Oleh Gelagat Anwar
Minta maaf sangat, jika tajuk yang dipaparkan agak kasar. Kadangkala, kalau permainan bahasa terlalu lembut, mesej pun tak sampai. Jadi eloklah kita, di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini – bercakap secara terus terang dan tidak ada cerita belakang. Ini sebagai respons kepada artikel ‘Politik Kepala Lembu’ yang dipaparkan oleh Bakal Menteri Besar Selangor yang baru – YB Azmin Ali. YAB Azmin Ali in the making, insya’Allah.
YB Azmin menggunakan tajuk ‘Politik Kepala Lembu’ sebagai posting terbarunya. Ada ayat Quran lagi. Ini yang hebat dengan Bakal MB kita ini. Dia tak macam Khalid. Khalid kalau disuruh mengaji agaknya mahu terkencing dia. Bukannya apa. Lidah dah keras. Itupun kata kawan-kawan rapatnya. YB Azmin lain. Ada ‘aura’ Islamik. Ini yang diperlukan bagi memastikan hubungan PKR dan PAS terjalin dengan baik.
Satu perkara yang Azmin perlu ingat, dalam politik – mesti ada timbal balas. Mesti ada unsur – ‘retaliation’. Mesti ada ‘action – reaction’. Ini biasa. Ini sebahagian daripada norma politik. Apakah Azmin lupa bahawa ramai orang Melayu di Melaka misalnya; mahupun satu ketika pintu pagar Akademi Pengajian Islam, UM pun pernah diletak kepala dan daging babi? Apakah Azmin lupa? Apakah sebagai orang Islam – Azmin tidak rasa tercabar dan terhina?
Ini yang penulis nak bangkitkan. Azmin kena main politik ‘bistari’. Kena main politik bijaksana. Azmin mesti lebih cermat dengan sentimen orang Melayu di Selangor. Jangan ikut stail kepimpinan Khalid yang longgar segala-galanya (termasuk la sampin yang dia biasa pakai tu). Azmin kena bawa ‘aura’ Pak Sheikh yang lama. Bukan Pak Sheikh sekarang. Aura Pak Sheikh masa dulu. Masa dia sibuk mempertahan kemiskinan di Baling; dan membawa idealisme mahasiswa. Itu baru kena dengan imej Azmin Ali.
Soal kepada lembu ini sebenarnya sangat kecil dan artifisial berbanding dengan apa yang dikenakan terhadap orang di Melaka. Kerana marah, mereka membawa media kepada persoalan ladang babi di Melaka – bersepah daging dan kepala babi di pintu pagar orang kampung. Ada yang lebih teruk – baling ke dalam ruang solat sebuah surau di Melaka? Ini tak membuat kita mendidih kah? Ini tak buat kita marah? Kalau Melayu bangkit – kata kami rasis. Kalau dia orang yang kononnya ‘mempertahan hak’, bukan main lagi.
Secara perbandingan, mesej kepala babi dan kepala lembu – adalah suatu mesej yang serupa. Bilamana Ketua Kerajaan buat tak tahu, endah tak endah dengan permasalahan rakyat – inilah jadinya. Habis huru-hara keadaan. Yang pastinya, Azmin kena buat pembersihan ‘fikrah’ di kalangan Exco Selangor (khususnya yang Muslim) untuk lebih menghargai ‘nilai-nilai Islam dan keMelayuan’ yang ada di sekeliling mereka. Jangan anggap mereka datang dari PAS; mereka punya nilai sensitiviti. Kadangkala – yang dari PAS pun jadi longgar bilamana ‘politik’ mendahului agama dan adat.
Blog ini mengharapkan Azmin Ali banyak belajar daripada kes ‘politik kepala lembu’; demikian juga menjadi lebih sensitif dengan ‘kes kepala babi’. Jangan hanya mempertahan suatu pihak – dan menganggap pihak lagi satu sebagai kurang penting dan tidak relevan.
sumber - gelagat anwar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan