MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Sep 2009

Sebab-sebab untuk meragui Anwar Ibrahim



Oleh AIDC Translater


Saya telah baru habis membaca 3 buah buku yang bertajuk : "Confessions of an Economic Hit Man" by John Perkins (Pengakuan Pembunuh Ekonomi oleh John Perkins) dan "A Game as Old as Empire" (Satu permainan yang setua Empayar) – disunting oleh Steve Hiatt dan buku yang ketiga adalah "Banker to the Poor" (Pemilik Bank kepada orang Miskin) oleh Muhammad Yunus – yang telah dianugerahkan hadiah nobel keamanan kerana usahanya dalam membanteras kemiskinan.

Jadi, apa kaitannya 3 buku tersebut dengan Anwar Ibrahim?

Ketiga-tiga buku tersebut memberikan kenyataan yang menjahanamkan negara tentang bagaimana peranan Bank Dunia dan IMF serta yang sama dengannya, menjadi alat utama untuk Kerajaan Amerika menyogok kerajaan negara-negara membangun dalam usaha untuk menguasai negara-negara tersebut dengan menjadikan mereka berhutang kepada organisasi kewangan tersebut.

Tidak hairanlah Tun Mahathir benar-benar enggan menerima sebarang bantuan daripada IMF memandangkan berkemungkinan beliau memahami modus operandi pemain di sebalik tabir itu.

Dua buku yang pertama ini sangat luar biasa, membeliakkan biji mata, dan mengecutkan perut.

“Pembunuh upahan ekonomi,”
tulis Perkin, “adalah profesional yang dibayar dengan harga yang tinggi untuk menipu negara- negara di seluruh dunia sehingga bertrilion dolar. Alat-alat mereka termasuklah laporan kewangan yang palsu, manipulasi pilihan raya, rasuah, peras ugut, seks dan pembunuhan.

Sekarang, saya benar-benar perlu menyoal Anwar Ibrahim. Adakah beliau berjuang untuk Malaysia atau untuk dirinya sendiri ?

Adakah matlamatnya untuk mengangkat Malaysia atau Malaysia yang mengangkatnya?

Sekarang beliau merupakan Pengerusi Foundation for the Future (Yayasan Masa Hadapan). Apakah yang yayasan ini lakukan?


Foundation for the Future berusaha untuk Mempromosikan Demokrasi di Timur Tengah, Washington, DC, 2 Februari 2006

Setelah rundingan di antara wakil masyarakat awam dan pegawai kerajaan dari Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah dan Afrika Utara, telah diumumkan; Rahma Bourqia dari Maghribi, Bakhtiar Amin dari Iraq, dan Anwar Ibrahim dari Malaysia, akan berkhidmat sebagai jawatankuasa pemilih untuk melantik lembaga pengarah bagi Timur Tengah dan Afrika Utara, untuk Foundation for the Future.


Kenapa Timur Tengah dan Afrika Utara – yang secara kebetulan ditakrifkan sebagai........

Africa Policy Outlook 2006 (Dasar Padang Ke Afrika 2006)


Tahun 2006 akan membantu menjelaskan sama ada rasa keprihatinan yang penuh dengan belas kasihan untuk benua Afrika, yang dipakai oleh pemimpin Barat tahun lepas, merupakan penentu kepada dasar Afrika, atau sama ada ia hanya bertopeng yang lain, lebih “strategik” dan kurang minat dan usaha “kebajikan”.

Pada tahun 2006, Afrika akan menyaksikan satu gelombang baru untuk tentera A.S. mendarat di benua tersebut sebagai latihan dan misi-misi yang lain, memandangkan Washington mensasarkan untuk membentuk semula Afrika untuk menjadi kepentingan kepada keselamatan Amerika.

Arah aliran di dalam dasar Pentadbiran Bush adalah ke arah fokus yang lebih hebat kononnya “Perang Ke Atas Keganasan,” dengan penekanan kepada pengumpulan maklumat perisikan, mengawal “kawasan yang tidak diperintah” di atas benua yang luas, dan pra-penempatan tentera serta peralatan untuk melancarkan kekerasan di seluruh dunia untuk melumpuhkan Al-Qaeda di Afrika.

Tetapi penglibatan Amerika dalam misi pengaman di Afrika adalah jauh sama sekali, seperti genosid yang masih berterusan di Darfur, Sudan.

