SHAH ALAM – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menjalankan kajian berkaitan jumlah pembinaan rumah ibadat yang didapati melebihi jumlah penduduk dan keperluan bukan Islam berbanding masjid dan surau.
Yang Dipertuanya, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, berdasarkan kajian itu jumlah pembinaan kuil bagi masyarakat beragama Hindu di seluruh negara juga tidak seimbang jumlah minoriti penganut Hindu.
"Sebelum ini orang Melayu sudah banyak bertoleransi dan mendiamkan diri dengan masyarakat lain.
“Ini adalah satu cara mereka memprotes kepada Kerajaan Negeri apabila kawasan mereka diceroboh,” katanya ketika dihubungi semalam.
Mengenai demontrasi penduduk Seksyen 23, Shah Alam membantah pembinaan kuil Hindu di kawasan penempatan mereka Jumaat lalu, Nakhaie berkata: “Pada penglihatan saya, orang-orang Melayu sekarang sudah berani menentang apabila hak mereka diambil orang lain.”
"Bantahan ini bukan dipengaruhi oleh faktor politik tetapi lebih kepada soal sensitiviti masyarakat yang beragama Islam. Saya yakin tiada pihak yang cuba mempengaruhi penduduk di kawasan terbabit,” katanya.
Beliau berkata, sebelum ini Yadim ada mengemukakan kepada Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berkenaan dialog bersama masyarakat India.
“Saya tahu mereka faham mengenai apa yang kita bahaskan tapi perkara ini masih juga berlaku.
“Mungkin Kerajaan Selangor juga terlalu ghairah berpolitik sehingga tidak berpegang kepada asas dan tanggungjawabnya sebagai pemimpin yang beragama Islam,” katanya.
sumber - sinar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan