUN Batu Tiga PKR Rodziah Ismail.Malah satu ketika seorang penduduk tunjuk tapak kasut kearah Khalid dan ramai yang menjerit ‘ penipu’ semasa Rodziah berucap.

Dailog selama sejam itu berakhir tanpa apa-apa keputusan dibuat.Sebelum itu penduduk tidak endahkan jaminan Menteri Besar kata nak kaji balik keputusan.Suasana juga agak tegang bila wakil penduduk India tetap mahukan kuil di Sek 23.Ia jadi lebih hangat bila dia kata orang India boleh tahan dengan laungan azan lima kali sehari.

Khalid dalam sidang media di kediaman rasminya tengahari tadi, berkata kerajaan negeri membekukan sementara cadangan pemindahan kuil ke Sek 23 sehingga alternatif lain bagi menyelesaikan isu terbabit. - Agendadaily

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memulakan siri dialognya bersama penduduk Seksyen 23 untuk menyelesaikan isu penempatan semula sebuah kuil Hindu daripada Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Khalid mengadakan sesi dialog berkenaan menjelaskan untuk penduduk sebab untuk penempatan semula kuil berkenaan dan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik dalam isu tersebut.

Beliau berkata, penjelasan perlu dibuat kerana Datuk Bandar Shah Alam telah gagal mendengar bantahan yang dilakukan oleh sebahagian penduduk yang tidak bersetuju dengan penempatan semula kuil berkenaan ke tempat mereka.

Sesi dialog tersebut diadakan ekoran bantahan yang dilakukan oleh penduduk Seksyen 23 Jumaat lalu terhadap tindakan kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat memindahkan sebuah kuil Hindu berusia 150 tahun yang terletak di Seksyen 19 ke kawasan perumahan mereka yang mana majoriti penduduknya beragama Islam.

Ekoran tiada jaminan daripada kerajaan negeri untuk membatalkan cadangan itu, kira-kira 200 penduduk bertindak mengadakan perhimpunan selepas solat Jumaat pada 28 Ogos lalu bagi menyatakan bantahan mereka.

Keadaan bagaimanapun bertukar kecoh sera menjadi kontroversi apabila ada di kalangan mereka yang menyertai perhimpunan itu membawa kepala lembu ketika berarak ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor.

Sesi dialog itu berakhir pada pukul 12.30 tengah hari tadi tanpa menemui sebarang jalan penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan isu berkenaan kerana berlaku kekecohan ketika sesi dialog itu berlangsung.

Khalid turut mengumumkan bahawa tidak ada keputusan muktamad dapat dicapai mengenai perkara itu kerana pihaknya belum mendapat mencapai kata sepakat dalam sesi dialog berkenaan.

Beliau dijadual mengadakan sidang akhbar mengenai perkara itu di kediaman rasminya di Seksyen 7 di sini.

sumber - mstar

2 ulasan:

alluqman berkata...

Lakunan hidup di pentas dunia......

Buih-buih di lautan.........

KehendakNya.......

Unknown berkata...

Salu dok sebut keadilan utk Rakyat ,..,. Rakyat mana yg PR selalu sebut tuh? Nih Rakyat dah panggil kau org babi dan bodoh.

Keadilan la sangat