Dasar Afrika yang sama juga bertujuan untuk memasuki kawasan minyak Afrika Barat dengan selamat, yang pada masa sekarang Pentadbiran Bush melihatnya sebagai kepentingan negara yang strategik. Import minyak Afrika diunjurkan daripada 15 peratus daripada keseluruhan minyak A.S. kepada 25 peratus menjelang 2015. A.S. sudah mengimport minyak yang lebih daripada Afrika berbanding Arab Saudi, dan dalam masa satu dekad, ia akan menjadi sumber yang lebih banyak daripada keseluruhan Teluk Parsi.


Untuk pandangan yang lebih jelas untuk perkara di atas, baca bahagian Mercenaries on the Front Lines in the New Scramble for Africa by Andre Rowell and James Marriot (Askar Upahan di Barisan hadapan di dalam Perebutan baru Afrika oleh Andre Rowll dan James Marriot), muka surat 113-130, daripada buku "A Game as Old as Empire"

Askar Upahan di Barisan hadapan di dalam Perebutan baru Afrika, Andrew Rowell dan James Marriot

Sebanyak 30 peratus daripada minyak Amerika akan datang daripada Afrika pada 2015, dan syarikat minyak multinasional mendapat bantuan askar persendirian untuk melindungi operasi mereka di sana. Masyarakat di Delta Niger telah dikempen untuk perkongsian kekayaan minyak yang dipam dari bawah tanah mereka. Pada 2006, Nigel Watson-Clark bekerja sebagai pegawai keselamatan Shell di Nigeria, melindungi pelantar minyak luar pantai – tentera barisan hadapan untuk rangkaian eksploitasi minyak. Dijadikan tebusan semasa serangan oleh militan tempatan, dia mendapati dirinya di tengah-tengah perebutan minyak Nigeria.


Bagaimana "Banker to the Poor" terselit masuk? Inilah yang dikatakannya pada muka surat 142 :

Sebelum saya memulakan Grameen Bank, saya telah menjadi pengkritik agensi- agensi bantuan antarabangsa di Bangladesh. Di merata-rata tempat, agensi yang paling berpengaruh, dan yang utama saya kritik adalah Bank Dunia.

Bersambung pada muka surat 45

...institusi bantuan multilateral (melibatkan penyertaan banyak pihak atau negara) mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan. Pegawai-pegawai rasmi menentukan amaun sasaran untuk setiap negara. Lebih banyak wang yang dikeluarkan oleh pegawai tersebut, mereka mendapat gred yang lebih baik sebagai pegawai peminjam.... Mereka akan melakukan apa saja untuk mendapatkannya (gred), termasuk memberikan rasuah kepada pegawai kerajaan dan ahli politik sama ada secara langsung atau tidak langsung...

dan akhirnya,

Walden Bello yang telah mengkritik Tun M berkenaan IMF

IMF sentiasa menjadi tidak popular di negara Dunia Ketiga. Tetapi tidak pernah mempunyai sebarang hubungan dengan “pemegang saham” utamanya, seperti yang ditunjukkan pada hari ini, apabila kata-kata hikmat yang datang daripada Setiausaha Perbendaharaan A.S. Robert Rubin dan Pengarah Urusan IMF, Michel Camdessus hampir-hampir tidak dapat dibezakan.

Terdapat kepercayaan yang berlegar-legar di kalangan kerajaan dan industri di Asia bahawa Washington dan IMF berkonspirasi dengan bank dan spekulator untuk membawa kemusnahan kewangan rantau tersebut.

Sebabnya : untuk menggelincirkan Asia daripada laluannya daripada menjadi pesaing strategik dan ekonomi pada abad ke-21. Ini , sudah tentu, teori konspirasi yang klasik, tetapi ia merupakan perkara biasa pada masa sekarang yang telah menjadi fakta di kalangan elit politik dan ekonomi yang pernah berkhidmat sebagai penyokong kuat Amerika di Asia.


Sila baca buku tersebut dan anda akan mendapat kesimpulannya sendiri......Bagi saya, lebih banyak yang saya baca, lebih banyak keraguan saya terhadap Anwar Ibrahim.


AIDC menterjemah artikel tulisan dari blog minda cergas. Artikel asal klik di sini



Tiada ulasan: