MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

18 Sep 2009

Permohonan Gagal – Apa Strategi Anwar Lagi?

Oleh Gelagat Anwar

Permohonan Anwar untuk melucutkan kelayakan keseluruhan pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya sudahpun menemui kegagalan. Sebagai pemegang cita-cita ‘rule of law’, Anwar sudah menafikan sendiri apa yang diperkatakannya. ‘Rule of law’ sudah cuba dimamah Anwar dengan ’strategi perundangan’ – sekaligus menggunakan kepentingan sistem untuk kepentingan dirinya sendiri?

Di mana sebenarnya ideal ‘rule of law’ Anwar ini? Bila kena batang hidung sendiri – di mana pulak letaknya ‘rule of law’. Usaha Anwar yang menggila untuk melucutkan kelayakan pasukan pendakwaan mendatangkan ‘curiga’ yang agak melampau. Kenapa perlu berbuat demikian?

Kita dapat perhatikan, gerak geri Anwar kebelakangan ini menginginkan agar kerjasama PR diperkukuhkan secepat mungkin. Anwar tidak mahu ada banyak penangguhan. Apa yang boleh menjadi gam untuk merapatkan PR mesti dilakukan ’sekarang’. Kenapa? Apakah kerana masalah dalaman politik yang semakin meruncing?

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) antara lain telah mengatakan bagaimana Anwar telah ‘menyalahgunakan proses mahkamah bertujuan melemahkan prosiding jenayah yang dihadapinya’. Walaupun mungkin ada pakar undang-undang luar sana mengatakan ini sebagai ’strategi perundangan’ – penulis merasakan ini lebih kepada usaha ‘penyelamatan politik’ diri Anwar sendiri. Anwar tidak mahu dia gagal ketika mana sudah terlalu hampir merealisasikan cita-cita peribadinya menjadi Perdana Menteri.

Anwar wajar, dengan semangat dan kemahuan ‘rule of law’nya untuk membenarkan proses mahkamah mengambil tempat seperti yang diperlukan. Tidak perlu lagi kumpulkan segala pakar undang-undang untuk mencari ‘loopholes’ perundangan yang ada. Gentleman la sikit. Kalau nak bersihkan nama, biarlah dalam gelanggang. Jangan belum-belum lagi main kotor.

Anwar patut faham, dengan usaha yang menggila seperti ini, ianya akan menimbulkan ’sense of doubt’ di kalangan orang luar. Kenapa beria-ia sangat? Kenapa nak ketepikan pasukan pendakwaan?

Saiful wajar diberikan hak untuk dibicarakan secara ‘adil’ di bawah semangat ‘rule of law’ yang selalu Anwar gembar-gemburkan. Janganlah cakap tak serupa bikin? Bagi peluang Saiful buka segala ‘evidences’ yang ada. Kalau nak sanggah dalam ‘court’, sanggahlah – tapi jangan main ‘kotor’.

sumber - gelagat anwar


Tiada ulasan: