MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Sep 2009

Badrul Amin Bakal Ganti Yb Badrul Hisham ADUN Pelabuhan Klang..?

Oleh Medan Info Kita

Baru baru ini apabila tersiar berita muka depan akhbar Sinar Harian “Surat Tunjuk Sebab Kepada Badrul”, maklumat yang diterima dari dalam kain PKR, tidak lama lagi akan berlaku siaran ulangan Pilihanraya Kecil seperti yang pernah kita saksikan di DUN Selambau dan DUN Penanti. Kali ini rakyat di Selangor pula akan berpeluang menikmati pesta demokrasi – PRK DUN Pelabuhan Klang..! Dalam mesyuarat AMK PKR Selangor baru baru ini juga ada membincangkan persiapan besar kemungkinan akan berlakunya PRK sulung di negeri pemerintahan Khalid Lembu & Ronnie Beer…

Setelah pihak pembangkang terus menerus mengekalkan kemenangan dan kecemerlangan “siri perlawanan” Pilihanraya Kecil semenjak wiselnya ditiup oleh Anwar yang membuka gelanggang di Permatang Pauh, maka tidak hairanlah jika formula ini akan digunapakai oleh Ketua Pembangkang merangkap BAPAK kepada PKR untuk meniup semboyan semangat rakyat agar mengalihkan sokongan mereka untuk menukar kerajaan pusat menjelang PRU ke 13 nanti.

Pemerhati politik merumuskan bahawa Anwar akan terus melakukan PRK satu demi satu sehinggalah ke tahun depan bagi mengekalkan MOMENTUM Kemenangan pembangkang dan akhirnya rakyat tidak sedikitpun merasa “janggal” untuk melihat BN tumbang dipersada Pilihanraya Umum, “alah biasa tegal biasa….”

Setelah Anwar gagal untuk memaksa ADUN Lunas melepaskan jawatan, dijangkakan mangsa seterusnya untuk dijadikan kambing hitam adalah ADUN Pelabuhan Klang.

Bagi DUN Pelabuhan Klang, calon yang bakal mewakili bendera PKR akan diamanahkan kepada Ustaz Badrul Amin Bahron, beliau merupakan Ahli MPT dan juga Ketua PKR Bahagian Sabak Bernam. Ustaz Badrul Amin pernah ditahan ISA menghabiskan masa dua tahun di kem Kamunting bersama Ezam, Tien Chua, Lokman Adam, Hishamuddin Rais dan Sa’ari Sungip pada tahun 2001.

Pada Pilihanraya Umum ke 12, 2008, Badrul Amin telah mencuba nasib untuk kedua-dua kerusi Parlimen dan DUN di Selangor. Bagi kerusi Parlimen Sabak Bernam beliau tewas ditangan Abdul Rahman Bakri dengan majoriti 1,335 undi manakala di kerusi DUN Kuang pula Ustaz Badul Amin kecundang ditangan Abdul Shukor Idrus dengan majoriti 517 undi.

KENAPA BADRUL AMIN MENJADI PILIHAN..?

Apakah atas sebab beliau memilki nama yang serupa dengan wakil rakyat Pelabuhan Klang sekarang ini..?

Mengikut cerita dari dalam kain PKR, sekiranya Ustaz Badrul Amin berjaya mengekalkan kerusi Pelabuhan Klang untuk PKR, beliau akan mengambil alih portfolio HAL EHWAL ISLAM secara tidak langsung.
Kenapa pula secara “tidak langsung”..?

Sudah tentulah secara tidak langsung kerana beliau nanti bukanlah Yb bertaraf Exco. Tetapi apabila selesai rombakan Exco tidak lama lagi, portfolio HAL EHWAL ISLAM akan diberikan kepada MB Selangor dan seterusnya Badrul Amin akan dilantik sebagai Timbalan Penyelaras portfolio HAL EHWAL ISLAM.

Keputusan untuk mengambil portfolio ini dari tangan Dr Hassan Ali dilihat sebagai usaha mengurangkan lagi suara suara sumbang dan teguran lantang keatas mana mana isu yang membabitkan wakil rakyat bukan melayu khususnya dari DAP. Inilah peluang terbaik Khalid Ibrahim untuk “sideline” Dr Hassan Ali agar tidak lagi menyinggung perasaan Xavier Jeyakumar, Elizabeth Wong, Theresa Kok, dan Ronnie Beer

Ustaz Badrul Amin dilihat lebih liberal dan telah teruji beliau lebih TAWADUK kepada fahaman islam ala Anwarisme. Malah difahamkan bahawa Badrul Amin telah mengiktirafkan Anwar sama taraf dengan Tok Guru Nik Aziz, ini dijelaskan oleh seorang sahabat yang menceritakan pernah menerima sms dari Barul Amin sendiri suatu masa dahulu… Ketika itu Badrul Amin memaklumkan kepada sahabat tersebut sesiapa yang menentang Anwar adalah musuhnya kerana “… menentang Anwar samalah seperti menentang Tok Guru Nik Aziz..”
Pada awalnya diberitakan PKR bersungguh sungguh mahu mencalonkan seorang tokoh politik yang pernah menjadi wakil rakyat di Klang, bekas orang kuat MCA, Dr Tan Yee Kew. Tetapi rancangan ini terpaksa dibekukan memandangkan DUN Pelabuhan Klang mempunyai peratusan pengundi melayu yang agak tinggi dan ketika ini di Selangor sokongan pengundi melayu dikhuatiri semakin merosot kepada kerajaan PKR-DAP-PAS dan inilah peluang untuk Anwar mahu mengembalikan sokongan mereka.

Keengganan Khalid mahu meneruskan khidmat Badrul Hisham sebagai wakil rakyat Pelabuhan Klang semakin ketara semenjak minggu lepas apabila kenyataan MB yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia jelas menunjukkan Yb Pelabuhan Klang itu seperti tidak dihargai.

Pada PRU ke 12 Mac 2008, Badrul berjaya merampas kerusi panas “warisan” Datuk Zakaria Md Deros setelah menewaskan Ketua Puteri UMNO Klang Roselinda Abd Jamil yang juga menantu kepada allahyarham Datuk Zakaria, dengan majoriti 4,407 undi. Satu majoriti yang dianggap besar jika hendak dibandingkan dengan majoriti yang diperolehi oleh Khalid Ibrahim iaitu sebanyak 1,920 undi sahaja di DUN Ijok…..

Apakah ADUN Pelabuhan Klang ini akan menerima nasib yang sama seperti ADUN Bukit Selambau dan ADUN Penanti…?

Berjayakah MB dan kuncu-kuncunya berusaha memastikan Yb Badrul Hisham melepaskan jawatannya sebagai wakil rakyat..? Bilakah waktu yang sesuai..? Adakah selepas Hari Raya..?

Sama samalah kita tunggu dan lihat

sumber - medan info kita


Tiada ulasan: