MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Sep 2009

Rombakan PKR Selangor Pastikan Tiada YB Lompat..



Oleh Medan Info Kita

Kunjungan berhari raya seorang sahabat yang masih berjawatan Ketuan Bahagian PKR kerumah beberapa hari yang lepas membolehkan blog ini mendapat maklumat terkini dari dalam kain PKR…

Mengikut cerita sahabat Blogmaster, baru baru ini PKR Selangor telah membuat rombakan jawatan dalam Perhubungan PKR Negeri Selangor.

Senarai Ajk menyaksikan beberapa nama yang tewas dalam mencuba nasib pada PRU ke 11 diangkat menggalas tanggungjawab sebagai “orang kanan” pucuk pimpinan negeri yang menjadi kerajaan pertama mereka.

Beberapa nama nama Yb yang pernah “digosipkan” dengan “cerita” wakil rakyat berpontensi tinggi untuk lompat juga telah diberikan jawatan dalam struktur pentadbiran PKR Selangor.

Tuan Syed Shahir Syed Mohamud Ketua PKR Bahagian Kelana Jaya telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Selangor.

Bekas calon Parlimen Sabak Bernam dan DUN Kuang, Ustaz Badrul Amin pula diberikan jawatan Naib Pengerusi 1, manakala Yb M Muthiah “diangkat” menjadi Naib Pengerusi 2 membuatkan Xavier Jeyakumar kurang senang dengan keputusan tersebut disebabkan Yb Bukit Melawati itu tidak ada jawatan penting dalam mana mana Bahagian PKR Selangor, malah M Muthiah adalah “orang buangan” kapal MIC…

ADUN Kajang, Yb Lee Kim Sin @ Cikgu Lee yang pernah dikaitkan dengan M Muthiah sebagai wakil rakyat potensi untuk lompat telah diberikan tanggungjawab mengetuai Biro Keahlian, dijangkakan peranan ini boleh membuatkan Cikgu Lee “sibuk” mengelolakan rekod kemaskini memandangkan bilangan keahlian baru menyertai parti Anwar ini semakin bertambah selepas menjadi kerajaan Selangor!

Mengikut rekod, perlantikan jawatan tersebut lebih disifatkan sebagai kaedah “turun pangkat” memandangkan Cikgu Lee pernah diberikan tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi PKR Selangor sebelum PKR menang besar..

Dua lagi wakil rakyat muda bekas anak didik Ezam juga telah dilantik menjadi Ajk Tambahan MPN [Majlis Pimpinan Negeri].

Yb Amiruddin Shaari ADUN Batu Caves dan Yb Shuhaimi Shafie ADUN Seri Muda telah diberikan kepercayaan dan diserapkan didalam skuad yang diketuai oleh Khalid Ibrahim ini.


“Desas desus” mengenai kedua dua mereka bakal menyertai kumpulan wakil rakyat lompat parti sekaligus mengakibatkan keraajaan negeri Selangor kembali ketangan UMNO-BN telah menyaksikan Kenyataan Rasmi Penafian dibuat beberapa hari yang lalu…..

Klik sini untuk baca penafian Yb Amiruddin

Klik sini untuk baca penafian Yb Shuhaimi

Satu lagi “kejutan” apabila seorang lagi pimpinan PKR yang mendapat asuhan air tangan Ezam juga telah dilantik sebagai Ajk Tambahan MPN Selangor!

Cheah Sang Soon, Naib Ketua AMK PKR Shah Alam yang kini sedang menggalas kerja sebagai Ahli Majlis MPSJ adalah rakan karib Ezam.

Adakah tindakan melantik ramai anak anak muda yang pernah memanggil Ezam dengan panggilan Boss merupakan usaha memastikan tidak akan berlaku mana mana kumpulan yang akan membuat pengumuman keluar parti sedikit masa lagi…?

Namun setelah ditelaah dan diamati senarai lantikan, masih ada seorang Yb yang diura-urakan berpotensi tinggi untuk lompat parti telah tidak disenaraikan…., hmmm…, adakah akan berlaku satu PRK yang pertama di Selangor?

Berikut adalah Senarai Penuh Ajk Baru Majlis Pimpinan Negeri PKR Selangor

Tuan Syed Shahir – Timbalan Pengerusi MPN Perhubungan PKR Selangor

Badrul Amin, Yb Hee Loy San, Yb M Muthiah – 3 Naib Pengerusi MPN Perhubungan PKR Selangor

Hamidi Hassan- Ketua PKR Bahagian Serdang [Setiausaha Perhubungan]

Abdul Rahim Wahab – Ketua PKR Bahagian Selayang [Pengarah Strategik]

Tengku Maraziyah – Naib Ketua PKR Bahagian Selayang [Bendahari]

Datin Paduka Tan Yee Kew [Ketua Penerangan]

Empat Lantikan Ajk Tambahan MPN Perhubungan PKR Selangor;-

Azizan Jamaluddin [Ketua Wanita PKR Kelana Jaya]
Cheah Sang Soon [Naib Ketua AMK PKR Shah Alam]
Yb Amiruddin Shaari ADUN Batu Caves [Naib Ketua AMK PKR Malaysia]
Yb Shuhaimi Shafie ADUN Seri Muda [Timbalan Ketua PKR Bahagian Kota Raja]

sumber - medan info kita


Tiada ulasan: