Hassan Ali – bangkit menjadi antara penama penting dalam kerajaan Selangor yang di terajui oleh Pakatan Rakyat. Hassan Ali, timbul dengan berbagai-bagai kontroversi, isu kerajaan campuran UMNO-PAS sewaktu PR memenangi PRU 12 di Selangor, isu arak dan hari ini isu Selcat. Suara kritikannya begitu kuat – sehingga dikatakan mampu meruntuhkan kredibiliti kerajaan PR Selangor dan akhir-akhir ini, beliau dikatakan seolah-olah sebagai api dalam sekam, berbudayakan UMNO dan hanya akan merosakkan imej PAS.
Adakah ini semua jawapan kepada kritikan, bagi satu Pakatan baru dalam menjaguhi isu kebebasan hak bersuara, hak mengkritik dan hak untuk melontarkan pendapat. Adakah salah – sekiranya beliau menyuarakan secara terbuka – pandangan beliau untuk perubahan dalam PR. Bukankah ini sebenarnya hasrat awal perjuangan Pakatan Rakyat – memartabatkan suara rakyat – kepimpinan yang boleh dikritik dan di tegur.
Kebangkitan Hassan Ali kini dikaitkan dengan agenda lain – ada yang meminta beliau di pecat – ada yang mengatakan beliau adalah agen UMNO yang mahu meruntuhkan Pakatan Rakyat – ada yang mahu beliau menyertai UMNO. Banyak juga desas desus mengenai konon-kononnya, Hassan Ali kecewa – tidak dapat projek, dan semua ini dijadikan senjata untuk mengancam beliau.
Atau adakah mungkin benar beliau mempunyai agenda untuk menghancurkan Pakatan Rakyat, satu perkara yang tidak mempunyai kekukuhan bukti dan hujah. Adakah mungkin – apa yang berlaku menunjukkan ketelusan yang sebenarnya mahu dilihat – baik dalam PR mahupun dalam UMNO?
Apa pun hujah yang ada – ia masih terikat kepada batasan politik – nampak mesti mendahulukan kepentingan politik sesuatu parti – tidak kira BN atau PR. Mahathir setelah meletakkan jawatan – bertindak mengkritik Pak Lah – ada yang melabelnya pengkhianat – minta Tun di pecat dari UMNO dan sebagainya. Mungkin batasan politik kepartian ini – menjadi masalah dalam kita memperjuangkan agenda rakyat.
Mungkin ada antara kita yang lebih ikhlas dalam memberi komen – tidak terhad kepada batasan politik kepartian – batasan kepentingan politik mendahului kepentingan rakyat. Kenapa dan apa sebenarnya yang ada – dalam kenyataan Hassan Ali dan suara-suara yang menghentam Hassan Ali. Apa yang sebenarnya tidak kita ketahui - perbuatan Hassan Ali - tindakannya dan perkara yang terkandung sebalik nama dan namanya sebagai Ketua PAS di Selangor.
sumber - umno-reform
Khalid Ibrahim dan Azmin Ali – dalam diam bertikam ?
Selangor bergolak! MB Selangor, Khalid Ibrahim berhadapan dengan saingan – orang yang dikatakan mahu menuntut kerusi MB tersebut. Azmin Ali dikatakan menggerakkan satu gerakan untuk terus menghentam Khalid – masing-masing tahu tapi tidak mahu secara terbuka mengakuinya.
Keadaan tidak lagi menyebelahi Khalid – dokumen-dokumen rasuah terbongkar – yang sampai ke web sampai ke web dan yang sampai ke Gerak – sampai ke Gerak. Khalid bukan politikus – malah dikatakan melanggar perjuangan reformasi – menentang kronisme. Azmin pula licik – dengan kekukuhan wang – membeli dan mengatur strategi. Ini yang dikatakan berlaku dalam PRK.
Suara-suara mereka ada yang mengatakan bahawa usaha menjatuhkan Khalid wujud dan ini datang dari Azmin. Khalid tahu tetapi Khalid juga mempunyai dosa yang semakin lama semakin terselongkar – sedikit demi sedikit.
Namun PKR semakin keliru. Memang Khalid mempunyai banyak kelemahan sebagai ahli politik – tetapi untuk mengambil Azmin menjadi MB akan lebih mengeruhkan keadaan. Menurut satu klip audio yang di terima – memang Azmin nampak baik dengan Khalid tetapi pengakuan dibuat oleh hamba ini bahawa beliau memang membuat kerja – menyerang Khalid sebelum ini dan Azmin bertanggung jawab dalam menyokong.
Petikan audio itu – Azmin memang licik, tapi aku adalah orang yang diminta melakukan – aku tahu kerana aku yang melaksanakan misi itu. Petikan audio itu datang dari salah-seorang bekas penyokong reformasi – tetapi sudah serik dengan PKR. Khabar Angin juga bertiup bahawa GERAK (Gerakan Anti Rasuah) turut menerima dokumen rasuah Khalid dan GERAK melakukan tindakan atas dasar rasuah tetapi mungkin secara tidak langsung – memberi laluan kepada Azmin untuk menjadi MB.
Azmin – dikatakan mahu MB terus diserang – terus di tekan sehingga beliau menarik diri – secara berhemat. Ini menurut salah seorang yang memberi pendapat mengatakan bahawa, Azmin mahu menjadi MB baru. Adakah mungkin – ini ada unsur-unsur kebenaran – sungguhpun Azmin akan menafikannya. www.umno-reform2.com akan mengulas isu ini lagi.
sumber - umno-reform
Tiada ulasan:
Catat Ulasan